Ikuti kisah penjenayah yang ada topeng BADUT ketika dikejar polis ketika PKP…

F1

Sekarang ni, kita tengok polis ada kat mana-mana pun kita dah tak hairan sebab tugas mereka kawal pergerakan rakyat waktu PKP. Tapi bila dah ada adegan sebuah kereta polis kejar kereta lain, benda ni dah jadi suatu yang menarik pula untuk diikuti.

Via Giphy

Adegan sebuah kereta dikejar tiga kereta polis di Kuching jadi tumpuan orang Sarawak

Kira-kira pada tengah hari 3 April, salah sebuah kereta patrol polis mengesan pergerakan sebuah kereta yang mencurigakan. Baru je nak cari kereta tu dan suruh berhenti kejap sebab nak tanya sikit. Biasalah kan, tanya sikit-sikit sebagai salah satu rutin pemantauan. Kalau memang penting, pihak polis bagi je pun korang keluar masuk bandar.

Roadblock Askar Pdrm
Via Harian Metro

Namun begitu, kereta suspek tiba-tiba memecut bila dah nampak kereta polis mendekati di Jalan Central Timur. Apa lagi, sahlah dikejar sebab dahlah mencurigakan dan dah halang tugas penjawat awam. Hukuman menghalang tugas penjawat awam ni pun dah boleh masuk penjara tau!

Berlakulah adegan kejar mengejar antara kereta suspek dengan kereta polis tersebut, namun pasukan polis yang tengah kejar tu sempat minta bantuan tambahan. Kereta suspek memecut masuk ke Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, sehingga hampir terlanggar dengan sebuah lagi kereta polis yang dah dipanggil untuk bantu kejar suspek.

Jalan Google Map Badut

Lepas 5 km dikejar dua buah kereta polis, sebuah lagi kereta polis berjaya halang jalan dari Jalan Depo. Tak berjaya selamatkan diri guna kereta, tiga orang suspek terus keluar dari kereta dan cuba untuk melarikan diri sebelum ditahan polis.

Ingatkan dah buang syabu tu selamat, dalam kereta pulak ada topeng badut dengan pistol mainan

Ketiga-tiga suspek tu larikan diri, dengan salah seorangnya sempat buang bungkusan syabu kat jalan lorong tu. Namun begitu, pihak polis berjaya cekup ketiga-tiga suspek tu. Dalam kereta suspek pula, pihak polis menemui sebuah topeng badut dan sepucuk pistol mainan.

Bahaya betul penangan badut kat jiwa orang muda sekarang ni. Tapi ni bukanlah badut dari filem Joker yang popular sampai menang Oscar tu. Rupanya, topeng badut suspek tu adalah badut Pennywise dari filem “It”.

Syabu Pennywise
Antara barang yang dirampas daripada suspek -Via The Borneo Post

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian ni dan melaporkan bahawa ketiga-tiga suspek ni berumur 25, 27 dan 33 tahun. Masing-masing memang dah ada rekod jenayah berkaitan dengan dadah dan jenayah lain lagi. Mereka akan didakwa ingkar PKP dan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1985.

Antara yang dirampas adalah 3 buah telefon bimbit, 3 buah dompet, sebuah topeng badut, 4 bungkusan syabu serta sepucuk pistol mainan. Nasib baiklah sekadar polis mainan je…

Walaupun ada drama alah Fast and Furious, ni tak gambarkan purata jenayah sebenar pulak

Tahukah korang, PKP ni sebenarnya banyak menyumbang pada penurunan kadar jenayah seluruh negara. Kadar jenayah di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan lebih 50% ketika tempoh fasa pertama PKP. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim;

“Sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP fasa pertama pada 18 hingga 31 Mac 2020, statistik jenayah indeks menunjukkan kadar jenayah indeks di kontinjen Kuala Lumpur sebanyak 184 adalah kurang dari nilai ambang yang ditetapkan iaitu 432 atau menurun sebanyak 57.4%.

Jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sebanyak 62.8% dan jenayah harta benda pula menunjukkan penurunan sebanyak 55.5%”- Seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today pada 1 April 2020

Pdrm Covid
Via Free Malaysia Today

Namun begitu, kebanyakan kertas siasatan yang dibuka lebih kepada kesalahan ingkar PKP, tak beri kerjasama dengan polis, tidak mengendahkan amaran dan nasihat polis, tak patuh dengan arahan polis serta memberikan alasan yang tak munasabah.

“Penurunan kadar jenayah ini adalah disebabkan pihak Polis meningkatkan jumlah sekatan jalan raya, rondaan MPV/URB, elemen-elemen balai polis dan mewujudkan team pemantau yang berperanan untuk menguatkuasakan perlaksanaan PKP sekaligus mencegah jenayah daripada berlaku”

Pdrm Sekatan Jalan Raya
Via Perak Today

Begitu juga di beberapa negeri lain termasuklah Sarawak, dimana kadar indeks jenayah dah menurun sebanyak 75% sehari sejak PKP dilaksanakan. Penurunan ni ada kena mengena dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jugak. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail kata;

“Secara purata, indeks kes jenayah sebelum pelaksanaan PKP yang direkodkan lingkungan 15 ke 20 kes sehari,”- Seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 24 Mac 2020

Askar Pdrm Roadblock
Via Free Malaysia Today

Di Kedah, trend yang sama boleh dilihat sepertimana KL dan Sarawak. Berlaku penurunan kes jenayah lepas perlaksanaan PKP, iaitu hanya 57 kes sepanjang tempoh 2 minggu dari 3 hingga 17 Mac lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob kata;

“Peratusan penurunan kes jenayah adalah 81.64 peratus bagi kes kecurian kereta, kes rogol (100 peratus) manakala kes kecurian motosikal (-36.36 peratus),… kes samun meningkat satu kes bersamaan 33.33 peratus, iaitu tiga kes bagi tempoh 3 hingga 17 Mac, manakala empat kes sepanjang 18 Mac hingga 1 April.

“Berdasarkan statistik, kes jenayah keganasan rumah tangga berlaku peningkatan membabitkan kes ugutan jenayah melibatkan pasangan suami isteri dan ahli keluarga,”- Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian pada 2 April 2020

Bila cakap pasal jenayah keganasan rumah tangga, kami teringat pula dakwaan Kementerian Wanita yang dikatakan nafikan adanya peningkatan kes keganasan rumah tangga. Dahlah isu poster salah ejaan (subeditor kami pun geram tengok), kemudian poster cadangkan gelak tawa macam Doraemon tu hangat diperkatakan seluruh dunia.

Poster Salah Eja Doraemon
Cikgu BM pun patah hati tengok.. Via Gemilang Daily

Berikut adalah kenyataan KPWKM seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani pada 4 April:

“KPWKM ingin menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan panggilan itu merangkumi semua kategori, termasuk panggilan berhubung COVID-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.

“Semua pihak diminta supaya tidak menyalah tafsir data panggilan kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak yang disiarkan di portal kementerian untuk tujuan penulisan artikel atau hebahan.”

Ada logiknya jugak bila ada laporan kata berlakunya peningkatan kes keganasan rumah tangga… Via Giphy

Usah jadikan Malaysia hiburan jenaka dunia, sepatutnya kita jadi teladan dunia dalam menangani COVID-19…

Kami perasan benda ni beberapa minggu lalu, apabila Malaysia dah banyak kali disalahlapor termasuklah pasal kes Doraemon tu. Yelah, kami faham benda ni mengguris hati dan seolah memperkecilkan tanggungjawab lelaki yang menjadi sebahagian kunci keharmonian keluarga.

Doraemon Headline International
Antara petikan tajuk dari media antarabangsa… Via Malaysians Must Know the Truth

Sepatutnya Malaysia jadi teladan dan ikutan dunia dalam usaha menangani COVID-19. Terdahulu, kita dah banyak kena puji oleh rakyat luar sebab sistem kesihatan kita bersifat inklusif dan merupakan antara yang terbaik di dunia.

Selain tu, kita jugak dipilih menjadi salah sebuah negara yang dipertanggungjawabkan menjalankan penyelidikan ke atas ubat baharu untuk bantu pulihkan pesakit COVID-19.

Remsdivir Covid Malaysia
Via Red Chili

Bab ni pun turut jadi tumpuan pihak menteri agar lebih berhati-hati keluarkan apa-apa kenyataan yang mampu disalahtafsir dan disalahertikan. Di samping taknak rakyat sendiri panik, korang pun taknak lah jugak media luar laporkan yang bukan-bukan pasal kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *