LIMA sekolah yang dikatakan berhantu dekat Malaysia, ada yang lihat jasad tanpa kepala

F1
LIMA sekolah yang dikatakan berhantu dekat Malaysia, ada yang lihat jasad tanpa kepala

Seumur hidup korang, pernah tak korang terjumpa atau ternampak hantu dengan biji mata korang sendiri? Ataupun korang pernah tak dengar cerita dan pengalaman seram daripada kawan-kawan korang yang mungkin tak boleh lupakan sehingga ke hari ni? Kali ni, kami akan kongsikan kepada korang tentang lima sekolah yang dikatakan berhantu yang ada kat Malaysa.

1. Penang Free School, sekolah tertua di Asia Tenggara

Penang Free School merupakan sekolah yang terletak di Green Lane, George Town, Pulau Pinang. Sekolah ni merupakan sekolah tertua yang menggunakan medium bahasa Inggeris di Asia Tenggara. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1816 yang mana sekolah ini adalah merupakan sekolah pertama yang telah didirikan di negara Malaysia dan tertua di Asia Tenggara.

Bayangkan, sekolah ni telah dibina pada tahun 1816 dan sekarang adalah tahun 2020. Ini bermakna sekolah ini sudah berusia lebih daripada 200 tahun. Lama tak?

Penang Free School
Via Straits Times

Segala cerita seperti lampu berkelip-kelip dan bunyi-bunyian pelik pada waktu malam adalah perkara biasa. Namun, ia tidak dapat dipastikan sama ada segala benda pelik tersebut hanya berlaku kerana struktur bangunan yang telah lama ataupun ada benda lain.

Selain itu, ada juga orang lain yang mendakwa bahawa mereka sering mendengar jeritan seorang wanita lewat tengah malam yang mana dikatakan suara tersebut adalah suara daripada roh banduan yang telah disiksa semasa zaman pendudukan Jepun.

Bayangkan kalau korang yang tengah berjalan seorang diri pada tengah malam dan tiba-tiba terdengar suara tu?

2. SMK Serian, tujuh puluh orang pelajar telah histeria secara serentak

Sekolah Menengah Kebangsaan Serian ataupun SMK Serian merupakan sebuah sekolah yang terletak di Serian, Sarawak. Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2008 terdapat satu kisah pelik dan misteri yang mana terdapat seramai 70 orang pelajar daripada SMK Serian telah mengalami serangan histeria – mereka telah menjerit dan bertingkah laku aneh yang dipercayai akibat daripada kehadiran paranormal.

Histeria Serian
Via Kisah Seram

Serangan histeria beramai-ramai itu telah datangkan gangguan sehinggakan kelas terpaksa ditangguh buat sementara waktu oleh pihak berkuasa. Salah seorang bekas pelajar sekolah itu yang pernah mengalami histeria telah menceritakan bahawa fikirannya menjadi kosong dan dia tidak dapat untuk mengawal tubuh badannya sendiri.

Selain itu, dia juga turut menyatakan bahawa ketika itu juga dia berasa pening kepala dan ada mendengar beberapa suara-suara pelik serta seram bermain di kepalanya.

3. Sekolah Menengah Chung Ling, tempat berlakunya pembunuhan secara beramai-ramai orang Cina Malaya

Sekolah Menengah Chung Ling atau lebih dikenali sebagai Chung Ling High School merupakan sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1923 dan telah diambil alih oleh Angkatan Darat British untuk digunakan sebagai sebuah Hospital tentera pada tahun 1941.

Chung Ling Private 03@crop 1508138320 175.142.95.16
Via Chungling

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, selepas meletusnya Perang Dunia Kedua dah berlakunya satu tragedi pembunuhan secara beramai-ramai terhadap orang Cina Malaya di bawah istilah Sook Ching yang bermaksud “Pembersihan Cina”. Disebabkan pembersihan ini, beberapa orang guru daripada Chung Ling juga turut menjadi mangsa dan terbunuh.

Dengan sejarah Chung Ling High School yang begitu tragis, tidaklah menghairankan jika terdapat beberapa cerita seram yang pernah berlaku di sekolah itu seperti penampakan lembaga guru-guru dan para pelajar yang telah dibunuh dilihat berkeliaran di sekitar kawasan sekolah tersebut. Histeria juga turut dikatakan kerap berlaku di sekolah itu dan kadang-kadang terdapat beberapa ekor anjing akan menyalak pada sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

4. St Michael Institution, tempat mubaligh Kristian tanpa kepala sering berdoa

Sekolah menengah yang kini berusia 115 tahun ini dikenali dengan nama St Michael Institution yang mana kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael, Perak. Untuk pengetahuan korang, sekolah ini bukan sahaja sangat terkenal di Ipoh tau tetapi sekolah ni juga sangat terkenal kat seluruh dunia.

31b6
Via SAYS

Menurut sejarah, pada zaman Perang Dunia Kedua sekolah ni telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas mereka. Pada ketika itu, tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk menjalankan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang yang mana terdapat banyak terowong yang telah dibina oleh tentera jepun bagi tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan di sekolah ini.

Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini di mana sering kelihatan seorang mubaligh Kristian yang memakai jubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kalau korang berjumpa dengan hantu pada waktu pagi apa reaksi korang?

5. SMJK Confucian dan Methodist Boys’ School, askar Jepun berkawad pada tengah malam

Kebanyakan sekolah digunakan sebagai markas tentera ketika terjadinya perang dunia kedua terutama semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan kedua-dua buah sekolah yang terletak di Kuala Lumpur ini juga tidak terkecuali. Sekolah Methodist Boys’ telah ditubuhkan pada Julai 1897 menjadikannya sebagai sebuah sekolah tertua yang ada di Malaysia manakal SMJK Confucian yang berada bersebelahan dengan Sekolah Methodist Boys’ pula telah ditubuhkan pada tahun 1906.

Methodist Boys School Air Itam Road George Town Penang.jpg
via : penang.fandom.com

Kalau korang nak tahu, kedua-dua sekolah ini dikatakan dihubungkan dengan menggunakan sebuah terowong bawah tanah yang dibuat semasa pendudukan Jepun. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat roh-roh yang berkeliaran di sekitar dewan sekolah pada waktu malam. Selain itu, cerita yang paling sering didengar berlaku adalah penampakan ataupun bunyi tentera Jepun yang sedang berkawad pada lewat tengah malam.

Cerita ini cumalah kepercayaan orang tertentu je, tak semestinya pun betul

Cerita ni kami ambik dari cerita-cerita netizen, dan tak semestinya betul. Cerita hantu ni boleh berlaku di mana-mana tempat, tanpa mengira latar sesuatu tempat tu. Pada kebiasaannya – jika manusia terlihat sesuatu yang tak dapat dijelaskan dengan akal atau mata kasar; diorang akan cepat-cepat kaitkan benda tu dengan hantu. Korang ada cerita hantu yang menarik? Jom kongsikan dengan ORANGKATA, nanti kita boleh buat cerita tentang anda.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top