Malaysia cipta sejarah lantik Ketua Hakim wanita pertama

Malaysia cipta sejarah lantik Ketua Hakim wanita pertama

Akhirnya teka-teki siapa yang akan memegang jawatan Ketua Hakim Negara terjawab apabila Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman pelantikan Tengku Maimun dibuat oleh pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Kenyataan itu menyebut, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Via Astro Awani

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Perkhidmatan Richard sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berakhir pada 12 April lalu setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

Laporan asal dari Astro Awani 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top