Ingin menambahkan kemahiran sambil menjana pendapatan? Ikuti program ini

f1
Ingin menambahkan kemahiran sambil menjana pendapatan? Ikuti program ini

Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, di antara kesan terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah kehilangan pekerjaan. Hilang pekerjaan ketika pandemik merupakan satu malapetaka yang besar, memandangkan ada kajian yang mengatakan ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai simpanan RM1,000 bagi tujuan kecemasan. Proses mencari pekerjaan ketika pandemik bukanlah mudah, dengan kebanyakan syarikat sedang mengalami kemorosotan pendapatan.

728 X 90

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menyara hidup ketika pandemik berlaku adalah terlibat dengan pekerjaan-pekerjaan di bawah ekonomi gig. Malangnya, pekerjaan-pekerjaan seperti ini selalunya tak memberi jaminan masa hadapan yang lebih baik untuk kerjaya. Kali ini kami akan kongsikan satu peluang kerjaya yang korang boleh pertimbangkan.

Pekerjaan ini sering disalah anggap kerana terdapat informasi yang salah berlegar dalam kalangan masyarakat

Salah satu kerjaya yang kurang diketahui oleh orang ramai adalah ejen kepada produk perlindungan. Kami pernah mengadakan perbincangan dengan beberapa ejen produk perlindungan untuk mendapatkan pandangan diorang tentang industri ini. Kebanyakan ejen yang borak dengan kami mengakui memang ada sesetengah kumpulan masyarakat yang skeptikal dengan kerjaya menjual produk perlindungan kewangan, terutamanya ejen-ejen insurans.

Mereka mengatakan tanggapan negatif ini datang apabila masyarakat mendapat maklumat yang salah daripada ejen-ejen insurans yang tak bertanggungjawab. Seperti yang kami pernah bahaskan, untuk membeli produk perlindungan kewangan, korang kena lihat kekuatan sesebuah syarikat. Selalunya ejen-ejen daripada syarikat baharu yang kemudiannya gulung tikar yang selalu menjanjikan bulan dan bintang – itulah sebab syarikat mereka lingkup.

Berbalik kepada kerjaya menjual produk perlindungan kewangan, kami rasa ia adalah pekerjaan yang mulia dan penting dalam masyarakat kita. Barangkali ramai yang tak tahu, kadar literasi (kefahaman) kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia amatlah rendah, ejen-ejen produk perlindungan kewangan boleh mengambil peranan untuk memberikan ilmu-ilmu kewangan kepada masyarakat.

Ramai rakyat yang suka buang duit. Via Giphy

Jika kita mengambil roh sebenar ‘insurans’, kita akan dapati ia diwujudkan untuk saling berkongsi risiko di antara mereka yang mengisi tabung insurans. Dalam dunia moden hari ini, ejen-ejen produk perlindungan kewangan seperti ejen insurans berperanan untuk menghubungkan orang awam dengan tabung-tabung insurans ini.

Apabila ditimpa musibah, ejen-ejen insurans akan membantu ahli-ahli di bawah seliaan mereka untuk mendapat faedah, hasil daripada perkongsian risiko (tabung insurans). Sebab itu kami katakan, ejen insurans bukan sekadar mempunyai kerjaya untuk menyara hidup, diorang juga telah membantu ramai orang ketika berada dalam kesusahan. Apa yang penting, mereka melakukan kerja dengan jujur dan bukannya semata-mata untuk mendapatkan wang.

Melalui program ini, korang akan mendapat latihan yang secukupnya untuk berjaya

Seperti kerjaya yang lain, tiada jalan yang mudah untuk berjaya, ia adalah nilai yang sepatutnya disemai di dalam dada seluruh masyarakat Malaysia. Melalui program Allianz Life Changer recruitment programme (ALC), para ejen akan diberikan latihan secukupnya untuk menjadi ejen insurans yang professional dan mengutamakan pelanggan. Menjadi ejen insurans bukanlah sesuatu yang mudah, kerana seseorang itu harus mampu memberi penjelasan dengan baik, dan perlu memberi keyakinan kepada pelanggan.

Melalui program ALC, korang akan mendapat latihan menyeluruh untuk mendapatkan kemahiran tersebut. Cuba bayangkan betapa banyak pekerjaan di dunia ini yang korang boleh lakukan sekiranya korang memiliki kemahiran menjelaskan sesuatu perkara dengan baik dan terperinci. Ia bukan setakat latihan semata-mata, korang juga boleh menjana pendapatan melalui program ini.

Apa yang penting – tidak seperti iklan-iklan produk perlindungan kewangan yang lain – korang tak akan dijanjikan dengan kemewahan tanpa usaha yang keras. Sekiranya korang mengikuti program ini dan bekerja keras untuk menjadi ejen insurans yang terbaik, sudah tentu korang akan menerima pendapatan yang lumayan. Bukankah ia sesuatu yang amat baik? Pendapatan korang dapat, ilmu penting untuk perkembangan kerjaya pun korang dapat sekali.

1
Banyak manfaat yang korang akan dapat daripada program ini. Via Allianz Malaysia – Lau Khein Siang

Allianz Malaysia Berhad akan merekrut ejen-ejen baharu setiap bulan untuk ditempatkan di bawah program ALC. Ramai yang berpandangan seseorang itu memerlukan pengalaman yang luas dalam industri insurans, barulah mereka boleh menyertai program seperti ini. Sebenarnya pandangan itu salah, korang boleh je menyertai program ini tanpa sebarang pengalaman.

Menariknya lagi, menjadi ejen di bawah program ALC ni, korang tak mempunyai waktu pekerjaan yang tetap. Kami faham, ramai yang suka bekerja dengan masa yang fleksibel, supaya diorang boleh mengatur waktu mengikut keselesaan masing-masing. Cuma kena ingat, ia bukan bermaksud tak kerja langsung ye. Korang atur masa yang sesuai untuk bekerja, dan tak perlu bekerja setiap hari di pejabat.

Inilah masanya korang menjadi sebahagian daripada keluarga program ALC

Kalau korang berminat nak dapatkan kemahiran penting melalui latihan terancang dan dalam masa yang sama mampu mendapatkan pulangan yang lumayan, korang boleh cuba menjadi ejen Allianz Life Changer. Kami jamin hidup korang akan berubah selepas itu, sambil korang membantu orang lain, korang juga akan memiliki laluan kerjaya yang menarik.

3
Via Allianz Malaysia

Apa tunggu lagi? Korang boleh lawati https://www.allianz.com.my/life-agent untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Allianz Life Changer recruitment programme (ALC). Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan korang yang sedang mencari peluang pekerjaan atau ingin mengubah haluan kerjaya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top