Bung Mokhtar bersama isterinya ditahan atas tuduhan rasuah

Apabila kita sebut siapa ahli politik yang ambik keputusan untuk kahwin dengan artis? Sudah tentu nama Bung Moktar akan jadi salah satu nama yang akan muncul di kepala. Sewaktu perkahwinan mereka ni diketahui oleh umum – memang kecoh, sebabnya Zizie Izette A Samad masa tu tengah meningkat naik dan Bung Moktar pulak tak kurang popularnya di Parlimen.

Via MalayMail

Semalam (1 Mei 2019), Ahli Parlimen Barisan Nasional – Bung Moktar Radin dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk bantu siasatan kes rasuah berjuta ringgit membabitkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Pesekutuan (Felcra). Setiap kali ada ahli politik yang dituduh melakukan rasuah, jumlahnya memang akan besar kaw-kaw. Agak-agaknya kalau betul mereka ni ambil rasuah – masa ambil rasuah tu, mereka ada rasa bersalah tak?

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tu dan berkata; pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Adakah Bung akan guna baju warna oren ni? Atau lompat parti? Via BH

SPRM dalam satu kenyataan berkata, mereka dapat izin Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas pengerusi bukan eksekutif Felcra itu dan isterinya, Zizie Izette A Samad di bawah Seksyen 17(a) serta Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Katanya, Bung ditahan pada 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah, manakala pelakon itu pula ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 11.15 pagi tadi, selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkaitan kes itu.

Laporan asal di FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *