Lima bangunan UNIK yang ada di dunia, ada yang ambil masa 24 tahun untuk disiapkan

F1

Pada kebiasaannya, sebuah bangunan selalu dikaitkan dengan mercu tanda kepada sesebuah negara. Tapi, korang semua tahu tak, ada yang mempunyai seni bina yang unik? Kali ni kami akan kongsikan kepada korang tentang bangunan yang mempunyai seni bina yang unik yang ada di beberapa buah negara.

1. Capital Gate (UAE), bangunan paling condong kat dunia

Korang pernah tak dengar nama bangunan Capital Gate? Kalau korang nak tahu, bangunan Capital Gate ni merupakan sebuah bangunan condong yang terletak di Abu Dhabi, UAE yang telah dibina oleh Abu Dhabi National Exhibition Company. Bangunan yang ada ketinggian sehingga 160 meter dan 35 tingkat ini telahpun diiktiraf oleh Guinness Book of World Records sebagai bangunan paling condong di dunia.

947665658 Adtower 1
Via Archdaily.com

Bukan itu sahaja tau, uniknya – bangunan ni bukan setakat condong je tapi bahagian atas bangunan ini makin melebar dan membesar daripada bahagian bawah. Korang rasa bangunan ni kukuh ker? Tapi, korang jangan risau tentang kekukuhan bangunan ni sebab bangunan ni telah dilengkapi dengan segi tiga yang dikenali sebagai teknologi diagrid yang mana segi tiga tadi berfungsi untuk menambahkan kekukuhan bangunan tersebut.

2. The Piano House (China), bangunan yang paling romantik…

Korang pernah tak bayangkan muzik dan bangunan digabungkan bersama? The Piano House adalah sebuah bangunan yang ada reka bentuk seperti piano gergasi yang terletak di bandar Huainan, China. Selain tu, pintu masuk utama ke dalam bangunan ini juga berbentuk seperti violin yang keseluruhannya diperbuat daripada kaca. Kreatif bukan?

I4
Via  Appraisaltoday.com

Dah kalau reka bentuk bangunan ni dibuat mengikut bentuk alat muzik, mesti korang ingat fungsi bangunan ni untuk buat aktiviti seperti konsert dan acara muzik kan? Tapi, untuk pengetahuan korang bangunan ni sebenarnya tiada kena mengena langsung pun dengan muzik. Piano House ni sebenarnya menempatkan bilik pameran untuk showcase pelan-pelan pembangunan baru bagi bandar Huainan dan bangunan ini juga dikenali sebagai tempat yang paling romatik kat negara China.

https://www.youtube.com/watch?v=AvOT8CFw8XU

3. Ryugyong Hotel (Korea Utara), bangunan yang mengambil tempoh masa 24 tahun untuk disiapkan

Piramid agung di Mesir merupakan salah satu sejarah dalam evolusi manusia. Ianya misteri sehinggakan ramai pakar seni bina pun tak dapat nak faham macam mana piramid tu dibina. Tapi, itu semua cerita zaman purba. Kali ni kami nak cerita mengenai piramid versi moden pula iaitu bangunan Ryugyong Hotel yang mana bentuk bangunan ini adalah sama seperti bentuk piramid.

4
Via Murai.my

Ryugyong Hotel merupakan sebuah bangunan pencakar langit yang terletak di Pyongyang, Korea Utara. Bangunan ini ada ketinggian 330 meter dan merupakan bangunan tertinggi di negara tu. Bangunan ini mempunyai tiga bahagian yang bergabung dengan bahagian utama pada bucu yang berada di puncak bangunan yang menjadikan bangunan ini kelihatan seperti sebuah piramid. Selain itu, bangunan ini juga mengambil masa selama 24 tahun untuk disiapkan tau, lama betul kan?

Pembinaan Ryugyong Hotel ini telah dimulakan pada tahun 1987 tetapi terpaksa dihentikan pada tahun 1992 disebabkan oleh masalah ekonomi dan bangunan ini hanya dibiarkan terbengkalai selama 16 tahun. Namun, pada tahun 2008 bangunan ini telah diteruskan semula oleh sebuah syarikat daripada Mesir dengan kerjasama kerajaan Korea Utara dan bangunan ini masih belum dibuka kepada orang ramai sehinggalah hari ini.

4. Ibu Pejabat CCTV (China), bangunan pencakar langit yang mempunyai ketinggian 234 meter

Korang pernah tak dengar nama bangunan CCTV? Bangunan CCTV ni memang tak mempunyai bentuk seperti CCTV tapi bangunan CCTV ni sebenarnya adalah nama singkatan kepada bangunan China Central Television. Untuk pengetahuan korang, bangunan yang unik ini merupakan ibu pejabat baru mereka yang terletak di Beijing, China. Bangunan ini adalah sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai ketinggian setinggi 234 meter.

Ecgbwy7ueae6q W
Via Twitter.com

Bangunan ini merangkumi dua buah menara yang digabungkan pada bahagian atas dan kawasan lapang di bahagian tengah antara kedua-dua bangunan. Sinonim dengan nama bangunan ini, bangunan CCTV ini berfungsi sebagai pusat penyiaran dan banyak lagi fungsi yang lain seperti kawasan outdoor untuk tujuan penggambaran filem dan juga studio-studio produksi.

Bangunan ni dah dinobatkan sebagai bangunan pencakar langit terbaik pada tahun 2013 tapi bangunan ini ada sejarah hitam semasa proses pembinaannya; pada 9 Februari 2009, ia menyaksikan sebuah kebakaran besar yang melanda bangunan bersebelahan yang berada dalam satu kompleks. Kebakaran tu dipercayai berpunca daripada percikan bunga api semasa sambutan pesta tanglung dan menyebabkan pembinaan bangunan pejabat CCTV ini terpaksa dihentikan.

5. Crazy House (Vietnam), tercipta hasil daripada inspirasi alam semula jadi

Masa zaman kanak-kanak dulu, mesti korang pernah ada angan-angan nak tinggal dalam rumah seperti tree house dan fairytale house seperti dalam kartun World Disney tu kan? Korang jangan risau sebab ia bukan lagi angan-angan tau sekarang sebabnya semua angan-angan tu korang boleh realisasikan kat Crazy House yang terletak kat bandar Dalat negara Vietnam.

6(7)
Via Tuannguyentravel.com

Arkitek bangunan ini adalah Dang Viet Nga yang merupakan warga Vietnam yang ada kelulusan PhD dalam bidang arkitek di Universiti Moscow, Rusia dan dia menghasilkan Crazy House ni kerana terinspirasi daripada alam semula jadi yang sememangnya sinonim dengan bandar Dalat. Crazy House ini menempatkan sepuluh bilik tetamu dan setiap bilik menggunakan tema haiwan seperti harimau, helang, semut dan banyak lagi.

Mula dibuka pada tahun 1990 sehingga hari ini, Crazy House sentiasa menambah koleksi baru rumah pokoknya untuk memberikan kejutan baru kepada para pelancong yang datang bercuti di bandar Dalat.

Korang rasa bangunan mana yang korang nak pergi jika diberi peluang?

Ingatkan bangunan pencakar langit jer yang sentiasa menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai. Rupa-rupanya bangunan yang mempunyai seni bina unik pun turut sama menjadi kegilaan orang ramai untuk datang berkunjung. Korang rasa selepas baca artikel kat atas ni, bangunan mana yang korang rasa nak sangat pergi jika diberi peluang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *