Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
GlobalJenaka

Kerana parkir sesuka hati, tayar motor mamat ni digantikan dengan donat

By Editor
February 18, 2019 3 Min Read
Comments Off on Kerana parkir sesuka hati, tayar motor mamat ni digantikan dengan donat

Kita selalu dengar macam-macam kes yang pelik dekat internet, sampai ada insiden yang buat kita tak boleh brain. Kali ni kami nak cerita tentang kejadian yang berlaku di negara jiran yang selalu menjadi lawan ‘perang komentar’ di media sosial – tak lain tak bukan, Indonesia. Nampaknya penduduk mereka agak kreatif dalam mengajar orang yang suka parkir macam haiwan empat huruf, haiwan yang bermula dengan huruf B.

Pengguna motor ni selalunya paling beruntung kalau bab-bab cari parkir ni, mereka boleh suka-suka hati je letak dekat mana-mana yang mereka rasa nak letak. Kadang-kadang tempat yang mereka parkir tu boleh menyebabkan kesusahan pada orang lain. Menggantikan tayar dengan donat mungkin kedengaran agak kejam, tapi oleh sebab motor yang kena tu bukan motor kita, kita gelak je lah.

Tinggalkan motor semalaman berhampiran warung

Kalau ikut artikel dari APAKES, pemilik motor ni meninggalkan motornya di sebuah warung selama satu malam. Betapa terkejutnya dia ketika mendapati tayar hadapan motor hilang dan digantikan dengan donat keesokan harinya.

Jangan tanya kami, kami pun tak tahu dia kata apa. Ban-e diganti donat, kalian fahamlahkan. Via APAKES

Kami guraulah, kami tahu ja maksud pemilik motor ni. Dia kata;

“Motor saya parkir berdekatan dengan warung, tapi apabila saya kembali ke motor, tayar motor saya tiada dan digantikan dengan donat pula. Siapa yang tak sedih bila tayar motor kita diganti dengan donat,” – Pemilik motor

Donut tu masih boleh makan ke? Via FB

Sebenarnya boleh ja gunakan tayar donat untuk memandu kereta

Ramai yang tak tahu sebenarnya boleh saja seseorang tu gunakan tayar donat untuk teruskan pemanduan apabila tayar pancit. Pada masa kini kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan tayar donat.  Atau lebih kerap disebut tayar ganti atau tayar spare. Kau fikir donat makanan tu kah? Kami belum gila lagi, kalau ada donat buat apa nak gunakan pada tayar? Baik makan.

Tayar donat ni sebenarnya tayar sementara ja. Bukanlah tayar ganti.  Tayar jenis ini lebih kecil agar mudah disimpan di bawah pelapik atau lantai bawah but. Mengapa tayar donat direka kecil? Ini bagi menjimatkan ruang dan mengurangkan berat kereta.

Via Australian 4WD

Tugas tayar ni untuk pastikan kalian dapat memandu kenderaan ke rumah atau bengkel terdekat dengan selamat. Kemudian menggantikan atau menampal tayar yang sebenar. Banyak je manual pengguna yang sarankan kadar tertentu untuk tayar donat boleh digunakan, selalunya 80 kilometer (km) atau 113km. Tetapi kami sarankan cepat-cepat gantikan dengan tayar asal. Agar tiada perkara tidak diingini berlaku.

Parkirlah seperti seorang manusia yang bertamadun

Masalah parkir kenderaan ni memang makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi kereta dah makin banyak dekat jalan raya. Dengar cerita ada pemimpin dalam kerajaan nak perkenalkan lagi kereta nasional yang baru, makin bertambahlah jumlah kereta dekat jalan raya jawabnya. Bukan setakat kena hadap jem setiap pagi dan petang, persaingan untuk dapatkan parkir kereta pulak makin hangat. Orang biasa ni bukan macam VIP, ada parkir siap-siap.

Tapi benda ni tak boleh dijadikan alasan untuk kalian parkir suka-suka hati ja, silalah parkir seperti manusia yang ada otak, supaya anda tak menjadi didonatkan oleh orang lain.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Ahli UMNO lompat parti secara berjemaah? Kami semak latar belakang mereka

Next

Putera Arab nak beli Manchester United? Ini sebab ramai yang menentang

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme