Spiderman ditahan dan disaman kerana tak pakai topi keledar

Pria Berkostum Spiderman Ditilang

Sebenarnya kami baru je tengok cerita Spiderman: Far From Home, boleh tahan jugaklah filem tu. Semalam ada berita tentang Spiderman kena tangkap kat Melaka, masa mula-mula baca berita ni kami tertanya-tanya spiderman mana pulak yang kena tangkap ni, dan apa pulak salah dia? Adakah sebab kes yang berlaku kat filem Spiderman? Tak logik, tak logik. Kami pun pergilah korek cerita dan tengok apa sebenarnya yang terjadi. Menariknya, Spiderman kat Melaka tu bukanlah Spiderman pertama yang pernah ditangkap…

Mamat ni tak kena tangkap ke? Via Giphy

Spiderman yang tengah cari makan kat Melaka dicekup Jabatan Imigresen Melaka

Seorang mamat yang gunakan baju adiwira “Spiderman” untuk dapatkan keuntungan caj bergambar yang dikenakannya kepada pelancong dicekup oleh Jabatan Imigresen Melaka (JIM) di Jalan Kota, Banda Hilir, Melaka. Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Mohd. Fauzi Abdullah kata, risikan telah dibuat sepasukan tujuh penguat kuasa JIM yang memantau dan menunggu kira-kira lima jam di beberapa lokasi sasaran sebelum Spiderman tu dicekup.

Via Sinar Harian

Katanya, lelaki berusia 38 tahun tu memakai kostum Spiderman bagi menarik minat kanak-kanak dan pelancong mengambil gambar bersamanya dan mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 untuk setiap keping yang diambil. Lelaki warga asing tu turut menjual permainan kanak-kanak dan ada pembantu wanita berusia lewat 40-an bersama anak perempuannya.

“Hasil pemeriksaan pada Spiderman ini, kita dapati dia turut membawa salinan dokumen palsu. Kita menahannya atas kesalahan tinggal lebih masa di atas pas lawatan sosial,” – Mohd. Fauzi Abdullah, seperti yang dilaporkan oleh KOSMO!

Mohd. Fauzi kata, lelaki tu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 sebab tinggal melebihi tempoh dibenarkan. Jika dia disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan denda tak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Spiderman Perancis dicekup sebab nak test power panjat bangunan tanpa alat keselamatan

Pemanjat bebas Perancis, Alain Robert ditangkap pada Januari tahun ni, lepas dia panjat menara tertinggi kat ibu kota Filipina, Manila. Robert, 56 tahun, yang digelar ‘Spiderman Perancis,’ memanjat Menara GT setinggi 47 tingkat tanpa sebarang peralatan keselamatan dan mengejutkan orang ramai yang melihatnya.

“Ini adalah haluan saya, cara hidup saya,” katanya kepada pemberita selepas menamatkan aksi berbahaya tu, dipetik dari Kosmo!

Via Berita Harian

Polis menahan Robert sebaik sahaja dia berpijak kat tanah selepas percubaan tersebut yang mengambil masa sekitar dua jam. Dia ditahan atas dakwaan mengganggu ketenteraman awam dan menunggu keputusan pendakwa raya bagi mendapatkan persetujuan ikat jamin. Si Robert ni dah memanjat lebih 100 bangunan tanpa tali atau peralatan keselamatan lain termasuk Menara Eiffel, Rumah Opera Sydney, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Burj Khalifa di Dubai.

Via CTN

Sebenarnya, 10 tahun lepas dia pernah ditangkap selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi kat Malaysia tu. Dia mula memanjat menara setinggi 88 tingkat tu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan. Masa tu dia boleh didakwa atas tuduhan menceroboh. Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Spiderman naik motor, tak pakai helmet! Kena saman pulak tu…

Benda ni berlaku kat Indonesia. Kami rasa dia tengah on the way nak pergi tengok filem Spiderman kot. Masa tengah syok kat atas jalan, Spiderman naik motor tanpa guna topi keledar. Bila pihak berkuasa kat sana iaitu Unit Lantas Polsek Patumbak tengok aksi Spiderman ni, diorang terus hentikan motorsikal Spiderman tu. Benda ini mengundang perhatian orang yang tengah lalu lalang kat situ. Diorang mulai berbondong-bondong menonton superhero tu disiasat polis. Nama orang di sebalik topeng Spiderman tu adalah Muhammad Reza.

HAHAHAHA. Via Metro24

Pihak berkuasa kat sana jelaskan bahawa setelah dilakukan penerangan, lelaki yang pakai kostum Spiderman tu mengakui kesalahannya, dan dia pun terima hakikat yang dia akan disaman. Punya gila cerita ni kan? Masa tulis artikel ni, adalah dalam 10 minit kami gelak. Spiderman kena tangkap sebab tak pakai helmet. Kalau korang pun minat guna pakaian adiwira, pastikan patuhi peraturan jalan raya ye.

Apa-apa pun kalau korang belum tengok filem Spiderman: Far From Home, mungkin inilah masanya korang pergi tengok. Cerita tu boleh tahan gempak, hari tu masa kami berjumpa TGV Cinema, diorang bagi kami tiket free untuk menonton kat panggung IMAX, power weh. Tak percaya? Hahhh…pergilah tengok sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *