Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Fok
Agama

Guru agama kata SYABU boleh tingkatkan kebolehan kaji Al Quran? Ini kisahnya

By Subeditor
January 31, 2020 4 Min Read
Comments Off on Guru agama kata SYABU boleh tingkatkan kebolehan kaji Al Quran? Ini kisahnya

Dunia ni tempat yang misteri, macam-macam cerita aneh berlaku. Banyak hal ironi berlaku – pemimpin yang sepatutnya jaga amanah, tapi pecah amanah; ayah yang patut jaga anak, dia pulak yang membaham anak. Terbaru, kisah seorang guru agama yang sepatutnya ajarkan benda baik-baik kepada anak-anak kat sekolah – dia pulak yang pergi ajar budak-budak ni hisap dadah.

Cuma kena bezakan dadah dengan benda lain yang masih dibincangkan seperti ganja. Contohnya di Pakistan, ada niswar. Dikatakan niswar tu adalah daun ganja yang ditumbuk dan dicampur dengan air.  Niswar tu diambil sedikit dan diletak di lelangit bibir yang berhampiran dengan gigi. Katanya niswar akan jadikan hafalan lebih kuat.

https://www.facebook.com/alii.herjunot/posts/4112804178745728

Seorang guru agama ditahan sebab ajar pelajar ambik syabu, kata akan tingkatkan kebolehan

Kami terkejut apabila baca artikel dari MiloSuam yang laporkan ada guru agama di Indonesia ditahan pihak berkuasa sebab jual syabu (methaphetamine) kepada pelajarnya. Dia kata dadah tu ‘halal’ dan dibenarkan di bawah undang-undang Islam.

Ahmad Marzuki yang berasal dari Madura Jawa Timur jual syabu kepada pelajarnya di sebuah sekolah agama berasrama. Marzuki beritahu pelajarnya dadah akan tingkatkan kebolehan diorang untuk baca dan mengkaji Al-quran.

Hahh?? Via Giphy

Pihak berkuasa sebenarnya memang tengah buru Marzuki yang dipercayai penagih dadah. Walaupun jadi penjenayah dalam buruan, Marzuki masih tetap mengajar agama di sekolah agama berasrama yang terletak di Surabaya dan beberapa bandar di Mojokerto.

Akhirnya pihak berkuasa berjaya tangkap Marzuki pada 20 Januari lalu ketika dia menghadiri satu majlis pengebumian di Madura. Anggota penguatkuasa masa tu berjaya temui Marzuki di rumahnya bersama dua orang lagi yang sedang ambik syabu. Pihak polis juga turut temui sejumlah kecil syabu dan beberapa peralatan berkaitan dadah jenis itu di rumahnya.

https://www.youtube.com/watch?v=25YWahIi1iA

Dalam satu sidang media susulan penahanannya, Marzuki jelaskan bahawa dia tahu syabu haram di bawah undang-undang Indonesia, namun dia “tidak menemui sebarang larangan di dalam Al-Quran”. Walaupun Al-quran tak sebut dadah secara jelas, menurut Ketua Nahdatul Ulama, ayat-ayat Al-quran perlu ditafsirkan secara berhati-hati dan disiplin ilmu.

Marzuki akan didakwa di bawah undang-undang narkotik Indonesia, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga 10 bilion rupiah (RM2.9 juta).

Menariknya, kita pernah hantar penagih dadah ke Indonesia untuk proses pemulihan…

Kita sebenarnya pernah hantar penagih dadah ke pesantren di Indonesia. Kami bukan nak cakap semua tempat kat Indonesia ada guru yang ajar muridnya menagih dadah, cuma benda ni macam ironikan?

Dua tahun lepas, seramai 70 penagih dadah di Baling dihantar ke pesantren atau sekolah pondok di Indonesia bagi jalani rawatan pemulihan. Usaha ni digerakkan oleh Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

S1
Via Awani

Dia kata Baling adalah daerah kedua tertinggi masalah penagihan dadah di Kedah, melibatkan kira-kira 1,300 penagih yang berdaftar dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kita telah mengenal pasti beberapa pusat pesantren atau sekolah pondok antaranya di Medan, Bandung, Madura, Surabaya, Lombok dan Puncak di Indonesia, mereka akan dihantar menjalani pemulihan selama 15 bulan di sana,” – Azeez, seperti dilaporkan ISMAWEB

Dia letakkan harapan agar kumpulan yang jalani rawatan pemulihan tu akan dapat jadi bilal, siak atau imam di masjid atau surau di kariah masing-masing. Setelah pelbagai kajian dibuat, diorang dapati 65 peratus penagih adalah berstatus suami, sebab tu tujuan program ni nak bantu diorang.

Budaya ‘membuang’ anak-anak yang ada masalah sosial ke sekolah agama perlu diperbaiki

Kami sentiasa menyokong usaha untuk bantu para penagih dadah, ia adalah hal yang perlu dilakukan. Kadang-kadang ada penagih yang menagih dadah kerana ‘keadaan’ tak memberikannya banyak peluang untuk memilih jalan yang lain. Cuma, kita kena pastikan institusi pendidikan agama tak jadi tempat untuk keluarga penagih ‘membuang’ anak-anak mereka yang terlibat dengan penagihan dadah atau masalah sosial.

S1
Sekolah agama. Via OhBulan

Kami tengok budaya ni dah melarat – apabila ada anak yang bermasalah, ibu bapa segara hantar anak-anak mereka ke sekolah agama dengan harapan anaknya akan berubah daripada seorang yang bermasalah kepada seorang imam solat Terawih. Agama barangkali boleh beri kesedaran kepada pelajar-pelajar ni, tapi ia adalah langkah ‘pemalas’ dari ibu bapa – terutamanya jika mereka mengharapkan sekolah semata-mata.

Ibu bapa perlu cuba memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka, dan bincang kaedah rasional untuk pulihkan mereka. Kalau keputusan tu memang nak hantar anak ke sekolah agama; pastikan ibu bapa ni pantau dan beri sokongan penuh kepada sekolah agama. Takde ‘magik’ dalam pendidikan – ia perlu dapat perhatian dan sokongan banyak pihak.

Via Giphy

Untuk institusi pendidikan agama pulak, diorang kena pastikanlah guru-guru yang dilantik tu betul-betul layak dan ada sijil yang sah untuk mengajar agama. Takdelah nanti guru agama ni ajar buat benda yang pelik-pelik macam hisap dadah ni. Ingat, kita mahu institusi agama dipenuhi pengajar dan pelajar yang pintar untuk jadi pencerah kepada masyarakat.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Ada macam-macam nilai bintang pada hotel Malaysia, macam mana diorang tentukan?

F1
Next

Ahli Parlimen ni ulas kontroversi tulisan jawi dan kepentingan bahasa Melayu

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme