Badan berbau sampai orang lain nak pengsan? Ini cara semula jadi untuk atasinya

Masalah badan berbau ni bukan boleh bawak bincang, sebab ia melibatkan keselesaan orang di sekeliling kita. Menariknya pasal bau badan ni, kadang-kadang kita tak rasa pun badan kita tengah berbau, tapi orang kat sekeliling kita dah mula pening-pening lalat. Benda ni mungkin terjadi sebab kita dah biasa dengan bau badan sendiri, sebab tu kita beranggapan yang bau kita okay je. Sebenarnya ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan badan kita berbau, sebelum cari cara untuk hilangkan bau, kena tahu dulu kenapa badan berbau!

Dalam musim perayaan ni, korang kena hati-hatilah dengan makanan yang diambil

Salah satu penyebab bau badan adalah kandungan rempah yang ada kat makanan tu. Rempah yang mengandungi sulfur akan menyebabkan bau badan kalau korang makan. Antara makanan yang kami maksudkan adalah; bawang putih, serbuk kari atau rempah ratus yang lain. Benda ni diperakui oleh Marie Jhin, ahli dermatologi dari San Fransisco. Katanya gas sulfur yang berbau akan dilepaskan menerusi pori-pori kulit.

Bila kawan baik korang ada isu badan berbau. Via Giphy

Tapi kadang-kadang bau badan ni bukan sebab makanan je. Boleh jadi korang lakukan banyak sangat aktiviti fizikal atau tengah hadapi stress yang tinggi. Kalau aktiviti fizikal tu, kami tak payah sembang banyak; korang fahamlahkan maksud kami. Lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak peluh.

Kalau rumah dia mati air, dia tak payah mandi, sebab dia dah mandi peluh. Via Tenor

Tapi ramai yang terlupa kalau korang tengah cemas atau tengah takde idea nak jawab apa masa exam – peluh datang mencurah-curah. Jadinya, stres pun pun boleh jadi punca badan berbau. Tapi korang kena ingatlah, badan kita berbau bukan sebab peluh yang keluar, tapi bakteria yang ada pada kulit. Bila kami dah cakap macam ni – maksudnya guna pakaian yang tak dibasuh pun akan sebabkan bau badan taw. Sebab banyak bakteria kat baju yang dah diguna. Rajin-rajinlah basuh baju ye.

Selalunya orang guna produk antiperspirant untuk halang peluh, tapi bukankah manusia kena berpeluh?

Antara cara yang paling popular untuk halang bau badan adalah guna antiperspirant. Antiperspirant berfungsi dengan menghalang kelenjar peluh, dan akhirnya badan korang pun tak berpeluhlah. Tapi, sebagai manusia kita memang kena berpeluh, sebabnya ia adalah proses untuk mengawal suhu badan dan melepaskan toksin. Lagipun, macam yang kami dah cakap awal-awal tadi; bau yang ada tu bukan sebab peluh yang keluar, tapi bakteria yang ada kat atas kulit.

Alamak, jangan jadi macam brother ni. Via Tenor

Sesetengah antiperspirant dan deodoran mengandungi sebatian aluminium yang boleh sebabkan kemudaratan pada badan kita dalam jangka panjang. Dan kadang-kadang, ia tak menghalang bau pun. Macam yang kami kata tadilah, halang peluh tak akan selesaikan bau, sebab yang sebabkan bau badan adalah bakteria. Sebenarnya kita boleh je atasi masalah bau ini tanpa menyumbat kelenjar peluh, korang cuma perlu beralih ke deodoran semula jadi.

Korang kena tahu, ada beberapa bahan semula jadi yang berfungsi dengan baik untuk atasi bau badan. Contohnya, Minyak Tea Tree (Melaleuca Alternafolia), ia adalah penghilang bau badan semula jadi yang berkesan. Ia ada ciri-ciri antibakteria semula jadi yang bantu melawan bau badan. Selain tu, ada juga bahan semula jadi yang lain untuk mencegah bakteria, contohnya Chamomile dan Witch Hazel yang merupakan anti-oksidan semula jadi.

Kalau tak nak buat deodoran sendiri, boleh je korang dapatkan dari farmasi. Kami cadangkan korang gunakan mandian anti-bakterial dan diikuti dengan losyen atau deodoran yang juga ada bahan cegah bakteria seperti minyak Tea Tree, Chamomile dan Witch Hazel.

Ohhh. Macam tu. Via Giphy

Gandingan Tea Tree Shower Gel Cosmoderm dan Tea Tree Magic Body Lotion Cosmoderm adalah pilihan bijak untuk beralih kepada pencegahan bau badan yang gunakan bahan semula jadi dari sumber tumbuh-tumbuhan untuk kurangkan pembiakan bakteria. Tak perlu lalui risiko liang pori tersumbat atau penyerapan aluminum ke dalam badan kita.

Jom ke beralih ke produk yang lebih semula jadi, gerenti akan berkesan dan selamat

Dengan produk yang mengandungi semua bahan-bahan tu, kita dapat kekalkan bau badan dengan cara yang semula jadi. Dengan benda ni korang boleh selesaikan masalah bau badan dengan gunakan produk semula jadi tanpa mengambil risiko kesihatan akibat meletakkan bahan kimia kat badan korang.

Apa lagi? Jom beli. Via Cosmoderm
Cuba tengok harga dia, mesti korang akan rasa berpatutan! Via Cosmoderm

Losyen Badan Minyak Teh Cosmoderm dan Teh Shower Oil Tree Gel adalah gandingan yang boleh buatkan korang rasa segar dan settlekan masalah bau badan. Gel Mandian Tea Tree Oil yang mengandungi Minyak Tea Tree bertindak sebagai bahan aktif yang boleh menjadikan badan bersih dan membunuh bakteria yang menyebabkan bau badan.

Bukan setakat tu je, korang juga boleh gunakan Losyen Badan Magic Oil Tea Tree kat ketiak sebagai deodoran semula jadi. Produk ni boleh menghalang bakteria daripada terbentuk, sebab bakteria yang sebabkan bau badan tanpa perlu sumbat nodus limfa korang. Losyen ini juga ada kandungan ‘Witch Hazel’ yang boleh mengecilkan liang dan luka akibat bercukur.

Jom kita beralih ke produk semula jadi, masalah selesai, kesihatan terjamin

Semua orang nak selesaikan masalah diorang, lebih-lebih lagi kalau masalah tu melibatkan imej diorang. Isu bau badan adalah isu yang serius sebab boleh buat orang tak selesa dan keyakinan diri pun akan turun mendadak. Untuk selesaikan masalah tu pulak, mestilah macam-macam cara yang akan digunakan. Nasihat kami, untuk masalah bau badan ni, lebih baik korang beralih kepada produk semula jadi. Masalah selesai, kesihatan jangka masa panjang pun akan terjamin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *