Hidup ni penuh dengan dugaan dan cabaran. Lebih-lebih lagi kalau kita memikul amanah dengan melakukan kerja-kerja yang mencabar. Dalam cuba untuk melaksanakan amanah yang diberikan, mesti akan ada musuh yang akan muncul. Lebih-lebih lagi kalau kita adalah seorang yang adil.
Ada satu cerita tentang seorang ni, tak sampai seminggu kejadian kereta seorang Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat, sekali lagi dia ditimpa musibah apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sidam Kiri di Sungai Petani, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, dalam kejadian jam 12.25 tengah hari itu, kereta yang dipandu wanita berusia 26 tahun itu dilanggar sebuah lori yang cuba mengelak daripada melanggar sebuah motosikal. Ketika kejadian, kenderaan mangsa dari arah Padang Serai menuju ke Sungai Petani manakala lori terbabit dari arah bertentangan menghala ke Kulim.
Sebaik tiba di tempat kejadian, lori terbabit dipercayai mengelak daripada melanggar sebuah motosikal yang keluar dari lorong sebelah kiri jalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar kereta mangsa. Akibat perlanggaran, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas di sebelah kiri bahu jalan arah bertentangan.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Dalam kejadian sebelum ini, kereta mangsa yang diletakkan di kawasan pagar rumahnya disimbah cat kapur berwarna putih oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mangsa pernah bertugas di Mahkamah Majistret Kulim selama dua bulan sebelum ditukarkan ke Baling kira-kira dua minggu lalu.
Hahh, agak-agaknya adakah ugutan (dengan menyimbah cat ke keretanya) adalah salah satu bentuk ugutan kerana dia telah lakukan kerjanya dengan baik, sehingga ada orang yang tak puas hati? Kalau ikutkan laporan Astro Awani ni, muda lagi dia ni, baru berusia 26 tahun. Kita harap dia sentiasa berhati-hati dan dilindungilah. Itu je kami mampu buat.
Laporan asal disediakan oleh Astro Awani