Kenali keluarga yang tahu 3 bahasa, guna bahasa Mandarin untuk sembang hal rahsia

Cdsa

Kita selalu dengar tentang masyarakat ‘majmuk’ yang ada kat Malaysia. Majmuk merujuk tentang kepelbagaian bangsa yang ada kat negara ni. Kalau kami tanya – pernah tak korang terdengar istilah ‘keluarga majmuk’? Kami boleh jamin mesti tak ramai yang pernah dengar. Hari ni kami akan cerita tentang sebuah keluarga ‘majmuk’ yang ada kat Malaysia.

Benda ni buktikan kita sebenarnya boleh je hidup dengan aman dan selesa dalam kepelbagaian, tak semestinya kepelbagaian akan melahirkan rasa prejudis.

Benda ni terjadi sebab jiran diorang berbangsa India, dan anak diorang pulak dihantar ke SJK Cina…

Zehairi Mohd Ripin dan isterinya, Prasetia Ispati tinggal selama 19 tahun bersama lima anak diorang yang boleh berbahasa Melayu, Tamil dan Mandarin. Macam mana pulak anak-anak diorang; Syafiqa, Syah Putra, Dian, Alfin dan Sherina pandai bertutur tiga bahasa?

Malay India Family 2
Keluarga majmuk dari segi bahasa. Via FMT

“Saya pernah kerja di sebuah kilang dan jiran saya yang berbahasa Tamil menjaga anak-anak saya ketika saya bekerja,” – Prasetia (Tia) yang berasal dari Surabaya, Indonesia, seperti yang dilaporkan FMT

Jirannya ialah Marimuthu Subramaniam yang lebih dikenali sebagai Amma, bahasa Tamil bagi panggilan ibu. Lima beradik tu belajar bahasa Tamil dan banyak aspek budaya orang India sepanjang dijaga Amma. Diorang sangat teruja anak-anak diorang belajar budaya kaum lain. Sampai level diorang pun belajar bercakap bahasa Tamil bersama anak-anak diorang.

Pasangan itu menghantar anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Mandarin dan budaya kaum Cina. Kat rumah pulak lima beradik tu akan berbahasa Melayu dengan Zehairi. Sebabnya itulah lima beradik ni tak perlu berbisik rahsia di depan orang lain kerana diorang boleh menguasai bahasa ibunda tiga kaum utama negara ini.

Biasanya diorang akan gunakan bahasa Tamil, tapi kalau nak berahsia, diorang gunakan bahasa Mandarin…

Anak sulung diorang, Syafiqa, 18 tahun, kata kebanyakan masa dia dan adiknya berbahasa Tamil, tetapi Mandarin digunakan ketika diorang berkongsi rahsia bagi mengelak diketahui ibu bapa. Apabila Tia keluar dengan anaknya, diorang bertutur bahasa Tamil dan benda ni sebabkan ramai yang tertanya-tanya latar belakang keluarga tu yang pandai berbahasa “asing”.

Zehairi Family Lukut Puteri Noor Syafiqa
Puteri Noor Syafiqa. Via FMT

Syafiqa kata, menguasai bahasa berlainan beri lebih banyak peluang kepadanya.

“Ini tidak menjadikan saya kurang Melayu, tetapi lebih seperti rakyat Malaysia,” – Syafiqa, seperti yang dilaporkan FMT

Anak bongsu diorang berusia 11 tahun, Fara berkata: Dia gembira dapat bercakap bahasa yang berbeza kerana boleh berkawan dengan kanak-kanak berbilang kaum.

Anak kedua, Syah Putra, 17 tahun kata pandai berbahasa Tamil menyebabkan dia lebih menghayati muzik Tamil. Puteri Noor Syafiqa pulak kata, belajar bahasa lain tidak menjadikannya kurang Melayu.
Keluarga itu yang suka filem Tamil akan ke panggung wayang sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Zehairi Family Lukut Mohd Syah Putra
Mohd Syah Putra. Via FMT

Tamil bukan satu-satunya perkara yang diorang pelajari dari Amma. Tia kini tahu memasak kari, dhal dan hidangan India yang lain.

“Ketika saya mula-mula datang dari Indonesia, saya tidak pernah memakannya, sekarang puri ialah kegemaran saya. Anak perempuan berusia 15 tahun, Dian berkata, keluarganya meraikan Deepavali bersama Amma. Kami pergi ke rumahnya dan membersihkannya, serta membantunya membuat biskut tradisional, maka kami akan meraikan bersama,” Tia, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Tia gembira keluarganya bukan saja rapat dengan Amma, tetapi jiran mereka yang berbilang kaum.

Bravo. Via Giphy

Katanya di sana semua orang mengenali satu sama lain Benda tu sangat baik untuk perpaduan negara. tetapi, Tia sedih dengan keadaan sekarang.

“Hari ini kita nampak orang Melayu hanya bergaul dengan orang Melayu, orang Cina dengan Cina dan orang India bersama orang India. Bagi Tia, rakyat Malaysia tidak nampak manfaat daripada perkara yang menjadikan negara ini unik dan sepatutnya menjadi kekuatan terbesarnya. Apa yang menjadikan negara kita cantik ialah kita ini orang berbilang kaum,” – Tia, seperti yang dilaporkan FMT

Mempelajari budaya dan bahasa bangsa lain tak jadikan kita kurang Melayu…

Kalau ikut cerita keluarga ni, diorang yakin yang pelajari bahasa dan budaya orang lain tak jadikan diorang kurang ‘Melayu’, tapi ia beri nilai tambah pada keluarga ni sebab diorang boleh bertutur dalam lebih dari satu bahasa. Tak salah kita ambik kes keluarga ni sebagai satu pengajaran, lebih-lebih kalau kita rasa dalam hati kita sifat ‘rasis’ tu tebal. Sebab, tak kenal maka tak cintakan?

Sebahagian besar artikel ini diambil dan disunting dari artikel Free Malaysian Today yang bertajuk Keluarga Melayu bergosip bahasa Tamil, berkongsi rahsia guna bahasa Mandarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *