займ срочно

Mengapa India dan China tengah bergaduh? Kami cuba terangkan apa yang terjadi

F1
Mengapa India dan China tengah bergaduh? Kami cuba terangkan apa yang terjadi

Bila kita sebut je China, ramai dah mulai membayangkan ‘perebutan’ dan percaturan kuasa dunia antara China dengan Amerika. Dari segi geopolitik, China sememangnya boleh dikatakan semakin agresif nak tuntut persempadanan baharu dan mencari ruang untuk luaskan pengaruh ekonominya.

Selain dari Hong Kong dan Taiwan, Pulau Spratly dan Natuna; ada beberapa lagi kawasan lain yang kini menambat perhatian China. Sekarang ni pulak, China kini ‘bergaduh’ dengan India pulak sehinggakan ramai antara tentera kedua-dua pihak terkorban dalam perlawanan tanpa senjata. Kenapa pulak boleh bergaduh kali ni?

India China Border Dispute
Via SCMP

Perselisihan persempadanan sudah berlangsung lama, India dan China dah mula berjaga-jaga

Mungkin ramai tak tahu bahawa sebenarnya India dan China ni pun ada perselisihan sempadan jugak. Sama seperti kes kita dulu, China dah semakin agresif nak tuntut persempadanan baharu dan memperluaskan pengaruh ekonominya ke dunia lain seperti di Afrika.

Menurut tulisan sorang pakar pengkaji strategik dan bekas tentera India bernama Ajai Shukla, dia cerita sikit-sikit macam mana India dan China dah boleh gaduh seperti kes sekarang ni.

Ajai Shukla
Ni lah Ajai Shukla..   Via Twitter

Rupanya benda ni sebenarnya dah lama jadi, iaitu selepas kedatangan British di India dan China dulu. British tak bagi kawasan persempadanan yang jelas dulu, menyebabkan sekarang ni, masing-masing kata tu hak kawasan mereka.

Di antara kawasan yang direbut sekarang adalah di sekitar Aksai Chin, dekat dengan pergunungan Karakoram. Kawasan ni bukanlah kawasan yang subur pun, tak macam Kashmir. Tetapi untuk sesebuah negara, tanah dan persempadanan ni amat penting untuk kepentingan geopolitik serta kedaulatannya.

Border Dispute India China
Via Al Jazeera

‘Perlanggaran’ pertama India dan China dalam perebutan kawasan ni berlaku selepas China menguasai Tibet pada 1950. Sebahagian peta India tu memasukkan Ladakh dan Aksai Chin, manakala China pulak memasukkan sebuah daerah kat hujung India iaitu Arunachal Pradesh sebagai Tibet Selatan.

Pada 1962, berlaku perang kecil melibatkan pertahanan kawasan sempadan ni. China menang namun terpaksa berundur lepas gencatan senjata.  Sempadan ni akhirnya digelar “Line of Actual Control”. China membangunkan banyak jaringan jalan raya dan rel di sepanjang kawasan bahagian mereka di sana, manakala India sedikit perlahan nak kejar pembangunan pantas seperti China di bahagian mereka pula.

Loc Lac
Terdapat dua jenis garisan sempadan kat sana.. Via Quora

Namun begitu, pembangunan jaringan jalan raya di Ladakh merentasi kawasan pergunungan Darbuk-Shyok-Daulat Beg Oldi, sekaligus menyambungkan India dengan kem pertahanan mereka di Daulat Beg Oldi serta sejajar dengan sempadan Aksai Chin. Ni memudahkan pergerakan tentera India yang lebih pantas untuk sampai ke sempadan Aksai Chin dan laluan Karakoram.

Sudah tentu perkembangan jaringan pengangkutan India ni mengugat kekuatan China di sempadan tersebut. Ditambah lagi dengan polisi Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi yang nak bina “India Baharu” dengan beberapa perubahan polisi geopolitiknya seperti pemansuhan hak semi-autonomi di Jammu dan Kashmir. Selain tu, Amit Shah selaku menteri dalam negerinya menegaskan dalam Parlimen India bahawa Aksai Chin adalah kawasan India.

Jalan India Ladakh
Jalan raya yang dibina oleh India kat Ladakh.. Via The Print

Hal tersebut membangkitkan reaksi dari China yang menolak kenyataan tersebut. China dah bagi amaran awal bahawa kenyataan tersebut “takkan dibiarkan”. India buat tak peduli dengan amaran ni, siap keluarkan peta rasmi dengan memasukkan Aksai Chin tu ke dalam kawasan India.

Susulan tu antara bulan Mei dan Jun lalu, China kerahkan tentera untuk menawan kawasan sungai Golwan yang memberi kedudukan strategik untuk bala tentera China memerhatikan pergerakan kem tentera India dari jauh. Fuh betul-betul dahsyat ni…

China India Sempadan
Via CNBC

Bertumbuk dan baling batu sampai mati, ramai tentera terkorban di perbatasan China-India hingga muncul kempen boikot China

Bila dengar pasal kes ‘perang batu’ ni, teringat pulak kata-kata yang diatributkan kepada Albert Einstein. Dia kata perang dunia keempat akan guna batu dan kayu je. Begitulah yang terjadi kat sempadan India-China tu, dimana mereka tak dibenarkan melawan sesama sendiri dengan senjata walaupun senjata tu kat sebelah tepi mereka je.

Baling Batu China India
Antara pergerakan tentera dalam sempadan tersebut yang berjaya dirakam.. Via The Diplomat

Memandangkan China dah masuk sempadan tersebut, India protes lah perkara tu pada 6 Jun lalu. China kata dah undurkan semula tentera patrol mereka namun lepas India hantar skuad patrol mereka; ada pulak lagi tentera China di sana. Oleh sebab mereka dah pernah buat perjanjian pada 1996 dan 2005 bahawa sebarang pertembungan ketenteraan dalam misi patrol, tak boleh guna senjata.

Berita tu amat mendukacitakan rakyat kedua-dua negara. India kata seramai lebih dari 43 orang askar China terkorban di tangan tentera India, manakala China pulak kata lebih dari 20 orang askar India terbunuh dengan beberapa yang cedera tu ditolak dan dibiarkan lemas di Sungai Golwan. New Delhi terpaksa keluarkan kenyataan yang dilihat sedikit lembut, ada kata ia dilakukan supaya tak menyinggung China lebih teruk.

What Lies Where. (ians Infographics)
Via IOL

Dari segi fizikal, China dan India tak boleh buat lebih banyak dari tu. China pun dikatakan tak boleh terlalu menekan India kerana boleh jadi India akan cenderung ke arah Amerika Syarikat pulak. India jugak tak dapat menekan China kerana China mempunyai kuasa yang agak kuat khususnya dari segi ekonomi. Amerika Syarikat adalah pengimbang kuasa China.

Walaupun begitu ni tak bermakna India dan China tak buat apa-apa untuk menekan sesama sendiri. India misalnya, dah mulai menghentikan dan mengharamkan beberapa sektor import dari China. Kempen boikot barangan China semakin dipergiat.

Make In India Boycott
Via Rapidleaks

Paling jelas, India dah haramkan aplikasi-aplikasi sosial dari China termasuklah Tik Tok. Ni mengugat cita-cita China untuk jadi kuasa gergasi teknologi, sebab India ada pangkalan pengguna yang besar. Selain tu, India jugak mempunyai ramai pakar dalam teknologi ni, jadi tak hairanlah jika India boleh cipta aplikasi yang lebih hebat dari apa yang dimiliki China.

Kita kat Malaysia ni harus bersyukur kerana kita dapat mengekalkan sempadan kita dan menjaga kedaulatan negara dengan China walaupun ketika krisis tuntutan China ke atas kawasan milik kita.

Kita tak perlu menurunkan aset ketenteraan kita terlalu banyak, dan tidak perlu takut dibaling batu serta bertumbuk sehingga mati dengan negara lain. Selain tu, perkembangan ni wajar kita teladani dengan rasional dan tak campurkan isu geopolitik antarabangsa dengan isu masyarakat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top