Baru-baru ni tular tentang demonstrasi yang berlaku dekat negara Indonesia akibat daripada penolakan para mahasiswa Indonesia terhadap Rancangan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana(RKUHP) dan pembatalan Undang-Undang baru Komisi Pemberantasan Korupsi(UU KPK) di negara tersebut. Tapi, korang pernah tak dengar tentang kisah demonstrasi kasut? Biar kami ceritakan…
Sebanyak tujuh ribu pasang kasut telah digunakan dalam demonstrasi ini…
Untuk pengetahuan korang, sebanyak 7,000 pasang kasut yang berbeza warna, bentuk dan saiz telah disusun di hadapan bangunan Capitol, Amerika Syarikat kerana tunjuk perasaan oleh para pelajar dan juga orang awam berikutan daripada kejadian insiden tembakan di sebuah sekolah tinggi yang bertempat di Parkland, Florida.
Selain tu, demonstrasi ini turut dilakukan bagi mengenang peristiwa sedih tentang pembunuhan kejam yang berlaku di Sekolah Rendah Sandy Hook, Connecticut pada tarikh 14 Disember 2012. Para aktivis yang menyertai demonstrasi tersebut telah menuntut supaya undang-undang pemilikan senjata api perlu dilaksanakan dengan lebih ketat kerana tidak mahu dua kejadian menyayat hati ini mejadi luka berdarah semula.
Dengar-dengar demonstrasi ni juga turut disertai oleh Avaaz. Tapi korang kenal tak dengan Avaaz?
Demonstrasi kasut ini juga telah diikuti oleh timbalan pengarah Avaaz iaitu Emma-Ruby-Sachs. Untuk pengetahuan korang, Avaaz adalah merupakan sebuah non-profit NGO yang bertapak di US(New York) yang mempromosikan segala isu aktivisme secara global seperti perubahan iklim, hak asasi manusia, hak asasi haiwan, korupsi, kemiskinan dan lain-lain konflik.
Avaaz.org telah diasaskan bersama Res Publica yang merupakan sebuah komuniti awam sektor profesional yang berdedikasi untuk mempromosikan kepimpinan yang baik, nilai-nilai sivik dan demokrasi yang adil. Avaaz menuntut untuk menyatukan praktis-praktis daripada orang yang berfikir secara idealis dari seluruh dunia.
Menurut pengarah Ricken Patel pada tahun 2011, mereka secara dasarnya tidak mempunyai ideologi tetapi misi kami adalah untuk menutup jurang yang wujud di seluruh dunia seperti mana yang masyarakat inginkan.
Untuk pengetahuan korang, sejak daripada tahun 2009, Avaaz tidak pernah mengambil derma daripada mana-mana yayasan ataupun perbadanan. Sebaliknya, mereka hanya bergantung kepada kemurahan hati ahli-ahli individu yang mana kini telah berjaya mengumpul lebih dari 20 juta. Banyak tak?
Demonstrasi ni antara demonstrasi yang terbesar, sampai artis pun join tau…
Demonstrasi ini telah mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dalam usaha mereka untuk menjayakan protes terhadap segala insiden yang telah berlaku. Kalau korang nak tahu, demonstrasi ini juga telah melibatkan beberapa orang artis dalam menjayakan demonstrasi ini antaranya ialah Susan Sarandon, Bette Midler dan Chelsea Handler. Sampai artis pun join sekali tau.
Selain itu, demonstrasi ini juga antara demonstrasi yang terbesar dan telah berjaya menarik perhatian orang ramai seluruh dunia kerana aktiviti yang mereka lakukan semasa demonstrasi itu sangat jarang dilakukan. Demonstrasi ini juga telah menarik perhatian masyarakat di Amerika Syarikat sehinggakan ianya telah disertai daripada pelbagai lapisan masyarakat Amerika Syarikat yang bertujuan untuk bersolidariti kepada mangsa-mangsa yang telah terkorban akibat daripada keganasan.
Perpaduan dan kesatuan mereka harus kita contohi…
Perpaduan dan kesatuan rakyat Amerika Syarikat dalam memerangi keganasan yang berlaku di negara mereka haruslah kita jadikan sebagai teladan dan ikutan. Korang rasa kalau kat negara Malaysia, masih logik ke demonstrasi untuk beri tekanan kepada kerajaan? Korang rasa macam mana? Cuba kongsikan pandangan koran…