BN-PH perlu bincang kerusi, sebelum menjadi krisis

f1 min (2)

Semakin kita menghampiri Pilihan Raya Negeri, kita akan dihadapkan dengan pelbagai cerita berkaitan pembahagian kerusi. Baru-baru ini, veteran UMNO nasihatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk selesaikan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub kata, masa bagi kedua-dua gabungan parti tu makin suntuk dan sepatutnya sekarang diorang dah masuk fasa untuk susun strategi bagi meraih kemenangan.

“Jangan berebut bilangan kawasan, yang penting bertanding untuk menang. Kita berebut kemenangan dengan Perikatan Nasional (PN) dan formula menang-menang mesti diutamakan, biar sedikit tapi pasti menang. Kedua-dua pihak iaitu BN dan PH kena saling bantu membantu untuk menang dimana, pengundi BN undi calon PH dan pengundi PH undi calon BN,” katanya dalam satu kenyataan

Dia turut mengatakan kepimpinan BN dan PH negeri perlu ketepikan cerita lama kerana sekarang mereka dah bekerjasama.

“Kita sekarang berkawan. Kawan kena tolong kawan. Jangan tikam belakang. Kita bukan lagi lawan dan bermusuhan dan ini hakikat kita kena terima kalau kita mahu menang,” katanya lagi

Terserah kepada pimpinan tertinggi untuk buat keputusan

Dalam pada itu, ada pandangan yang mengatakan pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan.

umno23 12012023 pemuda umno

“Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam mesyuarat, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tinggi parti dan dalam mesyuarat juga kita bersetuju dan akur dengan apa sahaja keputusan, sebab 99.7 peratus (agihan kerusi) sudah selesai.jadi tiada isu sebenarnya, biasalah mungkin yang akan minta dan sebagainya itu cuba-cuba nasib saat akhir, daripada presiden masing-masing,” – Dr Asyraf Wajdi

Asyraf kata macam tu ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Amanah bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun’im Roslin, yang luahkan rasa tak setuju dengan hasrat UMNO untuk bertanding di Hulu Bernam dan Batang Kali, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Abdul Mun’im dalam kenyataanya, turut menuntut UMNO untuk berikan sekurang-kurangnya satu kerusi di antara Hulu Bernam dan Batang kali.

Kerusi DUN Hulu Bernam kini disandang oleh Rosni Sohar dari BN-UMNO manakala DUN Batang Kali pernah disandang oleh BN-UMNO, sebelum dikalahkan kali pertama oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Berkaitan apa yang diperkatakan Dr Asyraf tadi, menurut Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun’im Roslin, tuntutan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Parti Amanah Negara (Amanah) di Hulu Selangor tak bercanggah dengan formula pembahagian kerusi Kerajaan Perpaduan.

r 14 pr

Katanya tuntutan tu bukan pandangan peribadi sebaliknya adalah keputusan konsensus Jawatankuasa Pimpinan Amanah Hulu Selangor yang dah disampaikan beberapa kali kepada pimpinan negeri. Amanah Hulu Selangor desak keseimbangan agihan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di setiap Parlimen dilaksanakan bagi beri ruang Amanah berkhidmat kepada rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Bagi mengimbangi pembahagian kerusi secara praktikal, Amanah wajar mendapat satu kerusi di Hulu Selangor sama ada Batang Kali bagi menggantikan Bersatu sebelum ini atau penukaran setara untuk UMNO bertanding di Batang Kali dan Amanah di Hulu Bernam. Hal ini juga bertepatan dengan kefahaman semua pihak bahawa kerusi Batang Kali merupakan kerusi yang telah dimenangi PH (Bersatu) pada ketika PRU14,” katanya menerusi satu kenyataan

Walaupun ada pertengkaran, ada negeri dah bersatu

Ketika dekat-dekat nak PRN ni, bukan setakat gaduh-gaduh je yang ada. Terbaru, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan membentuk jentera pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu maklumkan menerusi kenyataan media secara bersama oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi pada Khamis.

Katanya, ia berdasarkan persetujuan yang dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu.

“Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN dan kedua-duanya juga akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.

“Selain itu, kedua-dua gabungan memberikan komitmen secara menyeluruh jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di kesemua 36 kerusi,” katanya.

Tambahnya, kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *