Isu video semburit, ada dua elemen penting yang rakyat nak tahu

Azmin Haziq Love 890x395 C
Isu video semburit, ada dua elemen penting yang rakyat nak tahu

Beberapa hari lepas, pihak polis terima arahan untuk mereman enam individu termasuk Muhammad Haziq Abdul Aziz, berhubung siasatan video semburit yang didakwa turut melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Turut ditahan, seorang pemimpin bahagian PKR kat Selangor dan kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret kat Jalan Duta. Diorang akan direman 6 hari untuk membantu siasatan polis.

Sebelum ni, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dalang disebalik penyebaran klip video seks sejenis tu, bahasa senangnya video semburit. Katanya, penyebaran video itu dibuat melalui pakatan tertentu dan beberapa individu sudah ditahan, tetapi dia enggan mendedahkan identiti mereka.

Tapi ramai yang pelik, sebab orang nak tahu jugak video tu sahih atau tak

Kami rasa ada dua benda yang penting dalam kes video semburit ni. Pertama, adakah benar video yang disebarkan tu sahih? Dan kedua, siapa dalang yang sebarkan video tu. Kalau tengok daripada cara kes ni ditangani, ramai yang persoalkan kenapa cuma orang yang sebarkan video tu je yang disiasat, kenapa takde apa-apa siasatan berkenaan status video tu betul atau pun tak. Sebarkan video yang berbentuk aib dan lucah macam ni memang salah, cumanya orang mati-mati nak tahu video tu betul atau tak.

Seorang blogger yang dikenali sebagai Shahbudin ada menulis persoalan yang mungkin difikirkan oleh ramai orang tapi susah nak diluahkan melalui penulisan. Kami pun setuju dengan apa yang dia katakan. Katanya, berdasarkan kenyataan Abdul Hamid, jelas siasatan polis ialah untuk mengesan dalang di sebalik pembikinan dan mereka menyebarkan video tersebut. Apa maksud dalang di sebalik pembikinan video itu?

Adakah ia bermaksud mereka yang merakam dan memasang kamera sehingga kejadian itu dapat dirakam atau mereka yang mengedit dan memotong-motong video berkenaan untuk diviralkan di media sosial? Jika itu yang disiasat, adakah ini bermakna video itu adalah tulen dan asli? Kenapa dalam hal ini pihak polis tidak mengumumkan siasatan berkenaan sama ada video itu tulen atau sebaliknya?

Ketua Polis Negara. Via Kosmo

Kalau yang menyebarkannya disiasat, ditahan dan didakwa di mahkamah, bagaimana dengan pelaku-pelaku yang melakukan hubungan seks sejenis itu yang juga merupakan suatu kesalahan dari segi undang-undang? Adakah mereka tidak dianggap bersalah atau kesalahannya dinilai lebih kecil berbanding mereka yang menyebarkannya?

Via Giphy

Walaupun semua pihak mengalu-alukan hasil siasatan pihak polis, namun di samping dua aspek siasatan yang disebut oleh Abdul Hamid iaitu dalang di sebalik pembikinan dan mereka yang menyebarkannya, rakyat secara umumnya lebih ingin tahu tentang ketulenan dan pelaku-pelaku sebenar dalam tayangan video itu.

Anwar kata kalau video tu betul, kenalah bercuti, kalau tak betul tak payahlah…

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu bercuti jika video lucah yang dikaitkan dengannya disahkan asli oleh pihak berkuasa. Anwar kata, jika sebaliknya pula, desakan bercuti terhadap Timbalan Presiden PKR itu adalah tidak berasas dan tak perlu dilayan.

Dia juga kata kenyataan terbaru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang minta Mohamed Azmin bercuti atau menunggu proses perundangan, memberi gambaran ada perkembangan baharu dalam proses siasatan.

“Perdana Menteri pun buat pendirian berbeza, sebelum ini menolak keras tetapi sekarang memberikan ruang kalau Azmin boleh membuktikan kes (video lucah) itu. Membuat pilihan (pada Azmin) bermakna siasatan sudah menjurus ke arah itu (keaslian video). Dia tidak perlu cuti kalau tidak ada asas terhadap video itu, tetapi dia perlu cuti segera jika disahkan (video asli),” – Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

Berkenaan penahanan beberapa inidvidu berkaitan kes berkenaan termasuk pengerusi PKR sebuah negeri, Anwar berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis. Mengenai desakan termasuk oleh pimpinan kanan parti meminta Mohamed Azmin bercuti, Anwar berkata, kenyataan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, itu dibuat berdasarkan perkembangan kes siasatan. Shamsul Iskandar dalam hantaran sosial medianya mendesak pemimpin politik dikaitkan dengan tuduhan salah laku supaya ‘bercuti sementara’ sehingga siasatan selesai.

KENYATAAN MEDIA16 Julai 2019Pemimpin Berdepan Siasatan Harus BercutiKemusykilan ramai berhubung proses penyiasatan…

Posted by Shamsul Iskandar Mohd Akin on Selasa, 16 Julai 2019

Nampaknya benda ni makin panas, pasti ramai yang akan ternanti-nanti laporan penuh siasatan kes ni

Bagi yang mengikuti rapat kes ni, mesti korang perasan isu ni dah makin panas oh. Dengan Azmin minta Anwar muhasabah diri dan tengok cermin. Tapi pokok pangkalnya bukan pasal drama, tapi hasil keputusan siasatan pihak polis kelak. Dua elemen yang kami cakap tadi perlulah diketahui umum, supaya dalam era Malaysia Baharu ni orang tak persoalkan siasatan pihak berkuasa. Apa-apa pun, kita perlu beri ruang pada pihak polis untuk buat kerja. Kita relaks, makan popcorn dan tunggu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top