Mengenang Datuk Wan Ismail, ketua perang psikologi menentang komunis

S11
Mengenang Datuk Wan Ismail, ketua perang psikologi menentang komunis

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kehilangan seorang tokoh profilik dalam sejarah negara kita. Datuk Wan Ismail Wan Mahmood, merupakan bapa kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Disember 2019 yang lalu.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika majlis pengebumian bapanya. Al-Fatihah – via Malay Mail

Bagi mengenang almarhum, kami ingin kongsikan mengapa beliau antara tokoh penting dalam negara kita. Ramai yang lebih mengenali pasangan anak menantunya, namun tak ramai yang tahu bahawa almarhum memainkan peranan penting semasa Zaman Darurat dahulu (1948-1960).

Pakar psikologi yang dilantik memimpin operasi perang, untuk Perang Saraf

Bila ada orang sebut pasal Komunis, semestinya rakyat Malaysia takkan lupa apa yang berlaku dalam sejarah. Generasi baru mungkin sekadar tahu melalui pembacaan dan sukatan pelajaran di sekolah, tapi hanya yang pernah hidup dalam zaman darurat tahu betapa peritnya zaman itu. Tempoh 12 tahun itu sangatlah lama, dari sebelum merdeka sampailah dan merdeka pun, masih dalam zaman darurat!

Komunis Malaya
Komunis Malaya via psywar.org

Kenapa berlakunya darurat? Tak lain dan tak bukan – kerana Parti Komunis Malaya masih aktif memberontak. Jadinya, kerajaan pada masa itu yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman bertindak untuk melawan komunis dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan melancarkan Perang Saraf melalui penubuhan Bahagian Peperangan Psikologi. Bahagian ini ditempatkan di Kementerian Belia dan Sukan semasa operasi ini dilancarkan.

Wan Ismail
Almarhum Datuk Dr Wan Ismail – via Astro Awani

Jadi, pada waktu itu, Almarhum Datuk Dr Wan Ismail sebenarnya seorang pakar psikologi yang terkemuka di negara kita. Walaupun bidang ini baru baginya, iyalah kan… dia belajar sampai di London sana pasal psikologi. Mana pernah belajar pasal perang. Tapi dia terima jugak tawaran dari Tunku untuk memimpin unit khas ini.

Jadi, apa peranan Bahagian Peperangan Psikologi (BPP) ni?

Nama pun perang psikologi, jadi bahagian ini tak adalah angkat senjata macam unit ketenteraan. Apa yang mereka buat ialah mereka akan kumpulkan maklumat, walau sekecil-kecil maklumat pun! Mereka akan kenal pasti taktik komunis dan pergerakan mereka. Untuk bergerak dengan lebih efektif, bahagian ini juga terdiri dari pegawai dari pelbagai latar belakang dan kaum. Jadi mereka akan saling faham pelbagai bahasa yang dituturkan.

Siap sedia berkhidmat untuk negara! Via Giphy

Sistem pecah dan perintah warisan penjajah ternyata sangat menyusahkan kerajaan pada waktu itu sebab dari sistem inilah sentimen perkauman wujud. Oleh itu, antara strategi BPP ialah mereka menumpukan untuk menyatu padukan tiga kaum utama di negara pada waktu itu, Melayu-Cina-India. Dengan cara ini jugalah mereka cuba nak dekati kaum cina di kawasan Kampung Baru.

Menurut almarhum lagi, bila dah dapat kepercayaan dari pelbagai kaum, barulah mudah kerajaan nak jaga kebajikan dan keselamatan rakyat pada waktu itu. Tambahan lagi, pegawai-pegawai di bawah BPP yang dihantar keluar masuk kampung juga ditugaskan untuk memenangi hati penduduk sebaik mungkin. Ya, komunikasi itu sangatlah penting dalam keadaan gawat sebegini.

Perang dengan melemahkan moral musuh

Yang lebih menarik dalam operasi perang saraf ini ialah senjata utama bukanlah senjata api tapi psikologi! Pernah dengar kan ayat seperti ‘eei, psiko lah dia ni!‘. Memang, orang psiko lagi menggerunkan dari pengganas. Sebab sekurang-kurangnya senjata fizikal kita boleh nampak, boleh nak lari-lari melindungi diri dari ditembak, tapi teknik psiko-psiko ini kadangkala kita pun boleh masuk perangkap!

Eh, tapi macam mana pula diorang psiko komunis?

Via Giphy

Dengar macam mudah dan mustahil, tapi inilah yang mereka lakukan. Unit khas pimpinan almarhum akan layangkan risalah-risalah kesedaran ke seluruh negara. Alah, macam risalah kita biasa dapat di mall tu. Tapi risalah ini bukan iklan produklah… Dalam risalah-risalah ini, akan dipaparkan gambar-gambar penderitaan ahli keluarga musuh. Jadi, biasanya mereka akan target kawasan yang kemungkinan ada ahli komunis menyamar atau bersembunyi, mereka akan sebarkan risalah berkaitan.

Tujuannya satu sahaja, kerajaan nak mereka serah diri dan senjata.

Tanpa sokongan rakyat, tidak mungkin darurat akan berakhir…

Itulah pengakuan almarhum, seorang pengarah Bahagian Perang Psikologi ini. Katanya lagi, sekuat manapun kekuatan tentera, tanpa bantuan dan maklumat dari rakyat, kita tak akan berjaya.

Orang biasa mungkin tak tahu, sebenarnya Malaysia mengutamakan teknik psikologi dalam mendepani isu keamanan negara berbanding terus berkeras menggunakan senjata. Selamat jalan, Datuk Dr Wan Ismail. Moga Tuhan ganjari rahmat atas segala jasamu itu.

 

Artikel ini diambil dan disunting dari With The Most Experienced Pysch Warrior behind Him.. yang terbitkan oleh Malaysian Defence.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top