18 tahun dah boleh mengundi, adakah diorang masih digelar setahun jagung?

Ahmad Maslan Tanya Tun Mahathir Mohamad

Semalam kita menyaksikan benda yang bersejarah – barisan Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang mencipta sejarah apabila diorang memberi sokongan majoriti lebih dua pertiga bagi meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, kat Dewan Rakyat. Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang. Nampaknya lepas ni, remaja yang berusia 18 tahun dah boleh mengundi…

RUU itu ada cadangan untuk pendaftaran undi secara automatik…

RUU tu dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada bacaan kali kedua semalam, bercadang meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun. Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

RUU tu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran warganegara secara automatik sejurus diorang mencapai umur 18 tahun. Terdahulu, sewaktu menggulung RUU berkenaan, Dr Mahathir menjawab isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan yang melibatkan 59 orang Ahli Parlimen.

Masa tengah berbahas ni, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan pengundi berkelayakan keluar mengundi bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi, Dr Mahathir berkata, belum ada keperluan berbuat demikian.

“Kajian awal terhadap negara-negara yang telah mewajibkan pengundinya keluar mengundi juga tidak 10 mendapat 100 peratus keluar mengundi. Singapura mencapai 93.56 peratus, Australia 91.89 peratus diikuti oleh Belgium 88.3 peratus dan Austria 80 peratus. Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi,” Tun Mahathir, dipetik dari AWANI

Lama tak tengok Ahmad Maslan. Via Malaymail

Perdana Menteri ada juga kata – tempoh pelaksanaan RUU ni perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana ianya akan menentukan hala tuju demokrasi negara. Penelitian kepada pelaksanaan ini adalah wajar bagi mengambil kira segenap aspek kebajikan bakal-bakal pengundi diberi keutamaan dan bukannya untuk memberi ruang kepada apa-apa agenda politik.

Bravo. Via Giphy

Sebabnya agensi-agensi pelaksana yang terlibat secara langsung sewajarnya diberi peluang dan ruang untuk buat persediaan teratur, umpamanya dari segi integrasi data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.

Keterlibatan anak muda dalam politik akan lebih berkembang, pecahkan stigma setahun jagung

Secara positifnya benda ni akan beri lebih banyak peluang untuk anak muda terlibat secara aktif dengan proses demokrasi negara. Ia umpama dah menjadi stigma kat dalam kebanyakan masyarakat – anak muda ni selalu dikaitkan dengan sikap tak matang atau ‘bodoh’ dalam politik. Kami tak rasa benda tu betul, bagi orang yang biasa lakukan kerja-kerja politik – diorang akan tahu ramai je anak muda yang terlibat secara langsung dengan politik.

Via Berita Harian

Selalunya idea dan bakat yang diorang miliki akan tenggelam dek ‘golongan tua’ dalam politik yang kata – baru setahun jagung tak payah nak cakap banyak. Bukan setakat tu je, cabaran besar menanti parti politik yang akan bertanding pada PRU15 nanti. Sebabnya kemahuan anak muda ni berubah-rubah dan undi diorang sukar diramal. Tentu dah banyak ‘think tank’ yang rangka strategi untuk mendapatkan undi anak muda. Kalau kita ambik contoh isu PTPTN yang dekat kat hati anak muda – sudah tentu prestasi PH yang setakat ni belum berjaya menunaikan manifesto diorang, bahkan mengabaikan bulat-bulat semangat janji PTPTN akan beri kesan pada undi anak muda.

BN? Lagilah. Selalunya diorang akan salahkan peminjam je, tapi tengok kemampuan diorang. BN jugak tolak idea pendidikan percuma mentah-mentah dan selalu memberi tekanan pada mahasiswa dan anak muda yang tak sehaluan dengan kerajaan. Moga keterlibatan anak muda untuk mengundi akan membawa keberuntungan kepada negara, kerana anak muda sering datang dengan idea-idea yang segar dan baharu. Pihak kerajaan perlu berfikir bagaimana nak dapatkan yang ‘terbaik’ daripada anak muda.

Via Giphy

Diorang pernah diberikan ilmu, latihan dan paling penting ideologi untuk menjadi instrumen dalam menghadapi arus politik Malaysia yang sesekali ‘caca marba’. Pendidikan politik ni memang penting, dan kami happy gak sebab dah banyak orang yang bercakap tentangnya. Moga-moga cepatlah ada aksi untuk bagi pendidikan politik kat pengundi, bukan setakat anak muda je, tapi semua peringkat umur,

Bos SPR pun dah ON. Via Bernama

Kelompok muda harus menjadi ‘ubat’ kepada semua ‘penyakit-penyakit politik’ yang ada di Malaysia. Mereka tidak sepatutnya disebut pemimpin pada masa hadapan, tapi pemimpin pada hari ini. Sejak bila syarat menjadi pemimpin, harus tua?

Bukti kerajaan tak perlu terlalu terdesak nak dapatkan 2/3 undi majoriti

Apa yang penting, kita jugak harus dengar kritikan tentang pindaan Perlembagaan ni. Bersetuju dengan sesuatu tak bermaksud kita harus menolak kritikan-kritikan terhadap sesuatu keputusan tu. Kritikan harus dilihat dan dianalisis supaya apa yang bakal dilakukan bertambah baik, lebih-lebih lagi banyak kritikan yang mempunyai asas yang baik. Peristiwa pindaan Perlembagaan berhubung undi 18 tahun ni menunjukkan – kerajaan perlu bekerja dengan pembangkang dalam memperkenalkan polisi yang baik. Tak perlu pun kerajaan nak serap ahli politik yang lompat parti hanya semata-mata nak dapat 2/3 majoriti kat Parlimen.

Kalau betul nak 2/3, lawanlah masa PRU15 nanti. Buat apa nak terima orang yang takde prinsipkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *