Kami cuba lihat bagaimana sempit pemikiran anti-vaksin, ini antara dapatan kami

f1

Dengan pelancaran program vaksin seluruh dunia, sekarang ni dah semakin rancak pulak perbincangan kita pasal vaksin dan anti-vaksin. Kemunculan diorang, walaupun dalam komuniti kecil je, namun impak diorang dilihat agak menakutkan dan dikhuatiri boleh mengugat usaha kita nak capai imuniti kelompok. Gerakan anti-vaksin ni wujud je dalam kalangan kita, dan wujud secara diam-diam. Setiap hari diorang berbincang sesama diri, cuba yakinkan bahawa vaksin ni suatu yang takde guna.

Namun begitu, sebenarnya tak semua orang yang taknak vaksin ni boleh digelarkan anti-vaksin. Dapatan kajian terbaharu di Singapura ni buatkan kita terfikir jugak: adakah kelompok yang ragu-ragu terhadap vaksin ni perlu jugak digolongkan ke dalam golongan anti-vaksin? Lebih menarik, ada jugak sesetengah darinya pun tolak vaksinasi secara mandatori walaupun diorang pun ragu-ragu pasal vaksin.

vaksin suntik
Via Berita Harian

Vaksin dah banyak tersedia, ramai jugak yang ragu tentang keberkesanan vaksin walaupun dah banyak terbukti

Sekarang dah banyak macam vaksin tersedia di pasaran. Negara-negara seluruh dunia pun dah banyak buat program vaksinasi tersendiri dan kebanyakannya diberikan secara percuma kepada seluruh rakyatnya. Di Singapura misalnya, ramai jugak yang berpusu-pusu nakkan vaksin… dan ada jugak yang taknak ambil vaksin pun.

Untuk sesiapa yang melihat bahawa ambil vaksin tu merupakan tanggungjawab moral, ramai yang lebih mudah nak campur-adukkan mana-mana kelompok yang masih tolak vaksin atau tunda vaksinasi diorang tu sebagai sebahagian daripada gerakan anti-vaksin sepertimana di Amerika Syarikat atau Perancis. Namun dalam kelompok tu, ada jugak segelintir tu sebenarnya tak boleh ambil vaksin mRNA kerana faktor kesihatan. Oleh sebab tu, diorang mungkin sedikit lambat nak ambil vaksin tersebut.

vaksin pandu lalu labuan
Vaksin pandu lalu di Labuan..-Via Sinar Harian

Sepertimana dalam dapatan lepas, reaksi masyarakat terhadap vaksin ni boleh difahami dalam tiga jenis kategori umum iaitu kategori orang yang yakin dengan vaksin, kategori orang yang masih atas pagar pasal vaksin dan terakhir, kategori orang yang tolak habis vaksin ni atas apa-apa alasan yang diorang katakan. Dapatan baharu di Singapura jugak mengukuhkan kajian lalu, dilaksanakan oleh Centre for Information Integrity and the Internet (IN-cube) di Nanyang Technological University (NTU).

Mengikut kajian soal selidik diorang menggunakan data yang dikutip seramai 6,000 responden merentas 10 bandar di Asia termasuklah Singapura pada awal Jun lalu… rupanya 600 peserta di Singapura tu, 287 masih belum lagi tak divaksin.

vaksin singapura
Situasi pusat vaksin di Singapura.. -Via The Straits Time

Daripada bilangan tersebut, 61 peratus setuju nak dapat vaksin, sementara 20 peratus lagi tak pasti dan 19 peratus taknak. Analisis awal diorang mendapati bahawa sebaran maklumat yang meluas untuk dedahkan kepentingan vaksin ni berguna agar lebih ramai ambil vaksin. Tambah-tambah lagi sekiranya maklumat tu datangnya daripada pakar-pakar kesihatan dan kerajaan jika dibandingkan dengan mesej-mesej pro-vaksin kat media sosial atau dalam berita.

Dengan pendedahan maklumat yang kerap dan berkredibiliti, lebih ramai yang sanggup nak dapatkan vaksin. Begitu jugak halnya dengan nasihat-nasihat kesihatan lain seperti sentiasa pakai pelitup muka dan jaga jarak antara satu sama lain. Selain tu, golongan yang rasa diorang ni lebih berisiko terkena Covid-19 jugak lebih sanggup nak dapatkan vaksin, terutamanya bila dah nampak tahap teruk kes harian negara diorang di Singapura. Akan tetapi, apa yang buatkan sesetengahnya menolak?

vaksin tolak
Via Forbes

Halangan dan jaringan peribadi buatkan ramai terus ragu, sumber maklumat diorang cumalah cerita orang lain

Di sebalik kesanggupan orang ramai tu, ada jugak yang tak sanggup nak ambil vaksin. Diorang ni pun risau dengan risiko dan bahaya terima vaksin… jadi diorang tak berapa nakkan sangatlah ambil vaksin. Misalnya, sorang petugas kesihatan yang ditemubual oleh para pengkaji kata dia taknak dulu ambil vaksin kerana dia takut dengan kesan vaksin terhadap penyakit pra-diabetes yang dialaminya. Perkara ni pun berlaku jugak di Malaysia, yang mana ada sesetengah orang masih belum ambil vaksin kerana diorang risau tentang implikasi vaksin tu terhadap penyakit diorang dan kesihatan diorang secara amnya.

korea selatan vaksin
Via Pharmaceutical Today

Kemudian, temubual selanjutnya bersama para penyelidik kat Amerika Syarikat terhadap kelompok ragu vaksin mendapati antara alasan diorang adalah diorang gusar tentang keselamatan vaksin yang ada dengan merujuk kepada cerita-cerita yang diperoleh daripada kawan dan keluarga. Nampak sangatlah bahawa jaringan hubungan peribadi antara satu sama lain penting jugak untuk faham fikiran diorang ni.

Di Singapura pulak, para penyelidik mendapati ramai warga tua taknak atau tak pasti berkenaan vaksin ni sebenarnya akibat daripada diorang tak kerap tengok atau perhatikan perkembangan berita semasa. Namun ia tak bermakna semua golongan ragu vaksin ni tak tengok berita. Bahkan ada jugak yang cuba cari banyak maklumat tersedia di Internet demi menyelesaikan keraguan diorang. Kalau macam tu… soalan yang penting untuk dikemukakan adalah dari mana pulak sumber berita diorang?

konspirasi covid vaksin
Kita dapat tengok gerakan anti-vaksin secara terbuka kat AS.. -Via University of Cambridge

Akses digital dan media sosial memungkinkan pertukaran pelbagai maklumat. Segalanya di hujung hari, dan begitu mudah serta pantas sehinggakan maklumat yang diorang dapat ni pun tak dapat disahkan benar. Contohnya, media sosial dan aplikasi mesej yang ada menjadi tanah subur buat para ahli dalam kumpulan tertutup ni berkongsi pelbagai anekdot tentang kesan sampingan dan kecederaan yang dikatakan datangnya lepas dapat vaksin.

Walaupun banyak kesan sampingan dahpun didokumentasikan oleh pakar-pakar kesihatan, ia hanya berlaku dalam kadar yang kecil je sementara majoriti penerima vaksin tu mengalami kesan sampingan yang tak serius atau langsung takde kesan. Tapi bila dah baca anekdot-anekdot daripada penceritaan saudara mara, keluarga dan rakan… orang dah mulai takut. Satu anekdot je dah boleh ubah persepsi tentang vaksin.

palsu vaksin berita
Imej-imej dakwaan palsu yang berlegar di alam maya.. -Via Sebenarnya.my

Berbeza dengan anti-vaksin, lebih suka fahami dunia dalam kerangka teori konspirasi yang menakutkan

Golongan ragu vaksin ni masih boleh menerima vaksin dan takdelah menolaknya sama sekali. Tetapi bagi golongan anti-vaksin pulak, diorang tentang habis-habisan vaksin ni. Biasanya, diorang ni suka pada teori konspirasi yang palsu dan tak sah mengenai bahaya vaksin, serta kononnya motif-motif tersembunyi oleh kerajaan dan syarikat farmaseutikal.

Diorang akan rujuk banyak laman web yang tak sahih, doktor-doktor palsu dan entah pakar mana lagi yang diorang jumpa kat Internet. Sedangkan, ramai tak tau bahawa teori konspirasi tu sebenarnya bersumberkan ‘elit-elit tukang konspirasi’ yang nak ambil kesempatan.

doktor mercola joseph
Ni lah Dr. Joseph Mercola, sumber utama yang dipetik geng anti-vaksin.. -Via The Ringer

Dalam kajian lalu di Singapura jugak, para penyelidik yang sama pernah temubual reaksi ibu bapa tentang vaksin virus HPV dalam kalangan kanak-kanak. Ada jugak sesetengah ibu bapa berharapkan perlindungan imuniti kelompok, dan lebih suka ‘tunggu dan lihat’ je.

Daripada kita terus memburuk-burukkan golongan ni, kita sebenarnya perlu jugak mengkaji pemikiran diorang ni dan rangka suatu strategi relevan untuk segera menangani masalah tersebut. Ia bukan suatu perkara yang mudah, sebab diorang ni betul-betul berpegang kepada fahaman teori konspirasi dan tak dapat beri reaksi yang sama dengan kelompok ragu vaksin atau yang setuju ambil vaksin. Contohnya, mesej pro-vaksin yang gunakan gambar terkait kanak-kanak yang sakit hanya akan buatkan diorang tambah takut dan rasa tergugat.

akaun fb antivaksin
Kat FB, ramai jugak anti-vaksin di sana.. -Via Portal Berita RTM

Selain tu, strategi tersasar yang lebih fokus untuk menjelaskan mesej-mesej yang bercanggah antara sorang pakar kesihatan dengan pakar kesihatan lain. Kadangkala, percanggahan pendapat ni digunakan untuk berhujah bahawa vaksin ni jelaslah tak selamat. Maka, bila kita memberi jawapan yang lebih tuntas… diorang mungkin boleh mengubah fikiran dan tak lagi dapat merujuk fakta yang tercanggah tu sebagai alasan untuk tak ambil vaksin.

Begitu jugak dengan pelbagai imej dan video yang disalahfahami dan dikaitkan pulak dengan vaksin. Insiden kematian seseorang didakwa kerana vaksin, sedangkan ia takde kena-mengena pun. Tetapi kalau takde yang jelaskan bahawa insiden tu tak berhubungrapat pun dengan Covid-19, golongan anti-vaksin akan terus pegang insiden tu sebagai pengajaran untuk diorang tolak vaksin.

print
Via The Star

Bagaimana pulak dengan Malaysia? Kita di sini jugak perlu mewujudkan strategi yang lebih berkesan untuk sampai ke kelompok sasaran kita yakni kelompok anti-vaksin ni. Kelompok anti-vaksin ni ada je di mana-mana, dan kadangkala tak segan pun nak tunjuk bahawa diorang yang tolak vaksin ni sihat je macam biasa serta ‘menunggang’ konsep-konsep keagamaan sebagai suatu ujian Tuhan kepada mereka. Perkongsian terbuka dan tanpa segan silu ni menambah celaru rakyat khususnya yang masih ragu tentang vaksin dan mengukuhkan pulak persepsi serong anti-vaksin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *