Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Vc
Tips

Orang lain nak pengsan sebab bau kaki korang? Ini 6 tips yang boleh diamalkan

By Subeditor
July 17, 2019 4 Min Read
Comments Off on Orang lain nak pengsan sebab bau kaki korang? Ini 6 tips yang boleh diamalkan

Siapa je yang suka ada kaki yang berbau? Selain akan hilang rasa keyakinan diri, kaki yang berbau menunjukkan kaki korang ada bakteria. Sudah tentulah korang tak nak jadikan kaki yang korang gunakan untuk berjalan tu sebagai port lepak bakteriakan? Permukaan kaki lembab akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kuman – dioranglah yang sebabkan bau kaki. Nak hilangkan bau kaki? Pinjamkan kami 3 minit masa korang untuk baca artikel ni, dan korang akan bebas daripada bau kaki…

1. Sumbat kasut dengan kertas surat khabar, nanti bau tu akan diserap

Kalau nak kata surat khabar tu, mungkin dah ramai yang tak beli, sebab ramai yang baca berita melalui platform online je. Cara ni paling murah, pantas dan mudah. Lepas balik kerja, atau tempat belajar, time korang tak pakai kasut yang busuk tu, ambil kertas surat khabar dan sumbat masuk kedalamnya. Bau busuk itu akan diserap oleh surat khabar jika korang biarkannya semalaman. Bolehlah cuba lepas ni.

Macam ni. Via Remaja.my

2. Masukkan uncang teh, tapi kena buat teh dululah!

Punca kasut berbau busuk adalah disebabkan adanya bakteria. Kalau korang bunuh bakteria yang ada, bau busuk tu akan mula hilang. Korang boleh buat begitu dengan masukkan uncang teh kat dalam kasut. Tapi sebelum tu, korang kena masukkan dahulu uncang teh dalam air panas supaya bahan Tannin dalam teh keluar. Keluarkan uncang, perah airnya dan biarkan ia kering. Lepas tu masukkan ke dalam kasut dan biarkan beberapa jam.

Ni macam banyak betul pulak kan? Via Siraplimau

3. Masukkan lemon dalam kasut, nanti hilanglah bau tu

Bau lemon kuat dan segar boleh hilangkan bau busuk denga mudah. Belah lemon sekeping, kemudian perah dulu lemon tu. Lepas tu tinggalkan kepingan lemon itu kat dalam kasut semalaman. Insya-Allah bau akan hilang keesokkan harinya. Jangan risau, takdenya kasut korang akan berbau lemon.

Jangan buat macam ni ye. Via Giphy

4. Sembur kasut tu dengan disinfectant khas untuk kasut

Sembur bahagian dalam kasut tu dengan semburan disinfectant yang khusus untuk kasut. Biasanya jenama kasut terkenal atau sesetengah farmasi ada menjual semburan seperti ni. Ia mengandungi ethanol yang mampu membunuh bakteria. Lakukan semburan tu pada stokin bersih lepas tu letak dalam kasut semalaman agar semburan itu dapat meresap pada kasut.

Via Aving

5. Gunakan Sarung kaki dan kasut yang sesuai

Korang kena elakkan untuk memakai sarung kaki jenis nylon sebab ia mampu untuk memerangkap kelembapan pada kaki korang. Sebaiknya gunakan sarung kaki jenis cotton kerana kaki korang akan jadi lebih selesa. Kalau kaki korang cepat berpeluh dan lembab, pastikan korang bawa lebih sarung kaki supaya korang dapat tukar kalau kaki mula berpeluh.

Via Giphy

Lepas tu cari kasut yang ada fabrik yang mempunyai pengaliran udara. Benda ni untuk pastikan kaki korang mempunyai udara untuk memastikan ia dapat bernafas dan akan mengurangkan peluh dan bau. Antara fabrik yang sesuai untuk kasut adalah cotton atau kulit. Kalau boleh, korang jangan pakai kasut yang ketat.

6. Rendam kaki dengan garam epsom (Magnesium Sulfat)

Kami rasa korang dah tahu kot, garam epsom dapat neutralkan bau dan mampu untuk meringankan rasa kaki yang sakit. Apa yang korang perlu adalah sebekas air suam (8 gelas air suam) dan juga secawan garam epsom. Rendam kaki korang selama 30 minit sebanyak 1-2 kali sehari. Lepas tu pastikan kaki korang dilap dengan tuala supaya ia kering. Korang juga boleh memasukkan hirisan lemon dan juga bunga-bungaan kat dalam bekas air tu untuk sesi aromaterapi.

Via Bibit Online

Menghilangkan bau kaki bukan untuk diri korang je, tapi kelesaan orang lain

Apabila kita sembang pasal isu bau kaki, bau badan atau apa-apa jua jenis bau yang berkaitan dengan anggota tubuh badan, masalah selalu sama, orang yang berbau tu rasa dia selesa je. Mungkin korang rasa selesa dengan bau badan korang, sebab korang hidu bau tu setiap masa. Alah bisa tegal biasa gitu. Tapi korang kena simpatilah dengan orang yang di sekeliling korang, kasihan diorang kena menahan aroma yang memeningkan. Rajin-rajinlah tanya kawan baik korang tentang bau badan korang.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
Pria Berkostum Spiderman Ditilang
Previous

Spiderman ditahan dan disaman kerana tak pakai topi keledar

Ahmad Maslan Tanya Tun Mahathir Mohamad
Next

18 tahun dah boleh mengundi, adakah diorang masih digelar setahun jagung?

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme