Ceramah BN dapat sambutan di Tanjung Piai, PH berhadapan tugas sukar

Lolo1

Kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan bahang pilihan raya semakin dirasai masyarakat setempat. Perang pemasangan kempen pilihan raya seperti sepanduk, bendera dan risalah calon dilihat semakin menggalakkan kat seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dan Kukup.

Awani
Siapakah yang akan menang? Via AWANI

Nampaknya hampir semua calon yang bertanding daripada enam calon berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2 November lalu, kini dah semakin bertungkus-lumus nak dapatkan undi daripada rakyat…

Ceramah BN dapat sambutan hangat, pemimpin diorang siap main balas pantun…

Menariknya ceramah perdana BN bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai gamat dengan hampir setiap pemimpin tertinggi yang hadir membeli dan jual pantun masing-masing. Acara pantun ni dimulakan dengan Ketua Penerangan Umno, Shamsul Anuar Nasarah selaku pengacara majlis menyampaikan serangkap pantun bagi pihak Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan.

“Datuk Ahmad Maslan sudah datang, dia tak boleh berucap tapi bila dia tak boleh berucap dia bagi pantun tuan-tuan,” – Shamsul, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

https://www.youtube.com/watch?v=opiRMwmd_U4

Ceramah di Kampung Rimba Terjun Pontian itu menyaksikan seramai dua ribu penyokong BN dari seluruh negara yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa hadir. Kalau ikut laporan The Star lagi gempak, sampai tiga ribu orang yang hadir untuk dengar ceramah ni.

Presiden MCA, Wee Ka Siong yang turut hadir tak ketinggalan dalam menyampaikan serangkap pantun bagi memeriahkan acara.

“Tanjung Piai indah dan permai,
Dari Pekan Nenas sampai ke Kukup
Sambutan rakyat cukup ramai,
Kali ini Pakatan Harapan pasti lingkup.

Terima kasih daun keladi,
Kalau ada undi bagi lagi.”

Alweeceramah021119
Antara hadirin yang hadir. Via The Star

Pantun ni disambut dengan tepukan gemuruh dan penonton mula bersorak meminta setiap pemimpin yang berucap turut menyampaikan pantun mereka.

Calon PH pulak tak risau walaupun jumlah orang yang hadir ke ceramahnya tak ramai…

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Tanjung Piai, Karmaine Sardini tak bimbang dengan jumlah pengundi yang rendah kat ceramahnya baru-baru ni. The Star laporkan calon PH tu kata para pengundi ada komitmen yang perlu ditunaikan, sebab tu diorang tak datang.

Tj
Calon PH. Via The Star

“Orang ramai tidak datang ke acara kami kerana mereka ada kerja dan saya faham keadaan mereka,” – Karmaine Sardini, seperti yang dilaporkan MalayMail

Ceramah tu juga menyaksikan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Taiping Teh Kok Lim dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas Yeo Tung Siong. Tapi kalau ikut laporan dari MalayMail cuma 20 orang yang hadir. Karmaine kata bahawa ini adalah signal untuk dia bekerja lebih keras untuk menawan hati pengundi.

Thstar
Via The Star

“Kami akan meneruskan program kempen kami dan saya tidak bimbang sama sekali. Insya-Allah, Pakatan mempunyai peluang untuk menang dan saya akan ke setiap sudut di kawasan parlimen ini untuk bertemu dengan rakyat kerana setiap kawasan mempunyai masalah yang berbeza,” – Karmaine Sardini, seperti yang dilaporkan MalayMail

Dalam forum “kopitiam” baru-baru ni, walaupun kehadiran Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, yang biasanya akan mengundang orang ramai, kali ni hanya berjaya menarik kira-kira 50 orang. Pakatan Harapan perlu lakukan sesuatu dengan cepat kalau diorang nak pastikan kerusi yang diorang tengah pegang ni dapat dipertahankan.

Nampaknya secara ‘fizikal’ Barisan Nasional ada momentum yang lebih baik menjelang hari mengundi.

Mungkin ini peringatan untuk Pakatan Harapan supaya tunaikan janji?

Hujah yang selalu kita dengar daripada penyokong Pakatan Harapan adalah – BN dan PAS berjaya dapatkan sokongan sebab diorang main sentimen perkauman. Benda ni kami setuju, dan secara jujurnya kami tak minat dengan politik perkauman atau agama. Cuma selain daripada cari salah pihak lawan, ada baiknya pasukan Pakatan Harapan nilai prestasi diorang, terutamanya bab janji dan prestasi menteri.

Asa
Via Youtube

Orang tinggalkan harapan yang besar pada Pakatan Harapan semasa menukar kerajaan, tapi pada hari ni ada masa-masanya harapan-harapan tu seperti dipijak-pijak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *