Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Huhu1
Berita

Bayi ni perlukan bantuan sebanyak RM25,000 untuk pembedahan jantung…

By Subeditor
October 2, 2019 3 Min Read
Comments Off on Bayi ni perlukan bantuan sebanyak RM25,000 untuk pembedahan jantung…

KEMASKINI: Kami mendapat maklumat bahawa ada skim yang ditawarkan oleh IJN untuk mereka yang kurang berkemampuan. Salah seorang pembaca kami pernah mengalami masalah yang sama dan tidak perlu membayar.

Apabila kita lepak kat Internet, ada macam-macam cerita yang kita dengar. Ada cerita yang gembira, sedih dan ada cerita yang tak masuk akal. Seperti kebiasaannya; kami suka lepak dekat internet, dan sejak beberapa hari ni kami ada terbaca satu cerita tentang seorang bayi yang memerlukan bantuan orang ramai. Habis je kami baca artikel tu, macam rasa berdosa pulak kalau kami tak sebarkan tentang keadaan bayi ni…

Seorang bayi malang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM25,000 untuk kos pembedahan…

Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Maya Alisha Mohd Hasrol yang mengalami komplikasi jantung perlukan bantuan kewangan sebanyak RM25,000 untuk tampung kos pembedahan. Ibunya, Rozita Radzi kata anak keenamnya tu menderita saluran jantung berlubang dan tersumbat sejak lahir dan perlu jalani pembedahan secepat mungkin atas nasihat doktor.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung memberikan sumbangan. Via Sinar Harian

Kalau ikut cerita ibu budak ni; saluran pernafasan Maya Alisha semakin sempit dan perlu jalani pembedahan segera bagi mengelak kandungan oksigen semakin menurun.

“Maya kena dibedah. Kalau ikut temu janji dengan Institusi Jantung Negara (IJN) pembedahan itu perlu dijalani 21 Oktober ini. Tapi saya tiada wang sebanyak itu dan saya hanya ada RM1,000 itu pun hasil sumbangan orang ramai. Jadi kalau boleh bantulah anak saya,” – Rozita Radzi, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Rozita kata; pembedahan perlu dilakukan bagi membuka saluran pernafasan yang sempit dan doktor meminta agar ia disegerakan. Benda ni dah beberapa kali ditangguh (rawatan) disebabkan memikirkan kewangan. Ibu bapa kepada adik Maya hanya berniaga untuk tampung kehidupan.

https://www.youtube.com/watch?v=7uxxXk2XSHQ

Sebab tu untuk diorang kumpulkan wang sebanyak tu diorang tak mampu kerana perlu menyara enam lagi anak yang masih kecil dan bersekolah. Rozita kata, sekiranya pembedahan pertama berjaya dilakukan, kemungkinan pembedahan kedua dilakukan bagi menampal jantung anaknya yang berlubang itu Kos bagi rawatan pembedahan itu dianggarkan bernilai hampir RM60,000.

Apa benda sebenarnya jantung berlubang ni? Macam mana dia boleh terjadi?

(Bahagian in diambil dari artikel Harian Metro bertajuk Bayi VSD)

Antara masalah jantung berlubang yang berlaku pada bayi baru lahir ialah kecacatan septum atrium atau ASD (atrial septal defect) dan kecacatan septum ventrikel atau VSD (ventrical septal defect).  Secara asasnya, VSD merujuk kepada lubang atau kecacatan pada dinding (septum) di antara dua bilik pengepam jantung (ventrikel).

https://www.youtube.com/watch?v=jIjD3MSVfRE

Dalam hal ini, darah akan mengalir melalui lubang tu dari bilik pengepam kiri jantung (ventrikel kiri) ke bilik pengepam kanan jantung (ventrikel kanan) sebelum keluar ke salur darah paru-paru. Bagi VSD yang besar, ia menyebabkan darah dipam secara berlebihan ke dalam salur darah paru-paru lalu memaksa jantung dan paru-paru bekerja lebih kuat. Akibatnya, jantung kiri membengkak dan paru-paru menjadi sesak.

Bagi VSD besar, gejala dapat dilihat dengan jelas pada bayi beberapa minggu selepas dilahirkan antaranya sesak nafas, masalah penyusuan dan tumbesaran terbantut. Semua tanda ni timbul disebabkan berlaku pengaliran darah berlebihan ke paru-paru dan jantung bekerja lebih laju.

Lolo
Via Heart.org

Dalam hal ini, rawatan perlu disegerakan. Sebabnya darah berlebihan yang mengalir ke jantung kiri terus ke paru-paru hingga memaksa jantung dan paru-paru bekerja lebih kuat memberi tekanan lebih tinggi kepada paru-paru.

Jantung. Via Giphy

Untuk jangka masa panjang, keadaan ni akan akibatkan kerosakan kekal pada salur darah paru-paru. Bagi mencegah ia berlaku, lubang yang besar ditutup awal menerusi kaedah pembedahan supaya masalah serius dapat dielak. Perlu diingat, ubat tidak akan memulihkan kecacatan sebaliknya sekadar bantu mengawal kegagalan sementara menunggu pembedahan penutupan VSD dilakukan.

Mari kita menyumbang pada kadar yang termampu untuk kesembuhan adik Maya…

Bagi mereka yang nak membantu adik Maya, korang bolehlah menyalurkan sumbangan kepada Rozita melalui akaun Maybank 156094414390 atau boleh hubungi talian 01111033943. Sebenarnya kuasa internet lain macam terutamanya untuk kumpul dan bagi mereka yang memerlukan, kalau korang tak dapat beri sumbangan, apa kata share artikel kami?

Moga-moga ada orang yang murah hati akan berikan bantuan…

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Hishammuddin Hussein / Ulangtahun Umno Ke 70
Previous

Isu kadar dividen LTAT yang rendah, 4 ahli politik saling berbalas pantun

Mogok1
Next

Pekerja Foodpanda mogok, tiga kementerian akan bergabung tangani isu ni

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme