5 kumpulan muzik antarabangsa yang dirindui peminat muzik di Malaysia

My Chemical Romance 2019 2000 1024x650
5 kumpulan muzik antarabangsa yang dirindui peminat muzik di Malaysia

Umum mengetahui bahawa baru-baru ni konsert daripada kumpulan Butterfingers telah berjaya menarik ribuan penonton dan sekaligus berjaya mengubati rindu ribuan peminat yang sangat menggilai kumpulan rock tersebut. Kalau korang jenis yang gila muzik, mesti korang masih ingat nama kumpulan kat bawah ni kan?

Kumpulan dari luar negara inilah yang pernah menjadi kegilaan rakyat Malaysia suatu masa dulu tau…

1. My Chemical Romance (MCR), dibentuk seminggu selepas serangan 11 September 2001…

Kumpulan MCR ni adalah merupakan kumpulan rock yang berasal daripada Amerika Syarikat dan telah ditubuhkan pada tahun 2001. Agak lama juga kan? Kumpulan ini telah dibentuk oleh Gerard Way dan Matt Pelissier seminggu selepas serangan 11 September 2001.

Akibat daripada melihat dengan matanya sendiri, kehidupan Way banyak dipengaruhi oleh perlanggaran kapal terbang dengan Pusat Dagangan Dunia lantas membuatkannya untuk menubuhkan kumpulan muzik. Buktinya, lagu yang dia tulis iaitu “Skylines dan Turnstiles” adalah pernyataan perasaannya terhadap peristiwa 11 September itu.

Mcr
Via: today.line.me

Tidak lama selepas itu, Way telah menghubungi Ray Toro untuk mengajaknya menyertai kumpulan tersebut kerana pada ketika itu Way tidak boleh menyanyi dan memainkan gitar pada masa yang sama. Kalau korang nak tahu, sesi rakaman pertama mereka telah dilakukan di loteng Pelissier yang mana lagu “Our Lady of Sorrows” (sebelum ini dipanggil “Bring More Knives”) dan “Cubicles” dirakamkan.

Frenk Lero telah dedahkan bahawa kumpulan itu telah menghabiskan lirik “Best Day Ever” mereka sebulum mereka tiba di studio untuk memulakan rakaman.

Kalau korang nak tahu, selepas MCR ditubuhkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan Eyeball Records. Semasa mereka bersama dengan Eyeball Records, mereka telah menemui Frank Lero yang merupakan vokalis utama dan gitaris untuk kumpulan Pencey Prep. Setelah Pencey Prep berpecah, Frank Lero telah menyertai MCR beberapa hari sahaja lagi sebelum album sulung mereka direkodkan.

Tiga bulan lepas tu, mereka telah merakamkan album pertama mereka iaitu “I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love” yang telah dilancarkan pada tahun 2002. Dengar-dengar dalam masa terdekat ni mereka nak buat tour reunion. Korang dah ready ke belum?

2. Green Day yang membawa maksud melepak sepanjang masa sambil menghisap ganja…

Korang mesti pernah dengar nama kumpulan ni kan? Kalau korang nak tahu, kumpulan Green Day ni  adalah merupakan sebuah kumpulan rock yang berasal dari Amerika Syarikat yang dianggotai oleh Bilie Joe Armstrong, Mike Dirnt dan Tre Cool. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan istilah “Green Day” merupakan slanga masyarakat di kawasan mereka berkenaan hari-hari di mana seseorang itu melepak sepanjang masa sambil menghisap ganja.

Tre Cool telah menganggotai kumpulan ini sebagai pemain dram selepas John Kiffmeyer yang merupakan pemain dram asal kumpulan ini terpaksa berhenti kerana ingin melanjutkan pelajarannya di salah sebuah kolej.

Green Day
Via: bestfunforall.com

Green Day adalah merupakan sebuah kumpulan yang memperjuangkan genre punk rock dan telah mula bermain di 924 Gilman Street di Berkeley, California. Green Day telah menandatangani kontrak pertamanya dengan sebuah syarikat rakaman indie iaitu Lookout!Records. Pada tahun 1994, kumpulan Green Day telah muncul dengan album pertama mereka iaitu Dookie dan album tersebut telah terjual lebih 10 juta unit di Amerika dan terjual lebih 15 juta unit secara keseluruhannya.

Melalui penjualan album tu, Green Day dah jadi antara kumpulan punk rock yang berjaya dan setanding dengan kumpulan-kumpulan punk rock yang lain seperti kumpulan The Offspring dan Rancid. Selepas itu, kumpulan Green Day telah muncul dengan tiga lagi album yang lain iaitu Isomniac, Nimrod dan Warning tetapi kesemua album tersebut tak dapat mencapai jualan yang baik seperti album pertama mereka iaitu Dookie.

Pada tahun 2004 pula, mereka sekali lagi telah muncul semula dengan album yang berkonsepkan rock opera American Idiot dan melalui album ini juga kumpulan Green Day telah kembali popular terutamanya daripada para peminat yang lebih muda. Secara keseluruhannya telah menjual lebih 65 juta unit termasuklah 22 juta unit yang terjual di Amerika.

Via Giphy

Kumpulan Green Day telah menangi tiga anugerah iaitu Anugerah Grammy;Album Alternatif Terbaik untul album Dookie, Album Rock Terbaik untuk album American Idiot dan Record Of The Year untuk lagu Boulevard of Broken Dreams. Power tak?

3. No Doubt, kumpulan yang berjaya berada 16 minggu di kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100 Airplay…

Kumpulan No Doubt adalah merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Anaheim, California, Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1986. Album pertama mereka adalah berirama ska-rock yang mana gagal membuat gelombang disebabkan gerakan grunge yang popular pada masa itu.

Pada tahun 1990, album Tragic Kingdom yang telah dapat anugerah berlian telah berjaya membantu kumpulan No Doubt untuk melancarkan kebangkitan mereka dan lagu “Don’t Speak” yang merupakan single ketiga dari album tersebut telah mencatat rekod apabila berjaya berada 16 minggu di kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100 Airplay, sebelum diatasi oleh lagu Goo Goo Dolls “Iris”.

Via Giphy

 

Selepas tu, kumpulan No Doubt telah lancarkan album berikutnya iaitu Return of Saturn yang mana empat tahun kemudian album tersebut telah mendapat ulasan positif namun album tu juga dianggap sebagai satu kegagalan komersil. Lima belas bukan kemudian, No Doubt kembali semula dengan Rock Steady yang turut memasukkan muzik reggae dan dancehall di dalamnya.

Album tu sebahagian besarnya telah dirakam di Jamaica dan memaparkan beberapa kerjasama dengan artis Jamaica iaitu Bounty Killer, Sly and Robbie dan Lady Saw. Album ini telah menghasilkan dua single pemenang Grammy iaitu “Hey Baby” dan “Underneath It All”.

No Doubt
Via: pinterest.com

Untuk pengetahuan korang, No Doubt telah keluarkan album kompilasi The Singles 1992-2003 dan set kotak Boom Box pada tahun 2003. Kedua-duanya mengandungi versi penutup lagu synthpop Talk Talk “It’s My Life”. Penyanyi kumpulan No Doubt iaitu Gwen Stefani telah melancarkan kerjaya solo pada tahun berikutnya dengan kerjasama beberapa orang termasuk ahli kumpulannya iaitu Tony Kanal dan Neptunus Pharrell manakala pemain gitar mereka iaitu Tom Dumont juga telah memulakan projek sampingannya iaitu Invincible Overlord.

4. ACDC, nama kumpulan yang menginspirasikan jenis litar elektrik sebuah mesin jahit…

Kalau korang tak kenal dengan nama kumpulan ni itu bermaksud korang belum lagi boleh digelar sebagai seorang raja muzik rock. Nama kumpulan rock ini sangat popular dan sangat mudah untuk korang ingati kerana sangat ramai anak muda yang gemar untuk memakai baju yang berlogokan nama kumpulan mereka.

Acdc
Via: wall.alphacoders.com

Untuk pengetahuan korang, kisah bagaimana mereka mendapat nama kumpulan ni agak sedikit kelakar kerana kisahnya langsung tidak mempunyai sebarang sifat “rock and roll” di dalamnya. Semasa mereka mahu menubuhkan kugiran, adik-beradik Malcolm dan Angus Young tidak mempunyai idea yang baik untuk nama kugiran mereka.

Dalam masa yang sama, adik mereka iaitu Margaret telah terlihat ada satu label pada mesin jahit milik keluarga mereka yang tertulis AC/DC yang mewakili kepada bentuk litar yang boleh digunakan untuk mesin jahit iaitu “Alternating Current/Direct Current”. Mengambil inspirasi daripada jenis litar elektrik mesin jahit itu, mereka berdua menggunakan singkatan itu dan meletakkan logo petir pada nama kugiran mereka supaya menonjolkan simbol tenaga yang mereka miliki.

Via Giphy

 

5. Avenged Sevenfold, nama kumpulan yang diambil daripada Bible

Korang mesti kenal dengan nama kumpulan muzik ni kan? Avenged Sevenfold adalah merupakan antara salah satu kugiran metal yang sangat terbesar dunia. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1999 yang berasal daripada Huntington Beach, California. Mereka memulakan kerjaya dengan memainkan lagu-lagu berentak metalcore, muzik mereka semakin matang dengan kemasukan elemen hard rock yang memberikan melodi baru sekaligus membuka penerimaan masyarakat yang lebih besar kepada muzik mereka.

164036093 Avenged Sevenfold Wallpapers
Via: 4usky.com

Untuk pengetahuan korang, nama Avenged Sevenfold sebenarnya telah diambil daripada sebuah kisah yang terdapat di dalam kitab Bibble berkenaan cerita tentang adik-beradik Cain dan Abel yang merupakan anak kepada Adam dan Eve. Petikan yang diambil dalam bab Genesis 4:24 tersebut berbunyi lebih kurang macam ni “If Cain shall be Avenged Sevenfold, Truly Lamech seventy and sevenfold”.

Kalau korang nak tahu, walaupun nama kumpulan mereka diinspirasikan daripada ajaran Kristian, namun mereka mengakui bahawa mereka sangat jarang membaca Bibble.

Mesti korang semua rindu nak tengok mereka semua ni perform semula macam dulu-dulu kan?

Korang rasa macam mana? Mesti korang rindu nak tengok kumpulan-kumpulan yang legend ni beraksi semula kan? Rupanya untuk sampai ke tahap macam mereka ni bukan suatu perkara yang mudah tau. Siap ada yang sampai dah keluar daripada kumpulan tu dan lepastu masuk semula. Tapi, lagu-lagu mereka ni memang legend lah. Rugi kalau korang tak pernah dengar…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top