Adun Pas minta maaf, sebar berita palsu FELDA

f1 min (3)

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menepis kebimbangan gabungan tu akan gunakan isu berkaitan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) ketika kempen PRN akan datang. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat presiden PN, Muhyiddin kata diorang akan angkat isu berkaitan rakyat yang didakwa diabaikan kerajaan pada masa ini.

“Ia bukan berkaitan agama, kaum…kita melayan semua rakyat Malaysia secara saksama. Perkara (utama) adalah bagaimana kita menangani isu yang sedang dihadapi – inflasi, kos sara hidup, harga barang dan perkhidmatan yang meningkat, membantu perniagaan. Ini adalah mesej utama yang kita mahu angkat dalam kempen, yang telah kita lakukan,” katanya di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PN kini di peringkat terakhir untuk muktamadkan manifesto di setiap enam negeri. Hal itu akan diumum di peringkat negeri, tentang apakah tawaran-tawaran oleh kerajaan PN.

screenshot 2023 06 23 140503

Pada masa ini, PN menerusi PAS memimpin tiga kerajaan negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, sementara PH menerusi PKR dan DAP memimpin kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

PN akan letakkan calon di kesemua 245 kerusi DUN pada PRN di enam negeri yang akan diadakan tak lama lagi.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin kata PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu di 83 kerusi dan Gerakan di 36 kerusi.

“Rundingan kerusi berjalan dengan agak lancar, tiada perselisihan faham yang boleh cetuskan masalah. Kami dapat muktamadkan (rundingan) lebih awal berbanding tarikh PRN yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) nanti,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin kata lagi, Bersatu bertanding di paling banyak kerusi yang tak disandang mana-mana parti dalam PN pada masa ini. Katanya, Bersatu akan meletakkan calon di 64 kerusi DUN seumpama itu manakala PAS di 50 kerusi. Kesemua 36 kerusi DUN yang ditandingi Gerakan pula pada masa ini dipegang oleh parti selain PN.

Berkenaan calon, dia kata nama-nama telah dimuktamadkan oleh setiap parti tetapi pengumuman lanjut akan dibuat di peringkat negeri.

“Kalau (saya) nak nyatakan satu demi satu, banyak sangat. Pengumuman akan dibuat di peringkat negeri, jadi ahli-ahli parti di negeri tahu dan buat persiapan yang perlu,” kata presiden Bersatu itu.

Ditanya berkenaan ‘poster boy’ PN di setiap negeri, yang lazimnya dianggap sebagai calon menteri besar atau ketua menteri, Muhyiddin berkata perkara itu tak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

“Bila sampai masa orang tahu, atau di sesetengah tempat semua dalam PAS, Bersatu dan Gerakan (boleh jadi) poster boy,” katanya lagi.

Muhyiddin turut sahkan semua calon PN di Kelantan dan Terengganu akan bertanding menggunakan logo PAS, manaka calon di empat lagi negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – menggunakan logo gabungan itu.

Dakwa tak guna 3R, tapi masih ada kaki fitnah

Walaupun katanya tak nak guna sentimen perkauman dan agama, tapi budaya kaki fitnah nampaknya masih berjalan dalam Perikatan Nasional.

Baru-baru ini Adun Kubu Gajah Khalil Yahaya mohon maaf selepas laman Facebooknya berkongsi dakwaan yang Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi Felda menggantikan Idris Jusoh.

“Permohonan maaf secara terbuka – hantaran tadi bukanlah dari pihak Adun tetapi admin yang mengelola laman,” kata Adun PAS itu di Facebook.

Semalam, Idris berkata khidmatnya sebagai pengerusi Felda tamat lebih awal iaitu pada 30 Jun ini, berbanding tarikh sepatutnya iaitu Mei tahun depan.

“Saya telah menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan ini di bawah kepimpinannya,” – Idris Jusoh

Disebabkan hal ini, satu poster yang mengucapkan tahniah kepada Kok atas “pelantikannya” ke jawatan itu disebarkan di media sosial.

Felda kemudian nafikan pelantikan itu dengan berkata tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pengerusi baru Felda setakat ini.

Laman Facebook Khalil turut mengongsikan poster tersebut, diiringi kata-kata: “Hari ini dimaklumkan pengerusi Felda telah ditukar ke YB Teresa Kok, menggantikan Idris Jusoh. Selamat berkhidmat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *