Usia bukan penghalang, 3 nenek dari Jepun menginspirasikan…

121

Setiap manusia yang panjang umurnya takkan lari dari menghadapi hari-hari tua. Kadang-kadang bila kita dah tua dan teknologi semakin canggih, kita semakin malas nak belajar benda baru. Sememangnya belajar sesuatu yang baru sangat mencabar di usia tua, dan keupayaan kita tidak lagi sama dengan orang muda yang mudah menyerap ilmu dan kemahiran baru. Tapi nenek-nenek dari Jepun ini bukti usia tua bukanlah penghalang untuk kita mencapai sesuatu!

Nenek Jepun
Jepun mempunyai masalah populasi tua yang semakin ramai, tapi warga tua mereka tetap menginspirasikan ! Via Nikkei Japan

Jadi kali ini kami nak ceritakan serba sedikit tentang mereka…

1. Grandma Home Library, diusahakan nenek pustakawan secara solo

Masih ingat lagi Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) di sekolah? Ya, setiap budak sekolah mesti kena sertai program ini dan cikgu akan bawa kita ke perpustakaan dan mulalah kita tulis sinopsis setiap buku dalam buku rekod NILAM. Kalau bagi pelajar universiti pula, di tahun akhir ada yang kena buat thesis dan kena rujuk pelbagai sumber kajian. Jadi memang perpustakaan jadi tempat yang kerap dikunjungilah kiranya…

Buku Nilam
Rindu tak dengan buku rekod ni? – via Blog Rasmi Pusat Kegiatan Guru Kuala Penyu

Dan dalam setiap perpustakaan, kita pasti akan bertemu dengan pustakawan. Kalau kita tak jumpa buku yang dicari, ke kaunter sirkulasilah yang kita akan pergi dan minta bantuan pustakawan. Menariknya di Jepun, ada seorang nenek yang mengusahakan perpustakaan di rumahnya.

Lebih mengagumkan, nenek bernama Yoshiko Furukawa ni jadi pustakawan di perpustakaan rumahnya seorang diri! Usianya sudah menjangkau 74 tahun tapi masih kuat dan bersemangat melayan pengunjung perpustakaan rumahnya yang mula dibuka semenjak 28 tahun yang lalu. Rata-rata pengunjung perpustakaan ini merupakan kanak-kanak dan golongan remaja.

Yoshiko Furukawa berharap dengan usahanya menguruskan perpustakaannya dapat menyuburkan rasa cinta untuk membaca buku dalam diri kanak-kanak – NHK Japan

Perpustakaanya memiliki koleksi buku sebanyak lebih daripada 15,000 buah buku. Dan semua buku-buku tersebut dibeli menggunakan duit pencennya. Beliau bukan saja cekap dalam mencadangkan buku-buku untuk dibaca, malah kalau ada buku yang dicari oleh pengunjungnya tak ada dalam simpanan perpustakaan ini, dia akan cari dan beli buku tersebut di kedai buku yang ada! Selain itu, nenek ini juga selalu buat sesi bercerita (storytelling) di sekolah-sekolah.

Kan best kalau ada nenek macam ini di Malaysia? Huhu

2. Nenek programmer, mula belajar coding pada usia 60 tahun

Masako Wakamiya Daily Mirror Uk
Masako Wakamiya via Daily Mirror UK

Nenek pun boleh coding! Ya, kalau anda pernah belajar pengaturcaraan, tentu faham betapa kompleksnya kemahiran ini. Walaupun tak dinafikan ia adalah bidang yang menarik sebab anda boleh bina laman web macam Lazada, buat aplikasi telefon pintar dan macam-macam lagi software kalau pandai coding.

Via Giphy

Disebabkan tak ada game yang sesuai untuk orang tua di App Store, nenek Masako Yakamiya yang kecewa dengan apps-apps yang ada bertindak untuk buat sendiri game yang orang-orang tua macam dia nak main. Game itu namanya Hinadan. Game ini hanya perlukan pemain padankan pakaian tradisional Jepun yang sesuai ke dalam kotak-kotak yang disediakan.

Peh, power weh! Kalau anda rasa minat nak belajar coding tapi rasa macam dah tua, jangan mengalah! Sebab nenek ini sendiri mula belajar coding pada usia 60 tahun! Dan sekarang umurnya dah 81 tahun.

Game Hinadan
Game Hinadan yang dibina oleh nenek Masako Wakamiya. Dibentangkan di TEDX talk – via Daily Mail

Haa… macam mana, terinspirasi tak? Hehe…

Tapi bukan setakat buat game saja, nenek ni juga gemar buat hasil seni digital. Yang kreatifnya, dia hasilkan seni digital menggunakan Microsoft Excel! Ya, bukan paint, tapi Excel! Selalu kita guna Excel untuk buat rekod atau kira-kira, nenek ini buat seni! Fuh… tak terjangkau dek akal kami dengan keunikan idea ini. Dan hasilnya memang cantik!

Excel Art
Antara contoh hasil seni digital menggunakan Excel – via LifeBuzz

Kalau anda tertanya-tanya macam mana nenek ini buat seni digital ini, dia hanya warnakan setiap cell dalam Excel sheet dan kecilkan saiz setiap cell sehinggalah nampak hasil corak tersebut. Huhu… gigih!

3. Artis Seni Veteran terkenal, melawan halusinasi dengan seni

Bagi peminat seni antarabangsa, tentunya akan mengenali seorang artis bernama Yayoi Kusuma dari Jepun. Sebelum kami teruskan, suka kami nak paparkan dahulu hasil kerjanya.

Yayoi Kusuma Exhibition
Inifinity Room rekaan Yayoi Kusuma – via Yahoo Lifestyle Singapore

Cantik, kan? Inilah dia antara hasil seni Yayoi Kusuma, berusia 90 tahun. Ya, bukan Perdana Menteri kita saja yang masih bertahan bekerja di usia selewat 90 tahun ini! Pameran seni yang diusahakan oleh Yayoi Kusuma ini bukan kecil-kecil anak, ya… Hasil seni dari artis veteran ini bukan saja terkenal di Jepun, malah sampai ke New York juga orang beratur nak beli tiket masuk pameran seninya! Di Asia Tenggara, beliau pernah buat pameran di Indonesia.

Yayoi Kusuma The New York Times
Inilah dia Yayoi Kusuma – via The New York Times

Di sebalik karya-karya yang memukau, nenek Yayoi Kusuma mempunyai kisah hidup yang berlainan dari artis-artis lain. Matanya melihat setiap benda seperti polka dots. Katanya;

The moon is a polka dot,

The sun is a polka dot,

and the Earth where we live is also a polka dot!

-Yayoi Kusuma

Kalau anda hairan kenapa dia melihat semua benda macam polka dot, hal ini disebabkan dia mempunyai masalah halusinasi. Bagi menenangkan dirinya, dia mencurahkan apa yang dilihatnya dan apa yang timbul dalam fikirannya pada lukisan dan arca-arca polka dots serta corak-corak yang berulang. Seni bukan saja menjadi terapi, malah seni jugalah yang menjadikan dirinya seperti yang kita lihat pada hari ini.

Usia hanyalah sebuah angka, hiduplah dengan penuh makna!

Semoga nenek-nenek ini terus sihat dan diberikan kekuatan untuk meneruskan hayat mereka. Orang putih cakap ‘life at its fullest!’. Kalau kita rasa hidup kita suram walaupun masih muda, carilah diri kita dalam sesuatu perkara yang boleh buat kita gembira meneruskan hidup, seperti nenek-nenek ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *