Ahli Parlimen dengan aset RM132.83 juta mula bimbang tentang keselamatan

S1
Ahli Parlimen dengan aset RM132.83 juta mula bimbang tentang keselamatan

Baru-baru ni Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar dilabel sebagai anggota parlimen paling kaya dengan jumlah aset bernilai RM132.83 juta setakat Mac 2019. Oleh sebab bimbang dengan keselamatan keluarganya, dia berulang alik ke luar negara sekali sekala untuk bertemu keluarganya.

Apabila anak-anaknya pulang, Santhara bimbang keselamatan mereka hingga enggan biarkan mereka terlepas daripada pandangannya walaupun hanya ke pusat membeli belah. Santhara kata dia terpaksa ubah gaya hidup kerana rasa tak lagi selamat.

Sejak beritahu awam dia ada lebih RM100 juta, ramai mula kata dia kedekut

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Santhara kata dia menolak cadangan pelaburan bernilai antara RM200 juta hingga RM100 juta kerana mahu ‘menutup’ perniagaannya di Malaysia. Selain tu Santhara juga kata ramai orang datang kepadanya untuk minta derma dan sumbangan.

Stuart

“Sebelum ni, orang gembira apabila saya beri RM1,000 tetapi sekarang bila saya berikan jumlah yang sama dari wang peribadi saya, mereka kata ‘kamu kedekut. Jika rakan sekolah lama saya ajak saya minum kopi, selalunya ia akan akhirnya berkenaan wang,” – Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Tanpa menamakan mana-mana individu, Santhara kata anggota parlimen lain turut bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga dan diri mereka. Meskipun menghadapi kesulitan dan gangguan sedemikian, Santhara menegaskan amalan perisytiharan aset mesti diteruskan, tapi dengan beberapa pengubahsuaian.

Via Giphy

Dia cadangkan anggota parlimen terus mengisytiharkan semua aset kepada kerajaan dan SPRM, tetapi hanya sebahagian daripada maklumat, iaitu seperti aset tambahan daripada hari mereka dipilih – untuk tatapan umum.

Ada sebab sesetengah pihak akan takut kalau undang-undang isytihar harta ni dilakukan…

Semalam kami tulis pasal Rafizi, dia antara orang yang berjasa bawak amalan ni kat Malaysia. Walaupun dah tak aktif dengan politik, dia tetap tengok perkembangan yang berlaku kat Parlimen. Katanya dia mengikuti dari jauh langkah penyembuhan dan proses membina semula Malaysia daripada kerosakan akibat rasuah yang berdekat lamanya.

Relakslah, isytihar je harta tu meow, bukan kami nak ambik. Via Giphy

Lebih kurang 5 bulan lepas dia kata rakyat tak perlulah melayan sangat sikap pembangkang yang menentang kuat peraturan baru ni. Diorang boleh beri apa-apa alasan, memetik pelbagai sebab musabab. Semakin banyak songel diorang menentang pengisytiharan harta, semakin mereka mendedahkan hipokrasi.

Mudah untuk kita faham kenapa ahli-ahli politik dan pegawai tinggi awam berasa tak selesa dengan pengisytiharan harta. Sesiapa yang ada kuasa, apabila diminta dipertanggungjawabkan untuk kuasa yang diberikan kepada diorang, akan rasa tidak selesa. Part ni kami memang setuju gila. Cuba tempatkan diri kita kat tempat orang yang banyak ambik kesempatan atas jawatan untuk dapatkan harta, sudah tentu benda ni akan buatkan kita takut.

Sebenarnya benda ni dah mula diperjuangkan sejak tahun 2015 lagi…

Semasa Rafizi mula-mula berkempen untuk wajibkan pengisytiharan harta dalam tahun 2015 dahulu, tindakannya tu mengundang cemuhan kawan dan lawan. Dia adalah Ahli Parlimen pertama yang buat pengisytiharan harta terperinci secara sukarela di bawah akuan bersumpah pada tahun 2015. Sejak tu, dia dah buat perisytiharan harta tahunan sepanjang tempoh Rafizi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Harta Rafizi. Via Awani

Pandangan Rafizi agak berbeza dengan ahli politik lain masa tu. Dia percaya apabila seseorang memilih untuk jadi penjawat awam, diorang perlu korbankan sedikit ruang peribadi kerana masyarakat memerlukan ahli politik yang ada pertanggungjawaban. Dia juga rasa ia satu langkah pencegahan kerana dia sentiasa sedar bahawa mana-mana orang awam boleh buat laporan polis terhadap akuan berkanun dirinya, dan dia boleh ke penjara jika berbohong.

Dia faham penolakan daripada pembangkang, tapi dia terkejut sedikit kerana bangkangan dan cemuhan turut datang daripada sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan dan kumpulan yang menggelar diri diorang “civil society”. Rafizi bernasib baik sebab sokongan rakyat kepada pengisytiharan harta wajib tu menggalakkan.

Ia memudahkan langkah INVOKE untuk menjadikan pengisytiharan harta satu syarat utama untuk mana-mana calon yang ingin mendapat bantuan kempen dari diorang.

Selain tu, ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pun ada isytiharkan harta secara terperinci. Masalah yang ada dekat Portal Perisytiharan Harta SPRM – ia tak jelaskan secara terperinci harta-harta ahli politik. Yang diberitahu cumalah pasal pendapatan dan nilai aset. Berbeza dengan perisytiharan harta INVOKE, ia mengandungi semua maklumat untuk kita tahu pecahan-pecahan harta ni.

CONTOH PERISYTIHARAN HARTA YANG LENGKAP

 

Apabila kita teliti harta-harta yang dimiliki oleh ahli politik ni, kami terfikir satu soalan…

Kalau kita tengok portal SPRM tu, kita dapati ada sesetengah ahli politik tu ada pendapatan yang tak berapa nak logik. Contohnya pendapatan dia tak sampai pun 100K sebulan, tapi kalau tengok kehidupan anak dan keluarganya, bukan main mewah. Benda ni akan buat orang tertanya-tanya tentang kejujuran perisytiharan harta ni. Siapa akan semak ketelusan pengumuman diorang ni?

Kalau nak semak harta YB-YB korang, boleh pergi website ni.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top