Muka dah barai sebab asyik tengok phone je? Kami bagi tips untuk kekal segar

Mobile Phone Addiction
Muka dah barai sebab asyik tengok phone je? Kami bagi tips untuk kekal segar

Pada era kewujudan pelbagai media sosial ni, macam tak sah kalau korang tak selalu ambik gambar. Kalau rasa ada peluang je pergi ke tempat-tempat yang lawa, wajib untuk korang ambik gambar. Bagi yang selalu ambik selfie pulak, mungkin korang akan perasan ada garis-garis halus pada hujung mata yang menyebabkan korang nampak lebih tua. Baru-baru ni ada satu aplikasi yang dipanggil FaceApp – aplikasi ni boleh tunjukkan muka korang pada waktu tua nanti. Ramai gila orang nak tahu macam mana muka diorang masa dah tua nanti, tapi kami yakin mesti korang tak nak ada muka macam tu kalau masanya belum tiba…

Hahh…apps ni lah, dari muda boleh nampak tua. Via Washington Post

Jadinya, kalau korang tak nak nampak tua sebelum usia, korang wajib amalkan tips yang kami kongsikan kat bawah ni. Jangan risau, kami takkan bagi korang tips yang pelik-pelik, semuanya mudah untuk dilakukan…

1. Kurangkan ‘selfie’, sebab ia akan jadikan otot pada bahagian mata dan bibir jadi tegang

Ini mungkin berita buruk untuk kaki Instagram, sebab diorang kena kurangkan ambik selfie. Kenapa perlu kurangkan selfie? Korang tahu tak ekspresi wajah berulang kali yang korang buat untuk dapatkan gambar yang cantik menyebabkan otot pada bahagian mata dan sekitar bibir menjadi tegang dan kedutan terjadi. Oleh sebab tu, jika korang tak nak nampak tua sebelum usia, jangan selfie terlalu kerap!

Ini cara ambik selfie ye. Via Giphy

2. Rehatkan mata dari melihat skrin telefon, tapi macam susah je…

Kalau dulu, manusia memerlukan tiga benda asas untuk hidup – makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pada zaman sekarang, nampaknya ada dua benda lagi yang perlu ditambah; telefon bimbit dan Internet. Kalau tak percaya, cuba korang try sehari tak pegang telefon bimbit, mesti rasa stress gila.

Ramai yang tak tahu, skrin yang kecil menyebabkan mata korang perlu bekerja keras unuk fokus. Ini akan menyebabkan pembentukan garis-garis halus sekitar mata. Jadi, sila hadkan masa korang lepak dengan telefon.

Kadang-kadang kita dah sampai level macam ni kan? Via Tenor

Lagipun, kalau asyik main phone, kita berkemungkinan akan hadapi masalah kurang tidur. Tubuh badan manusia secara semula jadinya akan ikut kitaran normal yang membolehkan kita tidur pada waktu malam dan berjaga pada waktu siang dan malam. Tapi, skrin telefon sebenarnya boleh sebabkan otak kita keliru untuk proses waktu tidur. Secara saintifiknya, badan kita akan menghasilkan melatonin iaitu hormon yang berikan isyarat tubuh badan anda untuk tidur.

Tapi, cahaya dikeluarkan telefon pintar akan mengganggu pengeluaran melatonin ini. Masalah ini akan menyebabkan kekeliruan pada badan untuk tidur, sekali gus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

3. Elakkan penggunaan pembersih wajah di sekitar mata

Kulit kat sekeliling mata adalah 10 kali lebih nipis berbanding lapisan kulit yang lain! Penggunaan pembersih wajah pada sekitar mata akan menyebabkan kulit menjadi kering seterusnya meningkatkan kedutan. Kami tahulah niat korang mungkin baik, sebab nak bersihkan muka, tapi sebenarnya ada cara lain yang lebih baik.

4. Pastikan korang cukup tidur dan rehat, sebab nanti dapat panda eyes

Boleh dikatakan pada zaman sekarang ni – semua orang sibuk. Ada yang sampai buat 2, 3 kerja untuk tampung perbelanjaan keluarga. Disebabkan benda ni ramai yang tak cukup rehat. Untuk pengetahuan korang, bahagian mata adalah kawasan yang paling cepat terkesan jika korang kerap tak cukup tidur atau tidur lewat malam. Lingkaran gelap bawah mata (panda eyes) dan juga garis-garis halus sekitar tepi mata (crow’s feet) terjadi jika korang tak cukup tidur.

Jangan sampai jadi macam ni ye. Via Giphy

Kerja-kerja jugak, tapi kesihatan korang kena jaga, sebab itulah kami sarankan korang dapatkan tidur dan rehat yang cukup.

5. Gunakan krim mata khusus untuk penjagaan kulit mata korang

Pastikan korang memilih krim mata berasaskan gel kerana krim mata yang pekat sukar diserap oleh kulit halus di sekitar kawasan mata. Krim yang tak dapat diserap akan terkumpul kat bawah kulit dan ia menyebabkan biji kolestrol terjadi. Nak singkirkan biji kolestrol lagi susah tau!

Cosmoderm
Dari mata turun ke hati gitu. Via Cosmoderm FB

Antara krim mata yang korang boleh temui di farmasi ialah Cosmoderm Eye Treatment Gel. Ia adalah gel tanpa minyak yang kaya dengan ekstrak tumbuhan semulajadi, enzim dan vitamin. Ekstrak cornflower dan antioksidan seperti Co-enzyme Q10 berfungsi untuk melindungi dan merawat sel-sel kulit.

Cosmo
Apa lagi? Inilah masanya untuk korang dapatkan produk awesome ni. Via Cosmoderm

Ekstrak chamomile dan aloe verapula dapat beri kelembapan supaya kulit kekal lembut dan ekstrak licorice serta Vitamin A merangsang penghasilan kolagen pada kulit sekitar kawasan mata. Ekstrak horse chestnut pulak dapat membantu meningkatkan pengaliran seterusnya mengurangkan kesan ‘panda eyes’ dan garis halus sekitar mata (crow’s feet).

Untuk kelihatan muda dan segar, korang kena lakukan pengorbanan sikitlah…

Bukan mudah nak sihat, kelihatan segar dan muda. Korang kena korbankan sikit benda yang korang suka buat, contohnya ambik terlalu banyak selfie. Kami harap melalui tips yang kami berikan ni, korang akan kelihatan lebih muda dan bertenaga! Cuba korang amalkan tips kat atas ni selama sebulan, mesti korang akan lihat perbezaannya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top