Disebabkan rasa cinta, wanita ni pinjam wang dari 7 Ah Long

Sebut je pasal Ah Long mesti kita semua akan rasa gembira. Sebabnya siapa tak sayang dengan Ah Long, mereka adalah sumber inspirasi untuk kita terus bekerja keras. Ah Long yang sinonim dengan perkataan anak sulung selalu dikaitkan dengan sifat-sifat membantu keluar dan mempunyai sifat kepimpinan. Namun, ada jugak Ah Long yang tak disenangi ramai, tak lain tak bukan – mereka adalah kumpulan yang meminjamkan wang dan mengenakan kadar bunga yang melambung tinggi.

Bak kata dalam lagu Altimet ni, tanam pokok dapat sekali bunga.

Ada seorang gadis sanggup pinjam dengan 7 Ah Long disebabkan cinta…

Bak kata orang dulu-dulu – kerana cinta, lautan api sanggup aku duga.

Hahh…ini kisah seorang gadis yang meminjam dengan tujuh along, semua wang tu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia hadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.

Imej dari METRO

Mangsa berkata, dia bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka dan dah kenal lelaki tu sejak tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta. Katanya, sebaik tamat persekolahan, dia mengenali lelaki itu yang tidak bekerja dan sering memberikannya wang setiap kali diminta kerana sayang.

“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan. Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa,” katanya gadis yang membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM

Dalam tempoh beberapa bulan, dia membuat tambahan pinjaman daripada tiga lagi along antara RM2,000 hingga RM4,000 dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM12,000 menyebabkan dia buntu memikirkan masalah itu.

Azman (PPIM) pulak kata – pihaknya cuba berbincang dengan lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, namun setakat ini masih belum berhasil. Benda ni akan menjadi agak rumit kerana pinjaman dibuat atas nama mangsa menyebabkan dia perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu seperti mana dipersetujui sebelum ni.

Via Tenor

Ada yang pinjam RM3,000 je, dapat RM1,800 tapi kena bayar RM800 secara mingguan

Cerita dia macam ni, ada orang buat pinjaman sebanyak RM3,000 dan dia terima RM1,800 tetapi perlu membayar balik wang faedah sebanyak RM800 secara mingguan. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 35 tahun yang menjadi mangsa Ah Long di Butterworth.

Pemberi pinjam berusia 21 tahun yang menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa lesen di sekitar Butterworth itu turut beberapa kali mengugut mangsa sehingga mengancam keselamatan diri dan keluarganya.

Kan seronok kalau duit jatuh dari langit. Via Tenor

Namun kegiatan suspek yang dikenali sebagai Jordan itu tak bertahan lama apabila dia dah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sebuah kondominium di Jalan Raja Uda. Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor kata, lelaki tu ditahan hasil risikan dan maklumat daripada mangsa.

“Mangsa memaklumkan dia perlu membayar balik RM800 secara mingguan selain diugut untuk melangsaikan kesemua hutang pokok sebanyak RM3,000. Mangsa juga beberapa kali telah diugut oleh lima individu tidak dikenali sehingga berasa keselamatan diri dan ahli keluarganya terancam,” – Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor

Dua tahun lepas pulak, ada seorang lelaki yang pinjam wang bunuh Ah Long!

Kejadian ni melibatkan Muhammad Amirul yang masa tu baru berusia 19 tahun. Kalau ikutkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25 tahun, di Taman Arked di sini antara 2.30 hingga 3.30 petang, 4 Disember 2017.

Via Awani

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Sebelum ini, tertuduh dikatakan tertekan apabila gagal menjelaskan hutangnya sebanyak RM2,000 dan bertindak menikam dada kiri mangsa sehingga mati. Dia dikatakan perlu membabayar RM26 setiap hari untuk menjelaskan hutang.

Jadi ORANGKATA nak beri pesanan kepada mereka yang rasa nak meminjam Ah Long tu, fikirlah masak-masak ye. Sebab selalunya urusan dengan Ah Long akan mendatangkan masalah yang banyak. Masa meminjam memanglah semua senang, tunggu masa bayaran balik nanti. Kalau korang dah tersepit sangat dengan isu Ah Long, kitorang cadangkan korang pergi lapor polis atau pihak yang berkaitan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *