Konflik UMNO-Bersatu, Tok Mat kata UMNO relaks je, tak berada dalam dilema

F1
Konflik UMNO-Bersatu, Tok Mat kata UMNO relaks je, tak berada dalam dilema

Dua minggu lepas Umno dikatakan menuntut agar beberapa pemimpin parti tu dari Sabah dilantik dalam memegang jawatan penting dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin. Berdasarkan sepucuk surat yang tular, surat yang ditandatangani Presiden Umno tu menuntut agar Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah.

Bagi yang dah lupa, Bung Moktar ialah ahli Parlimen Kinabatangan dan sedang dibicarakan bersama isterinya, Zizie Izette Samad; atas tuduhan rasuah semasa jadi pengerusi bukan eksekutif Felcra.

Ada beberapa nama pemimpin utama UMNO Sabah dicadangkan memegang jawatan

Dalam surat yang sama, Zahid turut mintak supaya Anggota Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin, dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan, dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan, dicadang agar dilantik sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Sabah.

Turut disenaraikan dalam tuntutan tu ialah Timbalan Ketua Umno Sabah merangkap ahli majlis tertinggi parti tu, Yakubah Khan, supaya dilantik jadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

“Saya mengangkat cadangan Umno Sabah sebagaimana perbincangan yang telah saya adakan bersama kepimpinan Umno Sabah. Saya berharap YAB Tan Sri (Muhyiddin) dapat memberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya cadangan di atas bagi memperlihatkan kebersamaan mereka dalam kerajaan PN bukan hanya diperingkat pusat tetapi khsusunya diperingkat negeri Sabah,” – Menurut surat yang bertarikh 16 April tu, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

43
Surat yang dikatakan dah tular tu. Via Shahbudin

Umno Sabah hampir terkubur selepas ramai wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti tu selepas kekalahan BN dalam PRU14. Oleh sebab pemimpin utamanya tinggalkan Umno, parti tu lantik Bung Mokhtar sebagai Pengerusi Umno Sabah. Bung yang memimpin Umno Sabah berjaya pertahankan kerusi Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan 18 Januari lepas.

Armada ingatkan UMNO supaya tak haus kuasa, Bersatu dah banyak berkorban

Surat yang tular ni dapat reaksi yang tak baik dari Armada. Diorang kata Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya tak campur tangan secara berlebihan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Exco Armada Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir kata, Ahmad Zahid perlu menghormati Perdana Menteri dalam soal tuntutan perjawatan kerana ia hak prerogatifnya.

43
Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir. Via AWANI

“Hari ini tular di media sosial dengan turut dilaporkan di beberapa portal berita mengenai desakan pihak UMNO melalui presidennya yang turut disahkan sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan mengenai tuntutan perjawatan khususnya kepada beberapa pimpinan UMNO Sabah. Antara nama yang dicadangkan termasuk Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, yang disabitkan kesalahan rasuah dan masih menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk dijadikan pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah,” – Mohd. Ashraf, seperti yang dilaporkan MalaysianGazzete

Kata Mohd. Ashraf, Ahmad Zahid dan seluruh kepimpinan UMNO jangan tamak kerana dah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pimpinan Bersatu yang memilih banyak pemimpin UMNO dalam barisan eksekutif agensi dan GLC di negara ini.

Benda kalau dah libatkan duit dan kuasa, siapa je tak rambang mata, kan? Via Giphy

Menurutnya, kita dah menyaksikan sejak peralihan kerajaan, UMNO diberi peluang kedua sehingga negeri dan kementerian di bawah teraju Bersatu yang seharusnya dipimpin Bersatu dah dikorbankan. Oleh sebab tu, sifat gila kuasa seolah-olah UMNO je yang layak adalah kelakuan yang tak cerminkan keharmonian dalam gabungan dan ini tidak seharusnya ditonjolkan.

UMNO tak pernah sertai Perikatan Nasional, sebab tak berdaftar seperti BN

UMNO tak berada dalam dilema selepas penyertaan parti tu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kata UMNO tak pernah sertai PN kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti BN.

43
Tok Mat. Via AWANI

“Hubungan UMNO dengan PN hanyalah satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan (PH). Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH. Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN),” – Mohamad, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Mohamad kata, kerjasama UMNO dan PAS diurus melalui Piagam MN dan dah lalui pelbagai proses sumbang saran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO sebelum piagam tu dimeterai.

43
Via PakDin

Dia bagi kenyataan tu sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam satu saluran media dalam talian semalam. Kian Ming dilaporkan kata UMNO mungkin hadapi dilema dalam PN dan berkemungkinan akan meninggalkan PN dalam pilihan raya akan datang.

Mohamad kata, UMNO, Pas serta UMNO dan BN ada perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Dia kata, matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah gabungan (coalition).

“Justeru, UMNO tak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam PN, malah ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” – Mohamad, seperti yang dilaporkan Berita Harian

43
Via FMT

Tambahnya lagi, UMNO akan terus jadi parti politik Melayu terbesar di Malaysia dan akan menang paling banyak kerusi dalam PRU.

Mohamad juga kata, kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tu. Dia kata, menerusi dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

Adakah UMNO dan Bersatu akan kekal bersama menjelang PRU15?

Dalam politik, ia adalah benda biasa untuk parti politik yang berkongsi segmen pengundi yang sama untuk “bergaduh”, dan nampaknya bibit-bibit konflik di antara UMNO dan Bersatu macam baru nak berputik. Kalau dulu kita selalu kata Pakatan Harapan adalah gabungan yang tak stabil, nampaknya dalam Perikatan Nasional pun takdelah stabil mana – walaupun diorang berkongsi sentimen “Melayu dan Islam”.

Buat masa ini konflik mungkin akan sukar untuk berlaku, sebab kita tengah hadap pandemik Covid-19. Jadi benda tu kena diselesaikan dulu, tapi selepas pandemik ni berakhir, kemungkinan besar kita akan lihat konflik yang lebih besar akan berlaku, terutamanya dalam hal berkaitan perebutan kuasa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top