Lindungi rumah anda dari bencana alam dengan harga ‘nasi lemak’. Ini caranya

f1

Kita selalu dengar ungkapan pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Mengambil semangat ini, kami cuba bertanya kepada para pembaca ORANGKATA tentang pengalaman diorang dalam menggunakan produk perlindungan dalam kehidupan seharian. Melihat daripada komen-komen yang datang daripada korang, nampaknya memang ada macam-macam pengalaman yang menarik.

728 X 90

Salah satu produk perlindungan yang penting adalah produk perlindungan rumah atau insurans rumah. Rumah merupakan tempat korang berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga, sudah tentu jika berlaku apa-apa bencana, mestilah korang ingin pastikan rumah tu dah melanggan produk perlindungan.

Ada yang berpandangan produk perlindungan rumah hanya boleh dibeli oleh pemilik rumah mewah

Antara salah faham yang sering berlaku apabila kita bercakap tentang produk perlindungan perumahan, ada mitos yang mengatakan hanya rumah yang besar dan mewah je yang boleh membeli produk perlindungan rumah. Sebenarnya, pandangan ini adalah tak betul, sebab korang boleh lihat ada pelbagai produk perlindungan perumahan yang ada di luar sana.

perbelanjaan
Kerosakan rumah akibat ribut memang menyedihkan. Via Free Malaysia Today

Pembaca kami ada berkongsi tentang pengalamannya membeli produk perlindungan perumahan dengan premium (bayaran bulanan/tahunan) tahunan yang rendah. Kalau korang nak tahu, pembaca ni katanya berasal dari Pahang, dan baru je bergraduasi. Dia bekerja di Lembah Klang. Nak dijadikan cerita, dia terbaca satu iklan tentang skim insurans rumah yang paling asas. Dia pun ambik keputusan untuk belikan polisi perlindungan ni untuk rumahnya di kampung. Memandangkan ayah dan ibunya tinggal di sana.

Setelah lebih kurang 15 bulan dia melanggan insurans perlindungan rumah ni, ditakdirkan rumahnya terbakar akibat litar pintas. Dia diberikan pampasan (dalam jumlah yang tak disebutkan), tetapi jumlah ini cukup untuk digunakan bagi menyewa rumah sementara dalam tempoh setahun di kampung, bagi menunggu proses pembaikan rumahnya. Akhirnya rumahnya siap dibaiki dalam tempoh 3 bulan, lebihan faedah digunakan untuk menambah wang membaiki rumah.

perbelanjaan
Kebakaran rumah merupakan salah satu bencana terburuk yang boleh berlaku pada sebuah rumah. Via Sinar Harian

Sebenarnya, ada banyak polisi perlindungan insurans untuk rumah, dan selalunya jumlah manfaat yang akan diterima bergantung kepada kadar premium. Macam kisah si pembaca kami ni, dia kata premium yang dia perlu bayar sebulan sama dengan harga nasi lemak. Akhirnya dia menerima manfaat untuk membantu proses transisi ketika proses pembaikan rumah berlaku.

Keadaan semasa menunjukkan betapa pentingnya produk perlindungan rumah

Seperti produk perlindungan yang lain, ramai yang tak sedar tentang kepentingan produk perlindungan rumah, sehinggalah mereka ditimpa musibah. Melihat keadaan semasa, perlindungan perumahan semakin diperlukan. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ada insiden-insiden yang kami pasti akan memberi korang keyakinan untuk berfikir panjang tentang keperluan produk perlindungan perumahan.

Via Giphy

Minggu lepas, sekurang-kurangnya lapan rumah rosak diterbangkan akibat ribut petir di Simpang Renggam. Menurut salah seorang penduduk di sana, kejadian itu menyebabkan atap garaj kereta rumahnya rosak akibat diterbangkan angin. Katanya, itu kali pertama dia mengalami kejadian ribut petir sepanjang hidupnya.

“Ketika itu saya baru sahaja pulang bekerja sebagai tukang rumah di kawasan sekitar Simpang Renggam. Saya melihat pokok besar yang terletak kira-kira 500 meter di depan rumah bergoyang kuat disusuli hujan lebat, guruh dan petir. Tiba-tiba garaj kereta saya yang diperbuat daripada atap zink diterbangkan dan terbalik betul-betul di depan saya,” – Mansor, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia

Selain daripada insiden ribut petir yang kami sebutkan ni, pada penghujung bulan lepas, seramai 249 mangsa banjir dipindahkan ke lima pusat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan. Kalau ikut portal Info Banjir JKM, mangsa yang dipindahkan melibatkan 74 keluarga. Selain tu, puluhan rumah turut terjejas akibat dilanda ribut terutama di kawasan Beserah dan Balok. Kejadian yang melibatkan Kampung Balok dan Taman Balok Baru dah jejaskan 70 keluarga apabila bahagian atap rumah mereka rosak dan tercabut diterbangkan angin.

Insiden-insiden ini sudah tentu akan memberi kesukaran kepada para mangsa yang terlibat. Memiliki produk perlindungan rumah pastinya akan membantu proses menghadapi bencana alam ini. Lebih-lebih lagi di Malaysia, hampir setiap tahun kita akan berhadapan dengan kejadian bencana alam.

Kalau korang tertanya-tanya nak beli produk perlindungan apa, kami cadangkan Allianz KampungKu

Seandainya korang bercadang untuk membeli produk perlindungan perumahan, kami cadangkan korang ambik satu produk dari Allianz Malaysia ni. Nama produk tu Allianz KampungKu. Terutamanya bagi mereka yang mungkin kali pertama mencuba produk perlindungan rumah; atau ingin membeli produk perlindungan untuk rumah-rumah di kampung. Korang tak perlukan banyak benda pun, cuma perlu ada bil utiliti (bil air/elektrik) rumah, korang dah boleh beli.

perbelanjaan
Antara produk penting yang yang ada dalam produk Allianz KampungKu

Produk ni akan memberikan korang perlindungan asas, dan akan memastikan rumah anda dilindungi daripada insiden-insiden di luar jangka. Kalau korang berminat, korang boleh hubungi mereka. Cuma ini untuk rumah kampung, tuntutan maksima sehingga RM10,000. Untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, korang boleh dapatkan perlindungan Smart Home Cover dari Allianz. Apakah korang bersedia untuk mendapatkan produk perlindungan untuk rumah korang? Cuba berikan pandangan korang tentang produk seperti ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *