займ срочно

Kes anak lahir di luar negara ditentang kerajaan, ini hujah mahkamah

ibu anak malaysia luar negara
Kes anak lahir di luar negara ditentang kerajaan, ini hujah mahkamah

Mahkamah Tinggi pada 9 September lalu melakar sejarah negara apabila diorang putuskan bahawa wanita Malaysia seharusnya ada hak yang sama sebagaimana lelaki Malaysia di bawah Perlembagaan. Hak apa yang mahkamah maksudkan ni? Haa.. korang boleh baca semula artikel yang ni tentang apa dah berlaku dalam kes tersebut.

Walaupun begitu, masih ramai jugak tertanya-tanya… apa sebab sebenar mahkamah nak berikan kemenangan tu pada kumpulan ibu-ibu ni pulak? Sebelum ni, kami jelaskan sikit tentang isu perlembagaan dan istilah ‘wanita’ tu perlu dimasukkan supaya takde kecelaruan lagi dari segi hak kewarganegaraan. Kali ni, kita akan telusuri apa yang mahkamah katakan tentang kes ni.

anak malaysia warganegara ibu
Via Malaymail

Ibu-ibu Malaysia yang lahirkan anak di luar negara lalui proses yang sukar, ramai tunggu 10 tahun untuk peroleh kewarganegaraan

Berdekad lamanya, ramai wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki dari luar negara mendapati anak diorang tak dapat kewarganegaraan automatik disebabkan Perlembagaan Persekutuan. Kalau nak banding dengan lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita luar negara dan melahirkan anak di luar negara, anak-anak diorang terus sah jadi warganegara Malaysia selepas kelahirannya didaftarkan di kedutaan Malaysia atau dengan kerajaan Malaysia dalam tempoh tertentu.

Para wanita Malaysia ni pulak terpaksa menunggu bertahun-tahun hanya untuk diiktiraf anak diorang. Walaupun dalam Perlembagaan, ada dinyatakan bahawa kerajaan boleh daftarkan sesiapa di bawah 12 tahun sebagai rakyat Malaysia sekiranya salah sorang penjaga (atau ibu bapanya) tu dah memohon kerakyatan Malaysia.

tanjung labian / lahad datu
Via NST

Tetapi nampaknya, tak semudah tu. Dalam kebanyakan kes, proses nak dapatkan kerakyatan untuk anak diorang dilihat perlu tengok budi bicara, memenatkan dan mengambil masa yang sangat lama untuk diproses. Lepas tu, takde jaminan jugak ianya akan diterima dan kerapkalinya, permohonan diorang ditolak tanpa dinyatakan sebarang sebab.

Hal ni dibawa oleh enam orang ibu Malaysia bersama NGO Family Frontiers ke mahkamah menerusi saman ke atas kerajaan Malaysia pada 18 Disember 2020 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 6 ibu tersebut adalah Myra Eliza Mohd Danil, Adlyn Adam Teoh, Choong Wai Li, Ng Mei Mei, Rekha Sen Mei-Mei dan sorang ibu yang hanya nak dikenali sebagai Devi. Diorang hadapi kesukaran yang sama – diorang dah cuba mohon pendaftaran anak diorang sebagai rakyat Malaysia di bawah Perkara 15(2), namun ditolak tanpa ada sebab diberikan.

ibu family frontiers
Via MSN

Ketika diorang akhirnya nak teruskan kes ni, sesetengah daripadanya dah tunggu lebih dari 4 tahun tanpa ada apa-apa balasan daripada kerajaan. Ada jugak ibu-ibu yang lebih lama berusaha sejak 2011, bermakna dah 10 tahun diorang berusaha. Diorang tak boleh tunggu lebih lama lagi sebab untuk sah bergelar rakyat Malaysia, ‘jalan kerakyatan’ di bawah Perkara 15(2) pulak hanya terhad kepada 21 tahun.

