Sebut sahaja pasa kopi, mesti ramai yang suka. Kopi merupaka salah satu minuman yang amat digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira usia. Tapi, nampaknya ada kajian yang kata minum kopi 6 cawan atau lebih boleh meningkatkan risiko sakit jantung sehingga 22%. Kalau korang merupakan peminat kopi, mesti dah ada rasa panik kan? Oleh sebab tu, kami galakkan anda baca artikel ni sampai habis.
Oleh sebab tu, jangan minum lebih daripada 6 cawan kopi sehari
Pelbagai jenis kopi dihidangkan pada waktu pagi/sahur sebelum kita memulakan aktiviti harian. Pada waktu makan tengahari dengan kopi ais, minum petang dengan Nescafe, makan malam dengan kopi panas, dan lewat malam dengan kopi Starbucks.
Kajian terbaru yang telah dilakukan oleh penyelidik di University of South Australia menunjukkan, meminum kopi sebanyak 6 cawan atau lebih dalam sehari boleh merosakkan kesihatan kita dengan meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 22%! Buat pertama kalinya, paras maksima telah diletakkan pada minuman kopi.
“Kopi merupakan perangsang yang paling biasa digunakan di dunia. Ianya menjadikan kita sedar, meningkatkan tenaga, dan membantu kita fokus, tetapi ramai yang selalu tanya, berapa banyak kopi yang dianggap sebagai terlalu banyak?” kata Prof Hypponen, penyelidik kopi berkenaan.
Kebanyakan anda akan bersetuju, jika anda meminum kopi pada kuantiti yang banyak, anda akan berasa gelisah, mudah marah, cepat terasa, dan mual. Kafien memang akan membantu badan anda bekerja dengan cepat dan kuat, namun, jika anda alami simptom di atas, ianya mungkin menunjukkan anda berada pada tahap keupayaan maksima pada hari tersebut.
Berhati-hatilah ketika anda mengambil kopi
Kata Prof Hypponen; kita juga tahu, risiko penyakit kardiovaskular meningkat dengan darah tinggi, dan salah satu punya adalah kafien yang berlebihan. Untuk menjaga kesihatan kita, kita perlu menghadkan pengambilan kofi kepada kurang daripada 6 cawan sehari. Pengambilan kurang daripada itu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Dianggarkan, sebanyak 3 billion cawan kopi sehari dinikmati penduduk seluruh dunia. Seperti makanan dan benda lain, kesederhanaan adalah langkah terbaik untuk kesihatan anda. Jadi pada bulan Ramadan ni, kalau korang nak minum kopi, berpada-padalah. Jangan sebab nak dapatkan tenaga, korang pulak jatuh sakit.
Artikel ini banyak merujuk hantaran Facebook Public Health Malaysia