Maruah Melayu tak terbela daripada slogan, tapi kejujuran dan integriti

F1

Manusia ada perbezaan di antara satu dengan yang lain. Bermula dari perbezaan jantina, sehinggalah perbezaan keturunan, etnik dan warna kulit. Memandang hina kepada kelompok yang berbeza, ia bukan sekadar bercanggah dengan ajaran Islam, malah bercanggah dengan fitrah manusia. Dari sudut pengamalan, ia dimulai oleh iblis terhadap Adam.

Via Giphy

“Aku lebih mulia daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Engkau menciptakan dia dari tanah,” – kata Iblis sepertimana yang dikisahkan oleh Allah dalam surah al-A’raf ayat ke-12.

Akidah tak dapat dilihat daripada mata, tapi boleh dilihat dari perbuatan

Memandang hina kepada kelompok yang berbeza, ia lebih kurang seperti semangat perkauman. Memandangkan ketika itu belum wujud lagi soal kaum dan etnik, makanya Iblis memandang hina hanya disebabkan perbezaan ciptaan. Tindakan Iblis itu adalah manifestasi dari jiwa yang sombong – tidak akur dengan ciptaan Allah. Ciptaan dari asal kejadian berada di luar dari ikhtiar manusia.

Akidah adalah benda yang tak dapat dilihat dengan mata, tapi kesannya terpamer dalam bentuk perbuatan. Dalam al-Quran, Allah gambarkan orang munafik itu berusaha menipu Allah dan orang beriman; mengatakan bahawa mereka beriman, padahal hakikatnya mereka tak beriman.

https://www.youtube.com/watch?v=7NhXvhYmvcQ

Menipu Allah dan orang beriman tu adalah kesan dari hati yang kufur. Kekufuran di hati tak dapat dilihat. Tetapi yang nampak dilihat, apabila terpamer dari sudut tindakan.

Macam tu jugak kesombongan dengan memandang hina kepada kelompok yang berbeza – seperti yang dilakukan oleh Iblis terhadap Adam. Ia adalah manifestasi dari suara hati – kepercayaan (akidah), iaitu apabila tak boleh terima hakikat bahawa ciptaan dirinya dianggap mulia, tiba-tiba perlu sujud kepada Adam yang dia percaya sebagai tak mulia.

Dengan kesombongan Iblis itu, menyebabkan Allah menggelarkan iblis dengan gelaran akidah – iaitu kufur. Kata Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 34: “Dia (iblis) ingkar dan takabbur, maka dia dari kalangan mereka yang kufur.”

Politik adalah seni untuk mengangkat kepentingan diri sendiri seakan-akan ia adalah kepentingan negara…

Perkauman cara Iblis, menganggap Adam yang berbeza sebagai hina. Perkauman cara manusia, memandang hina kepada orang yang berbeza warna kulit; memandang hina kepada keturunan yang berbeza; memandang hina kepada asal darah yang berbeza.

W2
Via Portal MyHealth

Semua setuju, terutama agamawan Kat Malaysia bahawa “perkauman Iblis” merosakan akidah. Tetapi, perkauman manusia kerana berbeza warna kulit dan berbeza keturunan, belum tentu lagi Muslim di Malaysia bersetuju bahawa ia juga perkara akidah. Bahkan, ada sebilangan agamawan akan bangkit menolak dengan seribu satu hujah. Apatah lagi, yang angkat perjuangan perkauman itu terdiri dari agamawan, mufti dan tuan guru.

“Politik adalah seni untuk mengangkat kepentingan diri sendiri seakan-akan ia adalah kepentingan negara,” – satu kata hikmah dari Thomas Sowell.

Walaupun ramai menyatakan bahawa idea dan polisi ekonomi Thomas Sowell banyak menguntungkan si kaya, tapi apa yang dia ungkapkan tu ternyata benar, malah ia membuatkan kita berfikir.

W3
Thomas Sowell. Via Fox News

Ungkapan ahli ekonomi barat itu tak jauh beza seperti yang pernah dikupas oleh Ibn Khaldun. Dalam Kitab Muqaddimah dia ada menjelaskan, bagaimana asabiyyah dipergunakan oleh pihak penguasa untuk mengekalkan kuasa politik. Ketika modal asabiyyah tak laku, agama pulak diperalatkan untuk sakralkan asabiyyah tu.

Asas bagi politik adalah beri kebaikan kepada rakyat. Penghuni sesebuah negara akan jadi baik dengan politik. Itu adalah tujuan politik dalam definisi yang dikemukakan oleh Allal al-Fasi dalam bukunya yang bertajuk Maqasid syariah wa makarimuha.

W4
Via Brainy Quotes

Bagaimanapun, politik berada di bawah kelolaan manusia, sudah pasti ada kelemahan – sehingga tersasar dari tujuan politik. Apabila kelemahan ketara sangat, ketika tu sentimen perlu diangkat. Perkauman merupakan salah satu sentimen yang amat berkesan. Ditambah lagi dengan salutan agama.

Melayu bermaruah bukan kerana slogan, tapi perbuatan dan integriti

Melayu bermaruah adalah Melayu yang tak rasuah, Melayu yang tak terpalit dengan skandal kewangan negara, Melayu yang angkat ilmu dan Melayu yang tak pandang hina kepada bangsa lain. Melayu macam inilah yang sebenarnya mengikut tuntutan agama.

“Berpegang teguh lah kamu dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah,” – pesan Ilahi dalam Surah Ali-Imran, ayat 103.

W6
Via MalaysiaKini

Ungkapan dan laungan Melayu bermaruah tak cukup. Sebabnya, ungkapan dan laungan tak akan mengubah apa-apa nasib Melayu pun. Melayu tak dihormati kerana laungan, tapi Melayu akan dihormati apabila mereka melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab dengan baik.

Ketika melaungkan maruah Melayu, tapi masih terjebak dengan rasuah, perkauman, tak suka dengan ilmu, masih tak menjaga masa; ia umpama ayam berkokok bising seluruh kampung hanya nampak kekotoran ayam lain, sedangkan kakinya terseret dengan tahinya sendiri.

Via Giphy

Saidina Umar pernah berpesan dengan satu kalam hikmah: “Kamu harapkan kejayaan, sedangkan kamu tidak ikuti laluannya. Ia sama seperti kapal yang terlalu berat mahu dijalankan atas daratan.”

Melayu perlu mengikut Islam, barulah Melayu itu akan bermaruah…

Sudahlah yang melaungkan slogan maruah Melayu itu adalah mereka yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana dan kepentingan Melayu. Itu pun sudah menjadikan ramai semakin “tidak respek” dengan Melayu. Lebih membimbangkan, agama pula tidak dihormati hanya kerana agama dipergunakan oleh orang tertentu yang mahu mendapat keuntungan daripadanya.

Melayu perlu ikut Islam, bukan Islam ikut Melayu. Itu baru Melayu bermaruah.

 

Artikel ini diambil dan disunting dari artikel yang bertajuk Melayu bermaruah, Melayu tanpa rasuah tulisan Ust Wan Ji. Artikel asal diterbitkan oleh MalaysiaKini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *