займ срочно

Mencari solusi tangani pandemik, Scotland buat sidang terbuka tanya pandangan rakyat

f1
Mencari solusi tangani pandemik, Scotland buat sidang terbuka tanya pandangan rakyat

Setelah lebih setahun kita dilanda pandemik dan kini usaha vaksinasi berlangsung di seluruh dunia, kita sekarang dah berada dalam fasa nak pulihkan semula keadaan dan cuba hidup ‘bersama’ Covid-19. Kat Malaysia, kita dah beralih daripada pelaksanaan PKP kepada pelaksanaan pelan berfasa yang bertumpukan keadaan sesebuah negeri. Ada 3 syarat yang kena dipenuhi dulu, barulah negeri tu dapat beralih fasa dan menikmati pelbagai kelonggaran.

Di UK, hal yang sama turut berlaku. Sementara kat UK, diorang dah tak wajibkan pakai pelitup muka dan dah boleh berhimpun ramai-ramai; ni tak bermakna negara diorang ni dah kebal ataupun selamat daripada Covid-19. Di Scotland pulak, diorang taknak dah tunggu Britain… diorang nak percepatkan langkah tangani Covid-19 dengan bantuan rakyatnya.

scotland covid
Scotland terpaksa laksana semula sekatan.. -Via France 24

Scotland nak buat sidang terbuka bagaimana nak tangani Covid-19, jemput orang ramai bagi pandangan

Seperti kita, Great Britain dan Scotland ni boleh dikatakan dua entiti bersekutu di bawah nama United Kingdom. Tetapi bila dalam soal usaha menangani kesihatan awam, UK jugak berkongsi polisi yang lebih kurang sama – seumpama kita, Sabah dan Sarawak diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing. Maksudnya, boleh jadi kat Semenanjung Malaysia dah boleh rentas daerah; tetapi Sabah dan Sarawak masih belum boleh lagi walaupun kerajaan pusat dah kata ia terpakai untuk seluruh negara.

Di Scotland, diorang taknak tunggu dah arahan dan perancangan Great Britain. Pada mulanya, PM Boris Johnson kata sebuah siasatan awam dan bebas yang mengkaji pengurusan pandemik seluruh negara akan bermula tahun depan. Bagi dia, penangguhan tersebut wajar sebab diorang taknak bebankan Perkhidmatan Kesihatan Awam (NHS), penasihat dan kerajaan wilayah lain pada lewat tahun ni. Ia jugak membolehkan kerajaan UK untuk bekerjasama dengan pentadbiran lain iaitu Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Tetapi Scotland taknak lambatkan siasatan tersebut, apatah lagi dengan peningkatan kematian akibat Covid-19 tu berlaku kat wilayahnya. Kumpulan aktivis Covid-19 Bereaved Families for Justice turut menggesa Scotland buat je dulu sidang siasatan diorang sendiri dan tak payah tunggu serentak dilakukan seluruh negara sebagaimana yang direncanakan oleh PM.

Oleh sebab tu, diorang menjemput orang ramai untuk berikan pandangan diorang dengan hala tuju dan prinsip yang harus dipertimbangkan sehingga 30 September. Terdapat beberapa hal yang akan menjadi fokus utama diorang, iaitu:

  • Impak kesihatan secara langsung, termasuklah kes jangkitan dan kematian dalam rumah kebajikan
  • Impak kesihatan yang tak berkaitan dengan Covid-19
  • Impak kepada masyarakat, termasuklah pendidikan
  • Impak ekonomi
covid scotland
Via The Scotsman

Ia jugak akan menyiasat hal-hal lain yang menyebabkan kegusaran ramai, seperti kadar kematian yang tinggi dalam rumah kebajikan, dan turut meneliti penjelasan terhadap keputusan yang dah diambil dan punca mengapa hal tersebut boleh berlaku. Menteri Kanan Nicola Sturgeon dan bekas Setiausaha Kesihatan Jeane Freeman akui bahawa keputusan memindahkan pesakit warga tua daripada hospital kepada rumah kebajikan dan penjagaan semasa awal pandemik tu adalah suatu kesilapan.

Lebih dari 1,300 warga tua dipindahkan ke rumah kebajikan sebelum langkah saringan yang lebih baik dilaksanakan. Akhirnya diorang pun gagal tangani jugak penularan dan kematian disebabkan Covid-19. Selain tu, Nicole Sturgeon jugak kata bahawa siasatan tersebut akan melihat segala hal berkenaan dengan pengurusan pandemik khususnya yang berada dalam bidang kuasa diorang.

nicole sturgeon
Ni lah Nicole Sturgeon.. -Via The Guardian

Pemimpin parti bersuara tegur pengurusan kerajaan Scotland, mungkin Malaysia pun kena ikut jejak Scotland

Para pemimpin parti kat sana bersetuju dengan pelaksanaan sidang siasatan awam dan secara terbuka mengalu-alukan komen orang ramai berkaitan pengurusan pandemik Covid-19. Sementara ada jugak yang dakwa kerajaan Scotland ni sengaja melambat-lambatkan proses tersebut, ada jugak yang terus mengungkit kesilapan pengurusan diorang dulu. Misalnya, pemimpin Liberal Demokrat Alex Cole-Hamilton kata dulu kerajaan Scotland dah banyak salah langkah.

Katanya, dulu kerajaan wilayah tersebut gagal uruskan langkah kuarantin dan membenarkan para pelajar kembali ke kampus sehingga muncul lagi penularan semula virus tersebut. Inisiatif Test and Protect yang dilaksanakan oleh kerajaan jugak tak bersedia terhadap bebanan kelonggaran sekatan, menyebabkan penjejakan tu tak berkesan dah. Bahkan, ramai jugak dilepaskan dari hospital dan dimasukkan ke rumah kebajikan tanpa ada sebarang ujian atau selepas diuji positif.

warga tua scotland
Via The Guardian

Melihat perkembangan semasa, Nicole Sturgeon membayangkan sekatan akan diperkenalkan semula. Usaha siasatan awam ni pun penting jugak untuk meninjau sejauh mana teruknya kesan Covid-19 agar diorang pun boleh melaksanakan sekatan-sekatan yang lebih sesuai dan wajar bagi mengurangkan risiko penularan serta kesan sekatan tu.

Sama halnya dengan Malaysia. Sekarang ni, kita masih boleh berbangga bahawa sistem kesihatan awam kita dah tak terbeban sangat sebagaimana bulan-bulan lepas. Namun, kami rasa tak salah sekiranya kita pun nak buat siasatan awam dan sidang terbuka untuk kumpul pandangan orang ramai berkenaan impak pandemik ni ke atas kehidupan diorang.

Yang kami lihat sekarang ni, kebanyakan luahan rasa tu hanya didengari sekiranya diorang bising kat media sosial. Sebaliknya pulak, seringkali kita dipesan agar selesaikan luahan tersebut dalam saluran yang betul. Jika saluran pun takde, macam mana nak sampai ke pihak penggubal polisi? Begitupun, kegagalan kerajaan ni diselesaikan oleh rakyat dengan pelbagai inisiatif bagi membantu sesama lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top