займ срочно

Enam pejuang Palestin lolos cengkaman penjara Israel, ini cerita terperinci

f1
Enam pejuang Palestin lolos cengkaman penjara Israel, ini cerita terperinci

Pergelutan Israel dan Palestin berdekad-dekad lamanya masih lagi tak selesai. Penindasan Israel terhadap Palestin ni dikutuk dunia, namun ada jugak yang masih lagi sokong Israel untuk tindas Palestin atas tanggapan bahawa diorang cuma bunuh para pejuang militan je. Walhal dah banyak kes, terbukti bahawa diorang pun hentam jugak para penduduk yang tak bersalah dan tak terlibat langsung dengan aksi angkat senjata.

Mana-mana pejuang Palestin yang tak dibunuh dah ditangkap dan dimasukkan ke dalam sebuah penjara terkenal kat Israel tu. Kononnya, penjara tu penjara yang ketat dan amat sukar nak pecah keluar. Nampaknya diorang belum jumpa lagi kot para pejuang Palestin: keenam-enamnya lolos daripada penjara yang dikatakan paling ketat di Israel.

penjara gilboa
Penjara Gilboa yang suram.. -Via Sputnik News

Seperti Andy Dufresne. diorang cari jalan korek lubang dan sembunyikan alat kat poster

Mungkin kalau kami sebut watak Andy Dufresne, korang tak berapa kenal. Tetapi kalau kami sebut filem Shawshank Redemption, korang mungkin boleh teringat kembali kecekalan dan pengajaran mendalam tentang hidup yang ditawarkan dalam cerita tersebut.

Andy Dufresne ni adalah watak utama filem tersebut, dan dipenjarakan kat penjara yang ketat pengawasannya. Namun dia berjaya lolos dengan gali lubang kat dinding sel tahanannya. Para pegawai penjara pun hairan sungguh bagaimana seseorang tahanan boleh hilang gitu je suatu pagi, kemudiannya baru terperasan lubang yang ditutup dengan sekeping poster kat dinding.

drufesne shawshank
Watak Andy Dufresne dalam filem Shawshank Redemption.. -Via Dga.org

Lebih kurang dengan watak Andy Dufresne, enam pejuang Palestin yang ditahan ni pun berjaya melepaskan diri daripada cengkaman tentera Israel dengan korek lubang yang menghubungkan suatu jalan tikus daripada sel diorang kepada dunia sebalik benteng penjara.

Pada 7 September lalu, kejadian ni berlaku kat Penjara Gilboa di kawasan Israel. Lapor portal berita Ynet, kehilangan keenam-enam tahanan tu hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas diorang berjaya lolos. Diorang buat percubaan tersebut sekitar jam 1.30 pagi pada waktu tempatan. Kemudian, diorang pun dapat laporan daripada para petani sekitar kawasan tu bahawa macam ada kelibat berlari lintasi ladang diorang.

tahanan lari israel gilboa prison
Enam tahanan yang berjaya larikan diri.. -Via Middle East Eye

Difahamkan, lima daripada tahanan tu merupakan anggota Jihad Islam manakala sorang lagi merupakan bekas komander yang ada kaitan dengan Fatah. Pihak penjara mengesahkan salah sorang tahanan tu merupakan bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi. Empat anggota Jihad Islam tu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, sementara Zakaria Zubeidi ditahan oleh pihak Israel pada 2019 dan didakwa terlibat dalam beberapa serangan tembakan serta kini tunggu dibicarakan je.

Diorang turut percaya bahawa diorang berjaya lepaskan diri dalam sel tahanan yang diorang kongsi tu dengan mengorek lubang kat lantai tandas diorang dan sembunyikan sudu yang digunakan sebagai alat korek diorang di sebalik poster.

lubang gali korek palestin israel gilboa prison
Lubang keluar diorang kat luar penjara.. -Via MINA News Agency

Pihak Israel setakat ni dah dapat maklumat tentang kemungkinan keberadaan diorang, dan masih lagi memburu diorang. Polis, Shin Bet (Agensi Keselamatan Israel), Polis Sempadan dan pasukan tentera daripada dua batalion serta 14 kompeni IDF dan Pasukan Khas dikerah dalam operasi buru keenam-enam pejuang tersebut. Fuh banyak jugak tu…

Kelemahan struktur antara punca keberjayaan tahanan lolos, pegawai penjara pun tak syak langsung pasal pelan diorang yang dirangka sekian lama

Bila korang mesti ada akal panjang untuk hidup, tu jugaklah yang bantu korang untuk menyelamatkan diri dalam pelbagai situasi. Dalam kes ni, keenam-enam tahanan ni agak panjang akal jugak untuk merangka pelan melepaskan diri daripada penjara Gilboa. Penjara Gilboa ni adalah sebuah kompleks penjara berkawalan tinggi yang terletak kira-kira 4km dari sempadan Tebing Barat.

penjara gilboa pagar tinggi
Pagar yang dipasang tinggi kat Penjara Gilboa.. -Via Politics Today

Ia jugak merupakan salah sebuah daripada penjara bagi tempatkan warga Palestin yang terlibat dalam kegiatan anti-Israel termasuklah serangan bersenjata. Ia digelar “The Safe” kerana dikatakan, ia adalah penjara yang paling dikawal ketat dan kononnya, kubu yang takde siapa pun boleh lepaskan diri sehinggakan sorang wakil Israel Prison Service (IPS) dakwa Gilboa ni “lebih selamat daripada kotak-kotak besi dalam Bank Israel”.

Namun kata-kata tu rupanya tak lebih dari sekadar cakap besar je lah… sebab pada 2021, dah ada orang lepaskan diri. Sebenarnya, kes yang sama jugak pernah berlaku pada Ogos 2014 dimana lapan orang anggota Jihad Islam berjaya lepaskan diri. Tang mana “lebih selamat” tu pun tak taulah… Cara yang sama, operasi yang sama membuktikan bahawa penjara tu sebenarnya lemah dan senang nak lepaskan diri jika tahu cara dan kat mana nak pergi je lepas tu.

penjara gilboa 1
Penjara Gilboa dari pandangan atas.. -Via CNN

Salah satu punca tahanan berjaya adalah tahap kawalan keselamatan yang lemah sama ada dengan sikap culas para pegawai penjara dan kelemahan struktur binaan “The Safe”. The Jerusalem Post melaporkan, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal buat pemeriksaan rutin dan gagal hidu rancangan awal diorang apabila ada antaranya buat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama. Ditambah lagi, ketika kejadian… ada pegawai bertugas kat menara kawalan tu tengah tidur, dan tak sedar diorang berusaha lepaskan diri.

Selain tu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Omar Bar Lev kata Penjara Gilboa ni jugak sebenarnya dibina di atas tanah berpasir. Oleh tu, kelemahan struktur ni memudahkan kerja-kerja korek lubang lebih mudah. Siasatan di tempat kejadian turut mendapati diorang korek kat tandas, yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud semasa pembinaannya dulu.

Malah, mengikut maklumat daripada warganet, pelan pembinaan Penjara Gilboa ni jugak boleh diakses dalam talian je. Sekarang ni tentulah dah takde dalam laman sesawang Israel atas sebab kejadian tersebut.

Diorang dipercayai bergerak menerusi terowong tersebut dan korek jalan keluar kat tengah-tengah jalan tak berturap di luar. Shin Bet jugak dakwa para tahanan ni jugak ada seludup telefon bimbit dan berjaya hubungi seseorang untuk ambil diorang dengan menggunakan kereta. Diorang turut dipercayai dah tukar pakaian dan diberikan senjata untuk lindungi diri. Usaha nak korek lubang keluar tu pun dianggarkan memakan masa lebih setahun.

lubang tandas gilboa prison palestin israel
Lubang kat lantai yang diorang korek.. -Via Reuters

Susulan kejadian tersebut, pasukan Israel dah tahan lima saudara kepada para tahanan ni kat Arabbe berdekatan Jenin. Pihak Israel jugak periksa dari rumah ke rumah kat Arabbuna, Anin, Faqqua dan Bir al-Basha. Pencarian diperluaskan ke sekitar bandar Na’ura dan Tamra, turut memasuki masjid dan dah buat 200 sekatan jalan raya. Tiga orang di Na’ura ditahan berhubung kejadian lolos tersebut. Jalama, sebuah pekan Palestin berdekatan bandar Jenin pun turut diperiksa.

Sementara tu, Walla News melaporkan dua daripada tahanan tersebut dah masuk Jordan, manakala empat lagi kekal berada dalam Israel. Dua daripadanya bersembunyi di Majdal Shams berdekatan sempadan Syria. Polis jugak tak tolak kemungkinan bahawa diorang mungkin dah berjaya larikan diri ke Jenin.

sempadan jordan syria israel gilboa
Dekat je dengan sempadan kawasan lain.. -Via BBC

Respon pihak Palestin berkenaan kejadian ni jugak nampaknya positif, dimana gerakan Jihad Islam memuji tindakan berani tu dan berkata ia akan memberi kejutan kepada sistem pertahanan Israel. Manakala wakil Hamas, Fawzi Barhoum kata ia adalah kemenangan besar yang membuktikan keinginan dan kecekalan pasukan diorang di dalam penjara musuh. Dalam perkembangan terbaharu, empat daripadanya dah ditangkap semula oleh pihak Israel manakala diorang tengah cari dua lagi tahanan yang terlepas.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top