Orang Malaysia dikatakan ‘malas’ tepati masa? Ini beberapa info menarik rakyat kita

f1

Pernah terfikir bagaimana budaya kebangsaan di Malaysia diukur? Kat Malaysia, kita selalu cakap pasal isu perkauman dan penjajahan minda… tapi kita jarang pulak berbincang tentang bagaimana sebenarnya budaya kebangsaan masyarakat pada masa ni. Budaya ni luas definisinya; ia tak hanya terbatas kepada kesenian, ukiran bangunan ataupun sekadar bahasa. Kata Profesor Geert Hofstede; budaya ni ‘membenarkan’ minda kolektif berfungsi, kemudian dapat membezakan ahli kepada satu kumpulan atau kategori sekumpulan manusia daripada yang lain.

728 X 90

Oleh demikian, Prof Hofstede bersama rakannya lain membangunkan 6 dimensi untuk faham budaya kebangsaan sesebuah negara. Kajian ni akhirnya dijadikan sebagai salah satu panduan sehingga ke hari ni, dan menariknya, dah banyak negara dianalisis termasuk negara kita. Kali ni, kami nak kongsikan 6 fakta tentang Malaysia berdasarkan kajian Hofstede.

malaysia hofstede
Via Hofstede Insight

1. Jurang kuasa di Malaysia sangat tinggi, ramai patuh kepada hierarki kepimpinan

Ni antara fakta utama yang kami nak kongsikan kat korang. Bila kita bercakap tentang kuasa, kita selalu fikir pasal politik atau kerajaan. Sebenarnya, kuasa ni besar maknanya… dan banyak membentuk bagaimana dinamik hubungan kita antara satu sama lain. Dimensi pertama yang dianalisis oleh Hofstede melihat mana-mana negara yang dapat skor tinggi dalam hal ni takde masalah dari segi ketaksamarataan kuasa dalam masyarakat.

Mengikut Hofsteade, jurang kuasa (Power Distance) adalah sejauh mana anggota yang lebih lemah institusi dan organisasi dalam negara menjangka dan menerima agihan kuasa yang tak sama rata. Dalam dimensi jurang kuasa ni, Malaysia dapat skor yang sangat tinggi iaitu 100. Ni bermakna, orang ramai menerima susunan hierarki yang mana setiapnya ada peranan sendiri dan tak perlu ada justifikasi kenapa ada orang dapat lebih. Pemusatan kuasa tu idea yang biasa, manakala orang bawahan lebih biasa terima arahan dan bos paling baik adalah bos yang kuat mengarah tapi baik. Sebarang cabaran ke atas kepimpinan takkan diterima baik.

powerindex
Indeks kita paling tinggi.. -Via Corporate Governance in Malaysia

2. Masyarakat Malaysia masyarakat kolektif, lebih setia dalam kumpulan termasuklah keluarga dan perhubungan

Isu utama yang hadir dalam dimensi ni adalah sejauh mana hubungan kebergantungan sesama anggota masyarakat. Sekiranya kita ni masyarakat individualistik, kita biasanya hanya akan jaga diri sendiri atau keluarga kecil kita je. Namun mengikut Hofstede, kita adalah masyarakat kolektif yang lebih suka hidup berkumpulan dan takde masalah untuk setia dalam kumpulan tersebut.

Ni jugak bermaksud, masyarakat Malaysia jugak takde masalah nak wujudkan komitmen jangka panjang kepada ahli kumpulan atau komuniti yang diorang nak seperti keluarga, keluarga besar dan hubungan lain macam persahabatan dan lain-lain. Kesetiaan adalah prinsip utama dalam budaya masyarakat kolektivis, dimana setiapnya ambil tanggungjawab untuk anggota masyarakat yang lain.

budaya kolektivis
Via Verywell Mind

Dalam masyarakat kolektivistik jugak, salah laku membawa kepada malu dan hilang maruah. Manakala dalam hubungan pekerja-majikan, biasanya ia utamakan hubungan dalam kumpulan yang dah sedia ada dalam sesebuah syarikat tu. Maksudnya, dengan sifat masyarakat kita ni… tak hairanlah kenapa ada orang senang dapat kerja guna kabel dari pertalian keluarga.

3. Masyarakat Malaysia berjaya seimbangi persaingan, kejayaan dan kualiti hidup

Dalam dimensi ni, Hofstede meletakkan dua nilai sebagai ukuran iaitu sifat maskulin dan sifat feminin. Sifat maskuliniti bermaksud kita melihat kejayaan, persaingan dan pencapaian tu lebih utama. Sistem nilai ni bermula dari sekolah dan akan terbawa-bawa hingga ke alam pekerjaan. Bila difikirkan, sistem pendidikan kita boleh dikatakan masih bercorak meritokrasi. Malah, ada sesetengah ibu bapa dan penjaga anak-anak masih lagi menekankan bilangan gred yang anak diorang peroleh.

mywi indeks kesejahteraan hidup
Indeks Kesejahteraan Rakyat pada 2018.. -Via DOSM

Sifat feminin pulak tak seperti yang korang mungkin anggap; ia takde kena mengena dengan orientasi seksual atau gender… sebaliknya, ia membawa nilai dominan untuk jaga orang dan serta mementingkan kualiti hidup. Isu fundamental dalam dimensi ni adalah sama ada orang Malaysia lebih bermotivasi ke arah kejayaan yang diukur berdasarkan persepsi orang lain, berbanding nak pilih untuk buat apa yang diri sendiri benar-benar minat atau suka. Memandangkan kita dapat skor 50-50 je dalam dimensi ni, bererti kita tak banyak masalah untuk menyeimbangkan kedua-duanya.

4. Masyarakat Malaysia lebih gemar relaks, fleksibel dan tak terlalu pentingkan ketepatan masa

Salah satu dimensi yang wujud dalam penilaian Hofstede adalah Uncertainty Avoidance. Ringkasnya, ia melihat bagaimana masyarakat tersebut nak elak ketidaktentuan di masa depan. Ada sesetengah masyarakat di dunia lain tak suka ketidaktentuan di masa depan, jadi diorang dah siap-siap rangka jadual, perancangan dan pelbagai pelan sampingan untuk kegunaan di waktu susah. Kita skor hanya 36 dalam dimensi ni, yakni masyarakat Malaysia lebih suka relaks. Kalau ada yang di luar batas norma (kecuali prinsip dan salahlaku), kita senang nak terima.

countries value punctuality 693764
Via Daily Express

Misalnya, dalam kes kemalangan yang melibatkan Myvi… kita lebih mudah nak jadikan benda tu benda lawak daripada nak ambil pusing isu di sebaliknya. Tambah lagi, dalam masyarakat yang rendah skor indeks UA ni… diorang lebih gemarkan fleksibiliti dalam jadual perancangan, termasuklah ketepatan masa. Nak tepat masa, tu kena dibentuk sendiri dalam peringkat keluarga atau diri sendiri. Walaupun begitu, inovasi jugak tak dilihat mengancam nilai budaya. Mungkin sebab tu lah kot kita masih suka tengok barang-barang kreatif dan praktikal, khususnya yang ada terjual kat Daiso atau kedai peralatan lain.

5. ‘Kebenaran mutlak’ tu dipegang oleh norma tradisi, lebih suka nak capai kejayaan guna jalan pintas

Dimensi seterusnya menyebut tentang orientasi jangka panjang. Dalam dimensi ni, Hofstede cuba meneliti bagaimana sesebuah masyarakat tu nak kekalkan hubungannya terhadap masa silam budayanya sementara mengurus cabaran masa kini dan masa depan. Ada dua jenis masyarakat yang dikenalpasti dalam dimensi ni, iaitu masyarakat normatif dan masyarakat progresif. Masyarakat normatif memelihara tradisi dan norma, manakala masyarakat progresif biasanya lebih terbuka kepada perubahan.

agong permaisuri
Antara isu sensitif yang gerenti mengundang marah.. Via Malay Mail

Malaysia memperoleh nilai skor rendah iaitu 41 je, bermakna kita ni hidup dalam budaya normatif. Biasanya, masyarakat normatif ni sangat menjaga adat, norma dan tradisi termasuklah apabila nak mencari kebenaran. Ramai masih lagi memikirkan apa yang dilakukan oleh generasi lalu adalah suatu perkara yang mutlak dan tak boleh diubah. Selain tu, masyarakat normatif jugak kurang bersemangat nak menyimpan wang untuk masa depan dan lebih suka mencapai hasil dengan cepat.

6. Masyarakat Malaysia lebih suka menurut hati, optimis dan dikatakan mengutamakan masa berhibur

Dimensi terakhir yang dinyatakan oleh Hofstede menyentuh soal keseronokan dan bagaimana masyarakat nak kawal nafsu hati diorang. Terdapat dua jenis yang wujud dalam dimensi ni, iaitu masyarakat yang bersifat menurut kemahuan hati (indulgence) dan masyarakat yang menahan kemahuan hati (restraint). Masyarkat Malaysia memperoleh skor tinggi dalam dimensi ni iaitu 57, menunjukkan masyarakat kita lebih cenderung ikut kemahuan hati.

bazar ramadan
Rajin beli makanan tu termasuk tak? -Via Kosmo

Selari dengan dua dimensi lalu, masyarakat Malaysia gemar berseronok dan beristirehat. Kita jugak ada sifat positif dan cenderung lebih optimis dalam kehidupan. Mungkin kerana optimisme kita ni jugaklah, kita meletakkan kepentingan waktu berhibur tu lebih utama termasuklah membelanjakan wang sepuas hati. Namun begitu, sikap ni tak seharusnya dijadikan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku sekarang ni. Gambaran ni mungkin mengena untuk diorang yang berlatarkan sosioekonomi yang baik dan berkelas atas sedikit daripada B40 serta masyarakat terpinggir.

Macam mana, korang setuju tak dengan kesemua dapatan analisis yang Hofstede perkatakan? Kami berusaha mencari literatur lain untuk menguji sejauh mana idea ni boleh diterima. Salah satu kritikan ke atas dapatan HofstedeĀ  (dipanggil lebih saintifik sebagai Cultural Dimensions Theory) adalah instrumen kajiannya kurang sesuai untuk mengukur nilai subjektif budaya. Budaya ni pandai jugak berkembang dan berubah seiring zaman, jadi sedikit sebanyak dapatan ni tak boleh diambil bulat-bulat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *