Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu TularKesihatan

Kerajaan masih berhubung dengan penduduk Malaysia di Wuhan, ini jumlahnya…

By Subeditor
January 28, 2020 4 Min Read
Comments Off on Kerajaan masih berhubung dengan penduduk Malaysia di Wuhan, ini jumlahnya…

Nampaknya perbincangan tentang koronavirus masih lagi tak surut, cuma positifnya semakin ramai yang mula dapatkan maklumat yang sahih sebelum nak kongsi. Sebabnya sebelum ni orang main share je tanpa selidik maklumat. Akibat daripada sikap macam ni, ramai yang mula panik dan hidup dalam keadaan tak tentu arah.

S1
Via Inche Faris

Kita patut puji kerajaan, walaupun dalam banyak kes – kaedah berkomunikasi diorang kurang berkesan, tapi dalam isu koronavirus ni kami nampak diorang berjaya sampaikan maklumat yang ‘menenangkan’ rakyat. Ia juga dibantu oleh pakar-pakar perubatan dan sains dalam memberi penerangan terhadap keadaan sebenar kita di Malaysia.

Malaysia berhubungan dengan rakyat Malaysia di Wuhan, takde keperluan untuk bawak balik diorang

Sebenarnya ramai yang tak tahu, kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi’an, China, sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan untuk dapatkan perkembangan diorang susulan wabak 2019 Novel Koronavirus di Wuhan.

S1
Bandar Wuhan. Via NST

Dia kata, setakat ni takde keperluan untuk bawak diorang pulang ke negara ini.

“….buat masa ini kita bergantung kepada tahap kritikal keadaan, jadi buat masa ini belum ada cadangan (membawa pulang) rakyat Malaysia,” – Saifuddin Abdullah, seperti yang dilaporkan AWANI

Dia jugak minta rakyat Malaysia yang berada di China, khususnya di Wuhan agar hubungi pejabat kedutaan atau konsulat berhampiran bagi membolehkan kerajaan memantau keadaan diorang di sana. Dia juga nasihatkan rakyat Malaysia yang balik dari China sekiranya rasa tak sihat supaya dapatkan rawatan.

S1
Kedutaan Malaysia di Beijing. Via Binapuri

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata buat masa ni, koronavirus dikategorikan sebagai jangkitan kluster di Malaysia kerana hanya babitkan sekelompok kecil pelancong dari China.

“Buat masa ini, kes tersebut hanya membabitkan rakyat China dan tiada jangkitan dalam kalangan penduduk Malaysia. Status di Malaysia dikategorikan sebagai kluster, masih belum menjadi wabak kerana wabak bermaksud penyakit itu berada di mana-mana seperti di Wuhan,” – Dr Noor Hisham Abdullah, seperti yang dilaporkan AWANI

Mengenai prosedur pengesanan virus terhadap pelancong China, dia kata jika individu tu ada simptom dan didapati positif virus tu, diorang akan terus dirawat di hospital.

Kerajaan umumkan untuk gantung kemasukan pelancong dari Wuhan dan wilayah Hubei

Ramai yang fikir selesaikan isu ni boleh main ikut kepala dia je, sebenarnya ada prosuder yang perlu diikuti. Kerajaan kita ikut prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan dapat nasihat pakar-pakar untuk hadapi dan bendung jangkitan ni dari merebak dengan meluas.

Pelbagai pihak dilibatkan untuk mencegah penularan. Semalam, kerajaan ambik keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Wuhan dan wilayah Hubei.

https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/photos/a.688980107862833/2716662161761274/?type=3&theater

Keputusan ni dibuat setelah ambik kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) China, khususnya di Wilayah Hubei dan ia berkuatkuasa serta merta. Kemudahan imigresen ni akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal, dan telah dipersetujui Kerajaan China.

Sebenarnya benda yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Isu kesihatan dan wabak global ni buat ramai yang resah, ditambah lagi dengan lambakan maklumat palsu. Macam yang kami cerita hari tu, AirAsia dan Malindo Air dah batalkan penerbangan ke Wuhan, cuma takde kenyataan rasmi dari kerajaan. Semalam, benda yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul.

Sebenarnya sejak 23 Januari lagi takde pelancong dari Wuhan masuk

Walaupun pengumuman rasmi baru datang semalam, tapi takde pelancong dari Wuhan sejak 23 Januari lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Dia kata pada tarikh yang sama China isytiharkan ‘lockdown’ dan halang penduduk di Wuhan meninggalkan kawasan tu.

“Bagi jumlah warga China yang masuk ke Malaysia sebelum 23 Jan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mendapatkan maklumat,” – Dr Dzulkefly, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

https://www.youtube.com/watch?v=YW78vyBzn9Y

Drzulkefly kata setakat ni kes positif koronavirus di Malaysia kekal empat, tapi ada lima kes tengah tunggu keputusan makmal yang semuanya libatkan warga China. Daripada lima kes tu, dua di Langkawi, Kedah, dua lagi di Kuala Lumpur dan satu kes terbaru di Bintulu, Sarawak.

Kes koronavirus dikesan di Malaysia berdasarkan dua kategori; kategori pertama adalah mereka yang ada bersentuhan dengan pesakit yang positif. Tiga kes positif pertama di Malaysia libatkan pengesanan sentuh. Mereka ialah isteri dan dua cucu lelaki kepada seorang warganegara China dari Wuhan berusia 66 tahun yang sedang dirawat di Singapura.

Untuk kategori kedua pulak adalah mereka yang ada simptom dan disyaki dijangkiti koronavirus.

Dalam menghadapi apa jua krisis, kepala yang tenang amat diperlukan untuk selesaikan masalah

Sejak korang hidup, mesti korang dah banyak lalui masalah kan? Satu benda yang korang mesti dah perasan, masalah harus diselesaikan dengan kepala yang tenang dan sejuk. Sebab dengan cara itu je korang akan dapat buat keputusan yang tepat. Dalam kes ni macam tu jugak, kalau korang serabut, memang korang akan buat macam-macam spekulasi yang tak tepat.

Kena ingat – kerajaan ada banyak hal yang dia akan pertimbangkan sebelum buat sesuatu keputusan. Sebab itulah buat keputusan atas kapasiti individu tak sama dengan buat keputusan sebagai kerajaan.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Presiden Perancis marah tentera Israel, rupanya Perancis ada kawasan di Israel

F1
Next

PRK Kimanis hari tu banyak kesalahan parti politik? Kami tanya PEMANTAU Bersih

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme