Pelajar dari pelbagai bangsa dihimpunkan untuk saling berkenalan

F1

Pada Disember tahun lepas, sebuah kumpulan remaja sertai kembara yang mereka tak pernah lalui sebelum ni dalam hidup mereka. Para pelajar ni datang dari perjalanan hidup yang berbeza – ada yang lahir dari keluarga ibu tunggal, ada yang lahir dari darah campuran. Bagi yang tinggal di Lembah Klang, ibu bapa mereka yang menghantar mereka ke sana.

Walaupun berbeza, mereka ada satu persamaan. Mereka semua bersekolah di sekolah menengah yang hanya mempunyai satu kaum atau satu agama. Bagi kebanyakan mereka, inilah kali pertama mereka bergaul dengan rakan-rakan dari etnik berbeza. Dalam masa dua hari, mereka akan belajar bagaimana untuk bergaul dengan kaum lain.

Komposisi Peserta mengikut jenis sekolah dalam Kem Muhibbah 2019

Seramai 77 peserta Kem Muhibbah ni berusia di antara 14 hingga 17 tahun. Majoritinya datang dari 3 kumpulan berbeza. Mereka ialah pelajar Sekolah Agama, Sekolah Menengah Persendirian Cina atau Kolej Vokasional yang majoritinya ialah pelajar India.

School
via Malaysiakini

Walaupun hanya seketika, kem yang diadakan di Sekolah Menengah Islam Abim ni dah beri peluang kepada mereka untuk merasai suasana kepelbagaian kaum di Malaysia.

Ianya sukar apabila anda tinggal di kawasan yang hanya ada satu kaum (monoracial), bersekolah di sekolah satu agama (mono-religious) atau kawasan kejiranan anda hanya bercakap satu bahasa dan ada satu kaum sahaja, kerana anda tak ada peluang untuk keluar dari identiti dan menerokai kepelbagaian di luar.

– kata Ketua Fasilitator, Jason Wee dari NGO Architects of Diversity (AOD).

Kem Muhibbah merapatkan komuniti yang dipisahkan oleh identiti politik di Malaysia

Kalau Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terdiri daripada Melayu/Muslim, Dong Zong pula mewakili komuniti yang berpendidikan vernakular Cina. Dalam keadaan masyarakat umum, kedua-duanya adalah sangat bertentangan.

Kelantan Mufti 0304
Via ExpatGo

Semasa kem ni diadakan, Malaysia tengah hangat dengan isu pengajaran Jawi dalam subjek bahasa Malaysia, dan Dong Zong adalah kumpulan utama yang kuat menentang pengajaran Jawi. Tapi di kem ini, perdebatan ni ditolak ke tepi. Apa yang penting ialah mereka dapat belajar untuk bergaul dan hidup bersama.

Kami ingin mereka tahu bahawa walaupun kita mempunyai pandangan berbeza, tapi ia bukanlah penghalang untuk kita duduk bersama dan saling bergaul.

Kami tidak memberi jawapan kepada mereka, tapi kami memberi panduan kepada mereka dalam perbincangan dan interaksi bersama. Anda akan dapati jawapannya dari komunikasi, persefahaman yang sama (mutual understanding). Dari sini, kita dapat bersama-sama membangunkan negara.

– Kong Wee Cheng, wakil Dong Zong

NGO Architects of Diversity (AOD), yang bertanggungjawab memikul cabaran untuk melaksanakan kurikulum dalam kem ini, berpendirian bahawa mereka adalah orang tengah antara kedua-dua kumpulan penganjur bersama iaitu ABIM dan Dong Zong.

Seperti juga AOD,  di antara 3 kumpulan peserta yang terbesar, ada sebuah kluster pelajar yang datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan sekolah persendirian. Mereka sudah terdedah dengan kepelbagaian kaum di sekolah masing-masing. Merekalah yang jadi ‘orang tengah’ dalam kumpulan peserta untuk memulakan perbualan.

Bagaimana peserta mula bergaul dengan peserta yang berlainan sekolah dan identiti?

Di mana kedudukan peserta ni duduk semasa permulaan kem ini, itulah yang menggambarkan garisan yang memisahkan kita, rakyat Malaysia. Dalam kem ini, pada awalnya, para peserta duduk dalam dua kumpulan jantina; lelaki dan perempuan. Dan dalam dua kelompok besar ini, mereka duduk dengan rakan sebangsa dan rakan sekolah yang sama.

Kemudian, semua peserta diarahkan untuk keluar dari ‘zon selesa’ mereka. Dalam kata lain, mereka mesti duduk dalam satu kumpulan yang berlainan sekolah dan bercampur dengan etnik lain. Di sinilah, bagaimana kisah mereka bermula…

Tugasan pertama: Rangka undang-undang dalam Kumpulan

Tugasan pertama yang mereka perlu buat ialah… buat ‘rang undang-undang’ dalam kumpulan masing-masing. Undang-undang ni mudah saja, iaitu letakkan peraturan bagaimana nak bergaul sesama ahli kumpulan. Nampak mudah, tapi sebenarnya di sinilah cabarannya.

Hou Art 20200306 Thewayback Header
Via Pintrest

Dalam satu kumpulan, ada peserta perempuan dari Sekolah Agama cakap yang dia tak selesa bila seorang peserta lelaki berbangsa Cina tersentuh tangannya. Dalam Islam, katanya, lelaki dan perempuan yang bukan mahram (tak ada pertalian keluarga) tak boleh bersentuhan. Tapi dia faham, mungkin budak lelaki itu tak tahu dan dia tak menyalahkan budak lelaki itu pun.

Kemudian, kumpulan tu duduk berbincang tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan. Jadi, dari perbincangan itu, mereka letakkan ‘undang-undang’ kumpulan iaitu mesti hormat agama/kepercayaan masing-masing. Agama mungkin hanya salah satu daripada faktor awal yang membezakan setiap peserta, tapi ada satu lagi faktor yang lebih mencabar, iaitu Bahasa – mereka tak bercakap dalam bahasa yang sama.

Via Giphy

Walaupun masing-masing belajar bahasa Malaysia dan Inggeris di sekolah, tapi dalam pertuturan seharian, ada yang tak menggunakan bahasa tu. Jadi, susah untuk berkomunikasi dalam satu kumpulan. Oleh sebab itu, mereka kemudiannya meletakkan satu lagi ‘undang-undang’ kumpulan iaitu mesti bercakap dalam satu bahasa yang semua orang faham.

Walaupun nampak macam lagi mudah bercakap dari melaksanakan, tapi mereka bersungguh-sungguh untuk cuba mempraktikkan ‘undang-undang’ kumpulan masing-masing.

Aktiviti berkumpulan paling mencabar: Earthquake Game, mencari titik persefahaman

Comics Desktop En
via Malaysiakini

Kalau cabaran pertama hanya libatkan kumpulan masing-masing, kini, tiba masanya untuk cabaran seterusnya. Dalam aktiviti ini, mereka diminta untuk membayangkan gempa bumi telah berlaku. Jadi, selepas kejadian gempa bumi, kita perlu ‘bina semula negara’.

Untuk membina semula negara, satu perlembagaan baru perlu dirangka. Jadi, kumpulan yang berjaya meletakkan isi kandungan perlembagaan yang paling banyak akan menang. Maka, berebutlah setiap kumpulan untuk mendominasi isi kandungan perlembagaan tersebut.

Hou Art 20200306 Thewayback Header
Via Carousell

Setiap isi kandungan akan diundi oleh semua peserta untuk diterima. Nampak tak apa mesej yang cuba disampaikan dalam aktiviti ini? Ia adalah simulasi keadaan sebenar. Kita perlu mendapatkan satu titik persefahaman tapi dalam masa yang sama, tidak cuba untuk mengorbankan identiti dan pegangan masing-masing.

Siapa yang menang dalam aktiviti ini? Tak ada pemenang. Dalam kem ini ada 5 kumpulan, dan hadiahnya pula ialah 5 kotak coklat. Akhirnya mereka berkongsi coklat tersebut dan semua kumpulan dapat satu kotak. Menarik, kan?

Kem Muhibbah adalah program intervensi untuk menggalakkan perpaduan dan kajian hubungan etnik

Dalam kem ini, persepsi peserta terhadap kaum lain dinilai pada tiga peringkat. Pertama, sebelum menyertai kem ini, kedua, setelah kem ini tamat, dan ketiga, mereka akan dinilai sekali lagi melalui kaji selidik selepas sebulan kem ini tamat.

43
Via MalaysiaKini

Dalam analisis yang dilakukan hasil daripada kem ini, para pengkaji mendapati persepsi peserta Melayu dan Cina terhadap kaum lain bertambah baik selepas menyertai kem ini. Kebayakannya dilaporkan ingin lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan dari etnik lain. Ada juga yang sampai tahap menganggap etnik lain sebagai sebahagian daripada kumpulan mereka.

Walaubagaimanapun, selepas sebulan, hanya responden dari peserta Melayu yang masih kekal dengan persepsi mereka sama seperti selepas mereka menyertai kem ini. Responden daripada peserta Cina pula sebaliknya, persepsi mereka tidak kekal tapi masih sama seperti sebelum menyertai kem ini.

43
Via Iluminasi

Antara kemungkinan yang menyebabkan persepsi responden Cina tidak kekal ialah suasana persekitaran harian mereka tak sama seperti etnik lain. Status sebagai kaum minoriti mungkin menjadi sebab utama persepsi baru tidak bertahan. Walaubagaimanapun, persepsi awal mereka (iaitu sebelum menyertai kem ini) adalah lebih baik terhadap etnik lain berbanding persepsi awal responden Melayu.

Walaupun hasil post-mortem kem ini tidak menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia, namun ia adalah kajian yang baik untuk mengetahui sejauh mana program intervensi seperti Kem Muhibbah ini berkesan. Kesimpulannya, rakyat Malaysia mestilah terus belajar untuk bergaul dengan etnik lain.

 

Artikel ini diterjemahkan dan disunting dari artikel 63 years after Merdeka, Malaysian children attend camp to learn how to be friends terbitan MalaysiaKini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *