5 anime yang wajib ditonton oleh kanak-kanak 1990an ketika membesar

Asa

Masa korang kecil dulu, hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang pasti korang sangat nantikan bukan? Mana tidaknya, semua anime kegemaran korang akan ditayangkan pada hari Sabtu dan Ahad. Ditambah pula dengan hari Sabtu dan Ahad juga adalah merupakan cuti sekolah. Siap ada yang bawa geng untuk menonton bersama lagi. Nostalgik sungguh kan? Kat bawah ni kami senaraikan beberapa anime yang mungkin korang sangat minati dari korang kecil lagi sehingga lah dah besar panjang sekarang ni.

1. Slam Dunk, cerita tentang basketball…

Budak yang lahir pada zaman 90-an pasti sangat mengenali anime Slam Dunk. Untuk pengetahuan korang, Slam Dunk adalah siri manga yang telah ditulis dan diilustrasikan oleh seseorang yang bernama Takehiko Inoue yang mana mengisahkan tentang sebuah pasukan bola keranjang dari Shohoku High School. Manga Slam Dunk telah mula diterbitkan dari 1 Oktober 1990 hinggalah 17 Jun 1996.

Watak utama dalam anime Slam Dunk adalah Hanamichi Sakuragi yang mana merupakan seorang pelajar nakal dan ketua sebuah geng. Sakuragi sangat tidak popular dalam kalangan pelajar perempuan sehinggakan lamaran cintanya pernah ditolak sebanyak lima puluh kali oleh mereka. Kalau korang yang kena tolak sebanyak tu apa tindakan korang?

Via: fandom

Pada tahun pertamanya di Shohoku High School, dia telah pun bertemu dengan seorang gadis cantik yang menjadi impiannya iaitu Haruko Akagi. Sakuragi berasa seronok apabila bersama dengan Haruko kerana dia tak takut akan diri Sakuragi seperti mana gadis-gadis lain. Haruko adalah individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Sakuragi kepada pasukan bola keranjang sekolah selepas dia melihat betapa atletiknya Sakuragi.

Dalam pasukan yang sama, ada seorang lelaki yang bernama Kaede Rukawa yang merupakan pesaing dalam pasukan tersebut dan juga merupakan pesaing cinta terhadap Haruko.

https://www.youtube.com/watch?v=mSMVdotUuMc

Slam Dunk telah diadaptasi menjadi sebuah anime bersiri oleh Toei Animation. Anime ini telah pun ditayangkan di seluruh dunia dan telah mendapat sambutan yang sangat hangat terutamanya dalam kalangan peminat di Jepun dan negara-negara Asia lain serta Eropah. Siri anime Slam Dunk ini terdiri daripada 101 episod dan ianya telah ditayangkan pada 16 Oktober 1993 sehingga 23 Mac 1996 di negara Jepun.

2. Dragon Ball, ini siapa yang tak pernah tengok, hidup dia tak lengkap…

Dragon Ball adalah merupakan sebuah francais media negara Jepun yang dihasilkan oleh Akira Toriyama. Manga ni telah ditulis dan dilustrasikan sepenuhnya oleh Toriyama dan telah disirikan dalam Weekly Shonen Jump antara tahun 1984 hingga 1995. Kisah Dragon Ball ini diinspirasikan dari sebuah novel China klasik iaitu Journey to the West. Siri ni mengisahkan tentang seorang protagonis yang bernama Son Goku yang mana ia berkisarkan tentang watak Son Goku dari kanak-kanak sehinggalah dewasa yang sentiasa berlatih dalam seni mempertahankan diri.

Via: imgur.com

Goku juga mengembara dunia bagi mencari tujuh buah orb yang mana dikenali sebagai Dragon Ball. Orb ini mampu untuk memanggil seekor naga yang mana boleh menunaikan apa-apa sahaja permintaan untuk dijadikan kenyataan apabila ketujuh-tujuh orb disatukan. Sepanjang pengembaraannya, Goku telah mendapat ramai kawan dan telah mengharungi pelbagai pertarungan dengan musuh-musuhnya yang mempunyai misi dan objektif yang sama dengannya iaitu mencari Dragon Ball.

Via Giphy

Manga Dragon Ball telah diadaptasikan kepada dua siri anime oleh Toei Animation dan kedua-dua anime ditayangkan bersama sekitar tahun 1986 sehingga 1996. Secara keseluruhannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak sembilan belas animasi file dan tiga rancangan televisyen istimewa tentang Dragon Ball dan juga dua buah sekuel bersiri iaitu Dragon Ball GT dan Dragon Ball Super.

3. Initial D, anime yang memerlukan bantuan pakar drift…

Korang mesti pernah dengar anime Initial D kan? Mana tidaknya, anime ni pernah jadi satu fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia yang sangat gemarkan aksi-aksi perlumbaan kereta yang dipaparkan dalam anime ni. Initial D merupakan sebuah manga yang ditulis oleh Shuichi Shigeno yang telah disirikan di Kondansha Young sejak tahun 1995 dan telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.

Via Gifsforum

Anime dan manga ni lebih memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun – Initial D lebih memaparkan perlumbaan di jalan yang berbukit, tidak berada di kawasan bandar dan gaya perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan anime Initial D ini telah dibantu oleh lagenda drift terkemuka iaitu Keiichi Tsuchiya dari aspek pemantauan editorial. Kisah ni tertumpu di daerah Gunma di Jepun yang mana mempunyai beberapa jalan bukit disekitarnya.

Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar yang terdapat di Gunma.

https://www.youtube.com/watch?v=OdTocayaanQ&list=PL0C6SAad-93qa4UEGilgMlOHPCucOwaBk

Cerita Initial D ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan iaitu Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi yang telah mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan “persahabatan”. Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skill yang tinggi, pasukan Speed Stars pun menganggapnya sebagai perlumbaan untuk pertahankan maruah mereka dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri.

Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema apabila ketua pasukan mereka yang merupakan pemandu utama turun bukit iaitu Iketani telah terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan. Iketani kemudiannya telah mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja yang menyatakan bahawa kereta terpantas di jalan turun bukit Akina adalah merupakan sebuah kereta AE86 berwarna panda hitam putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya telah menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut iaitu Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi yang tinggi ketika usia mudanya. Hahh…nak tahu lagi? Kenalah tengok anime ni…

4. Detective Conan, siri penyiasatan seorang remaja yang jadi kanak-kanak semula

Detective Conan adalah merupakan sebuah manga dan anime genre yang merupakan hasil karya Gosho Aoyama yang telah diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Sunday bermula sejak tahun 1994 dan pada 18 Disember 2017, jilid ke-94 telah dikeluarkan di Jepun. Siri anime yang dihasilkan oleh TMS Entertainment/V1 Studio, telah menayangkan 894 buah episod siri televisyen dan dijadikan antara anime yang mempunyai banyak episod di Jepun.

Sebanyak 21 buah filem telah dihasilkan daripada siri ini antaranya filem yang ke-21 iaitu Detective Conan: Crimson Love Letter telah ditayangkan di Jepun pada 15 April 2017. Dalam ranking anime TV Jepun, Detective Conan sering menduduki tempat antara lima anime yang tertinggi dan terbaik di Jepun.

Via: detective conan wiki – fandom

Detective Conan mengisahkan tentang seorang pelajar yang berumur 17 tahun iaitu Shinichi Kudo yang merupakan seorang detektif remaja terkenal di bahagian timur Jepun terutamanya di sekitar Tokyo.  Dia telah disuntik serum dan akhirnya menjadi kanak-kanak. Profesor Agasa menyatakan bahawa Conan adalah anak saudaranya tapi dia terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan agar Conan tinggal bersama dengan Ran yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.

Bapa Ran iaitu Kogoro Mouri juga merupakan seorang detektif namun selalu cuai dan membuat rumusan yang salah terhadap sesuatu kes menjadikan Conanlah yang selalu menyelesaikan segala kes misterinya. Dengan penampilan Conan yang hanya sebagai seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan telah mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya menggunakan jarum bius dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.

5. Naruto, siri animasi ninja yang suka bergaduh dan ada kuasa gempak…

Kalau korang tak pernah dengar nama Naruto tu bermaksud korang belum boleh dilabel sebagai peminat nombor satu anime. Naruto merupakan satu siri manga yang telah dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Mashashi Kishimoto. Siri manga telah membuat kemunculan sulungnya pada tahun 1999 dan telah diterbitkan oleh Shueisha di dalam majalah Shonen Jump isu ke-43.

via: TV tropes

Kisahnya, ada seekor musang berekor sembilan telah menyerang kampung Konoha yang telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Namun, kejadian tersebut telah berjaya dihentikan oleh ketua yang memerintah Konoha pada masa tu iaitu Hokage Keempat yang bernama Namikaze Minato yang mana dia telah berjaya mengalahkan musang berekor sembilan dan telah menyalut separuh jasad musang tersebut ke dalam badan seorang bayi yang baru lahir dan dirinya.

Via Giphy

Untuk pengetahuan korang, bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto. Selepas 12 tahun, Naruto merupakan budak paling nakal di kampung. Dan dari situlah jalan cerita anime ni bermula…

Bila tengok anime, rasa rindu pula dengan zaman kanak-kanak dulu…

Ada tak anime kegemaran korang dalam senarai yang kami tulis kat atas tu? Walaupun ada di antara anime tersebut sudah tidak disiarkan lagi tetapi ianya masih tetap menjadi sebuah memori paling indah dalam zaman kanak-kanak kita semua. Bila difikirkan semula, macam kita nak sahaja kembali ke zaman kanak-kanak kita semua kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *