Harga topeng muka semakin melambung, ada peniaga dah didenda RM100k

F1

Isu harga topeng muka yang melambung dah terjadi sejak wabak COVID-19 melanda dunia. Sebelum krisis COVID-19 kita boleh je dapatkan harga topeng muka dengan harga yang murah, sekarang harga naik berlipat kali ganda. Macam roti kat sesetengah tempat, kalau dapat beli topeng – dah rasa macam dapat harta karun.

Topeng penting untuk membantu menghentikan penularan wabak COVID-19, cuma kalau harga melambung terlalu tinggi – mesti ramai yang akan rasa terbeban nak beli.

Permintaan topeng muka semakin meningkat, ada orang sorok dan jual pada harga yang mahal

Bekalan topeng muka di pasaran kini meningkat kepada 25 peratus, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman.

37388252 10156457472895295 1795801512371290112 N
Datuk Iskandar Halim Sulaiman. Via BERNAMA

“Ini bermakna daripada 100 kedai yang kita periksa, 25 kedai ada bekalan (topeng muka),” – Iskandar Halim Sulaiman, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Cuma, peningkatan bekalan tu masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan. Kata Iskandar, permintaan topeng muka di seluruh negara dianggarkan lima juta keping sehari, dengan pengeluaran oleh pengilang tempatan hanya 1.1 juta keping sehari dan selebihnya diimport.

37388252 10156457472895295 1795801512371290112 N
Via SoyaCincau

Diorang juga akan selalu pantau – untuk pastikan harga penutup mulut dan hidung tak melebihi harga maksimum sekeping bagi penutup tiga lapis. Bekalan cecair pembasmi kuman pun meningkat di pasaran sehingga hampir 60 peratus.

Selain daripada masalah bekalan topeng, ada jugak isu peniaga menyorokkan bekalan topeng. Benda macam ni bukan boleh bawak main. Kalau korang nak tahu, ada tiga lelaki dikenakan kompaun berjumlah RM250,000 kerana menyorok bekalan topeng muka dan menjual pada harga yang mahal. Diorang kantoi masa serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 25 Mac lepas.

Sebanyak 223,000 unit penutup dengan tiga lapis bernilai RM446,000 turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati penutup mulut dan hidung berkenaan disorok untuk dijual melalui media sosial dengan harga yang tinggi iaitu RM3.50 sekeping,” – Iskandar Halim Sulaiman, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Suspek pertama berumur 31 tahun tu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) kerana menjual topeng muka melebihi harga maksimum dan lelaki itu dikenakan kompaun RM50,000.

Banyak jugak kena denda tu. Via Giphy

Suspek kedua dan ketiga yang masing-masing berumur 39 tahun dan 54 tahun dikenakan kompaun RM100,000 seorang atas kesalahan mengikut Seksyen 15, Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) kerana sembunyikan 216,500 unit penutup tiga lapis.

Kerajaan akan berikan 24.56 topeng muka percuma kepada rakyat

Kerajaan melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam proses untuk edarkan sebanyak 24.62 juta topeng muka kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di seluruh negeri untuk diagihkan secara percuma kepada rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kata – bagi Sabah dan Sarawak termasuk Labuan pula, topeng muka tersebut akan dihantar melalui penerbangan khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), esok.

“Proses pengedaran oleh APM kepada MKN negeri sedang giat dilakukan dan ada sesetengahnya telah sampai ke daerah untuk diberikan kepada jawatankuasa pengurusan bencana. Melalui jawatankuasa itu topeng muka tersebut akan diagihkan ke rumah-rumah oleh petugas barisan hadapan,” – Ismail Sabri Yaacob, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Ismail Sabri kata orang ramai disyorkan memakai topeng muka sekiranya mempunyai gejala seperti batuk, demam dan sebagainya. Bukan semua orang kena pakai ye.

Siapa sebenarnya yang kena pakai topeng ni? Doktor ni beri penjelasan lengkap

Disebabkan kekurangan topeng muka kat pasaran, seorang doktor, Dr Shazril Shaharuddin pernah lakukan perkongsian tentang siapa sebenarnya yang patut guna topeng muka, sebab apa yang kita boleh nampak hari ni – macam semua orang nak pakai topeng muka. Kalau ikut pandangan Dr Shazril, cuma mereka yang ada gejala pernafasan je yang perlu memakai topeng muka.

Whatsapp Image 2020 04 05 At 10.20.52 Pm
Dr Shazril Shaharuddin. Via Glamlelaki

“Orang ramai perlu perlu memahami bahawa pemakaian penutup muka dan hidung bertujuan untuk mengelakkan gejala pernafasan (batuk dan selsema) daripada tersebar kepada orang lain. Jadi nak pakai mask (topeng muka) silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yang tak pakai,” – Dr Shazril Shaharuddin, melalui hantaran Instagramnya

Dia kata, hanya mereka yang tergolong dalam empat kumpulan seperti di bawah sahaja yang perlu memakai topeng muka.

  1. Petugas kesihatan yang mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan).
  2. Petugas di barisan hadapan (polis, tentera).
  3. Jika anda menjaga individu yang ada gejala pernafasan.
  4. Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema).

Dia kata, sekiranya seseorang tu bukan tergolong dalam kumpulan kat atas ni, dia tak perlu pakai topeng muka.

Sebenarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Twitter rasminya pernah berkongsi berkongsi benda yang sama. Dr Shazril turut berkongsi pengalamannya ketika pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar di Cyberjaya.

“Saya tidak dibenarkan masuk hanya kerana tidak memakai topeng muka, sedangkan bersardin-sardin orang di dalam supermarket itu,” – Dr Shazril Shaharuddin, melalui hantaran Instagramnya

Dia cadangkan, daripada larang orang yang tak pakai topeng muka untuk masuk, pemilik premis tu perlu mengehadkan kemasukan pelanggan pada satu-satu masa selain rekodkan suhu badan diorang.

Cuma, kadang-kadang kita khuatir dengan orang sakit tapi tak berhati-hati

Kami faham je saranan KKM dan Dr Shazril berkaitan topeng muka ni, cuma ramai jugak yang tahu benda ni tapi masih guna topeng muka. Sebabnya? Diorang khuatir ada orang ada gejala tapi tak bertanggungjawab – tak guna topeng muka dan jaga jarak sosial. Cuba bayangkan orang bangang tak bertanggungjawab macam ni bersin depan muka kita, kalau takde topeng – mesti akan rasa takut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *