займ срочно

Pembukaan semula sekolah, ini beberapa perkara yang anda perlu tahu

f1
Pembukaan semula sekolah, ini beberapa perkara yang anda perlu tahu

Isu kelesuan murid belajar dalam kaedah PdPR ni dah semakin teruk dan perlu penyelesaian segera. Yang kita dapat fikirkan adalah, buka sekolah cepat-cepat dan teruskan semula kaedah bersemuka. Penyelesaian tersebut dibangkitkan berkali-kali, dan kini dah dapat perhatian kerajaan. Sejak tu, khabar buka semula sekolah ni mengundang pelbagai reaksi banyak pihak. Ada yang setuju, ada jugak yang tak setuju dan ada turut ragu.

Melihat peningkatan kes sejak 2-3 bulan semenjak khabar tu diumumkan, tarikh pembukaan semula sekolah yang diletakkan pada 1 September dah ditunda pulak kepada 3 Oktober. Ditambah lagi dengan situasi guru taknak vaksin, isu nak buka sekolah ni lebih rumit daripada yang kita sangkakan…

sekolah buka
Via Berita Harian

Sekolah akhirnya dibuka, penggal sekolah dilanjutkan hingga Mac 2020

Sebelum ni, kita dah jelas bahawa KPM memang dah ada hasrat untuk membuka semula sekolah dalam peringkat rendah dan menengah. Hasrat tu diumumkan pada 17 Julai selepas mengambil kira kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan sekolah. Tarikh pembukaan sekolah dah dilewatkan daripada 1 September kepada 3 Oktober berikutan situasi pandemik kita dalam tempoh beberapa bulan ni. Pengumuman ni dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada Ogos lalu dan nampaknya beberapa keputusan masih lagi tetap seperti dalam perancangan awal.

Antara beberapa ketetapan tersebut adalah syarat pembukaan sekolah di negeri-negeri dalam Fasa Satu PPN tak dibenarkan. Bagi negeri-negeri Fasa Dua, pembukaan sekolah hanya untuk kelas peperiksaan manakala bagi Fasa Tiga, pembukaan penuh dibenarkan. Katanya dalam sebuah video hantaran di laman Facebook rasminya:

“Ini adalah berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN)… jadi, kita tidak boleh menyatakan 1 Sept akan buka semua (sekolah). Keselamatan murid adalah keutamaan kerajaan. Sasaran dan hasrat kita pada 1 Sept (untuk pembukaan sekolah) namun tertakluk kepada penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN dengan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan,”- seperti yang dipetik Malaysiakini

sekolah rendah buka
Via Kosmo

Perkembangan dari semasa ke semasa jugak akan diambil kira khususnya dalam negeri termasuklah kadar vaksinasi dan kapasiti fasiliti kesihatan. Disebabkan perubahan ini, penggal sekolah juga ikut berubah dan akan dilanjutkan sehingga Mac 2020. Dalam sesi taklimat pembukaan semula sekolah pada 12 September lalu:

“Anak-anak kita akan kekal dalam kelas masing-masing seperti mana pada hari ini untuk bulan Januari dan Februari 2022, sebelum naik ke kelas berikutnya pada Mac 2022,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

pelanjutan sesi tahun kalender sekolah 2021
Pelanjutan sesi persekolahan 2021-2022.. -Via KPM

Syarat-syarat baharu jugak ditambah dan lebih spesifik mengikut keadaan fasa negeri-negeri di Malaysia. Untuk kejelasan, kami senaraikan kat bawah:

  • Fasa 1: PdPR
  • Fasa 2: Bagi sekolah rendah, murid berkeperluan khas dibenarkan hadir, yang lain pulak teruskan PdPR.
    Bagi sekolah menengah, hanya murid Tingkatan 6 semester dua, program prauniversiti semester tiga dan murid kelas peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir.
  • Fasa 3: murid prasekolah, tadika swasta (tanpa penggiliran), pelajar sekolah menengah (tanpa penggiliran) dan murid kelas peperiksaan awam  di sekolah harian atau swasta dibenarkan secara penggiliran.
  • Fasa 4: semua pelajar boleh kembali ke sekolah. Pelajar sekolah rendah kembali dalam dua kumpulan – Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (17 Oktober), Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 (10 Disember).
penggiliran sekolah sesi 2021 2022
Inisiatif sistem penggiliran.. -Via KPM

TMJ pernah panggil guru tolak vaksin menghadap, KPM mungkin akan ambil tindakan lanjut ke atas diorang

Memandangkan program vaksinasi kita dah berlangsung dengan lebih pantas dan meluas, begitu jugak pantas dan meluasnya tersebar fahaman tolak vaksin ni. Harus kita bezakan jugaklah, bila kita katakan tolak vaksin… ia tak bermaksud diorang ni semuanya anti-vaksin.

Ada jugak antara diorang ni yang masih ragu dengan vaksin, dan ada jugak belum ambil vaksin kerana faktor kesihatan. Lepas sebuah media laporkan lebih 700 guru tolak vaksin kat Johor, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim titahkan diorang menghadap bersama Pengarah Pendidikan Johor.

Menerusi ciapan Twitter;

“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa,”- TMJ, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

tmj tolak vaksin guru
Guru-guru tolak vaksin diminta menghadap.. -Via Malaysiakini

Selesai menghadap, TMJ rumuskan pertemuan tersebut menerusi hantaran kat Facebook HRH Crown Prince of Johor bahawa hanya 396 guru tu tak ambil vaksin kerana keraguan. Manakala baki 383 guru pulak nak tangguh dan sebilangan lagi setuju daftar untuk ambil vaksin. Tu baru kat Johor je… bagaimana pulak kat negeri-negeri lain?

Dr. Radzi Jidin kata, setakat ni masih terdapat 2,500 daripada keseluruhan 400,000 guru enggan terima vaksin atas pelbagai alasan. Buat masa ni, guru-guru yang taknak vaksin tak boleh mengajar secara bersemuka atau berinteraksi dengan para pelajar dalam kelas. Bahkan, diorang jugak tak boleh mengajar dan kena buat tugasan lain selain mengajar di sekolah.

“Kalau ada yang mengatakan mereka tak ada kerja hendak dibuat, itu tak betul. Di sekolah ada banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan dan mereka akan diberi tugasan itu. Itu tindakan segera di pihak kementerian. Dalam masa sama, kami juga sebenarnya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan selanjutnya terhadap guru-guru ini selaku penjawat awam,”- seperti yang dilaporkan Utusan

Menyedari perkembangan ni, masih ada jugak ibu bapa yang berat hati nak hantar anak ke sekolah. Oleh demikian, ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tak hantar anak ke sekolah. Ketidakhadiran pelajar takkan dianggap sebagai suatu kesalahan disiplin dan takde surat amaran akan dikeluarkan kepada pelajar. Selain tu, pemakaian pakaian seragam sekolah tak diwajibkan dan murid dibenarkan pakai pakaian yang bersesuaian, kemas dan sopan sekiranya pakaian seragam sekolah dah tak sesuai untuk dipakai.

Di samping tu, sesi persekolahan kali ni dah wajibkan murid-murid pakai pelitup muka sepanjang masa. Kerajaan jugak akan berusaha bekalkan pelitup muka kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan. Bagi sesi rehat, murid akan terus makan di kelas dengan pengawasan guru seperti SOP sebelum ni, kecuali bagi kelas yang guna pendingin hawa. Bagi kelas tersebut, murid kena makan di tempat terbuka dengan pengawasan guru.

sekolah rendah sop 2021
Via Kosmo

Bagi murid yang tinggal di Sekolah Berasrama Penuh, diorang diminta untuk buat ujian kendiri Covid-19 sebanyak 3 kali iaitu sebelum masuk asrama, pada hari keenam dan juga pada hari ke-14. Aktiviti kokurikulum jugak tak dibenarkan, namun dibolehkan pakai pakaian sukan dari rumah.

Sekiranya ada murid yang bergejala ketika di sekolah, ujian saringan Covid-19 guna air liur akan dilaksanakan. Tapi sebaiknya kalau dah ada gejala tu, duduklah kat rumah dulu dan tak hadir ke sekolah. Kalau terdapatnya kes Covid-19 dilaporkan di sekolah, pihak sekolah akan buat laporan kepada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut.

Kami berharap musim persekolahan akan datang ni dapat ‘mengembalikan’ semula semangat para pelajar dan murid yang dah penat dengan PdPR. Kita kena terus cuba jugak untuk kembali kepada rutin biasa, tentunya dengan norma baharu dan bersedia untuk lebih proaktif menangani isu-isu yang timbul.

Kegusaran lain seperti situasi sesetengah guru yang taknak vaksin diakui agak menyukarkan keadaan dan buatkan ibu bapa berat hati nak hantar anak ke sekolah disebabkan potensi penularan penyakit. Hal yang sama jugak buat keluarga yang taknak vaksin, tu jugak buatkan ibu bapa lain risau Di sini, jelaslah bahawa isu tak vaksin ni pun turut jejaskan orang lain jugak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top