Dalam proses menunggu, anak-anak diorang dah sempat pun menjejaki usia remaja. Tetapi bagi adik-beradik diorang yang lahir kat Malaysia, diorang dah dapat kerakyatan Malaysia. Takkan hanya kerana lahir di luar negara, anak tersebut tak diberikan peluang untuk jadi rakyat Malaysia? Lebih teruk, hanya ibu yang berwarganegara Malaysia ni je hadap masalah ni, sementara bapa yang berwarganegara Malaysia tak perlu susah payah mendapatkan kerakyatan untuk anak diorang yang lahir di luar negara.

ibu anak malaysia
Via MSN

Ni hujah-hujah mahkamah berkaitan isu tersebut, kerajaan kata keputusan diorang tak salah untuk tolak permohonan para ibu

Beberapa hujah utama yang membayangi keputusan mahkamah tu boleh diringkaskan kepada tiga, iaitu pindaan Perlembagaan, terdapatnya unsur diskriminasi jantina dan tindakan kerajaan sendiri yang menafikan banyak perkara berkaitan isu tersebut. Tak cukup dengan tu, mahkamah sempat kritik tindakan dan pandangan kerajaan tentang hal ni.

Pertama sekali, pindaan Perlembagaan perlu memasukkan perkataan “ibu” disekalikan dengan bapa. Ni bagi menyelesaikan sebarang kekeliruan berkaitan dengan hak kewarganegaraan, yang sebelum ni hanya memaktubkan ‘bapa’ je. Kalau ikut logik, tentunya perkara ni terpakai kepada ‘ibu’ bila merujuk kepada bapa atau penjaga dalam Perlembagaan.

bapa perlembagaan persekutuan perkara 14 warganegara
Via Perlembagaan Persekutuan

Namun memandangkan kerajaan jugak nampaknya mengambil segalanya secara literal, maka ia harus diubah kelak. Selain tu, ia jugak boleh membawa kepada unsur diskriminasi jantina kerana ikut pengalaman 6 orang ibu ni, lelaki Malaysia tak hadapi masalah macam ni.

Kerajaan pulak begitu mempertahankan keputusan tak berikan pengiktirafan kewarganegaraan ni pada diorang. Kerajaan berhujah, mahkamah tak layak nak tentukan keperluan nak ubah Perlembagaan sebab yang sedia ada ni dah cukup. Ibu-ibu ni mungkin jugak menyalahgunakan proses kerakyatan tersebut, dan kata bahawa dalam hal ni, kerakyatan Malaysia adalah keistimewaan, bukan hak diorang.

ibu saya anak malaysia
Via FMT

Kerajaan jugak kata ibu-ibu ni takde hak nak saman sebab yang terkesan adalah anak diorang, bukan diorang. Walau bagaimanapun, mahkamah kata ibu-ibu ni berjaya membuktikan bahawa diorang jugak terkesan apabila anak diorang tak dapat kerakyatan Malaysia. Akses pendidikan dan kesihatan antaranya, sukar diperoleh sebab kos untuk bukan warganegara di sekolah dan hospital awam lebih mahal. Ni menyulitkan kewangan keluarga. Jadi secara langsung, ibu-ibu ni jugak terkesan.

Selain tu, kerajaan turut menyatakan bahawa mahkamah jugak takde hak nak tentukan penyelesaian berkenaan hak kewarganegaraan, di bawah Perkara 15 sebab ia dah dimaktubkan jadi hak mutlak kerajaan. Mahkamah membalas semula, mahkamah ada kuasa untuk putuskan hal kewarganegaraan di bawah Perkara 14, dimana ia diberikan sebagai hak dan atas undang-undang, bukan atas budi bicara Menteri Dalam Negeri.

hamzah zainuddin 150421b
Via Borneo Post Online

Dalam hujah ni, mahkamah kata agak ironi jugak bila kerajaan nak singkirkan bidang kuasa mahkamah dalam menentukan saman ni. Kat Malaysia, konsep pemisahan kuasa tu diwujudkan sebagai mekanisme semak-dan-imbang, jadi kalau nak tolak hak mahkamah sendiri untuk menentukan keputusan, maka benda tu sembang kosong je lah kerana kuasa diletakkan ke tangan eksekutif semata-mata.

Bahkan mahkamah turut menyebutkan rekod Hansard Parlimen, dimana jawapan-jawapan menteri sendiri tak menunjukkan wujudnya usaha untuk menyelesaikan hal ni. Paling tidak, ia didebatkan secara umum, dan sentimen Parlimen adalah kerajaan akan bagi kerakyatan berdasarkan kesetiaan, ketaatan dan keterikatan dengan negara. Masih tak menunjukkan bahawa kerajaan mengangkat masalah sebenar iaitu ‘anak daripada ibu berwarganegara Malaysia’. Tetap jugak wujud unsur diskriminasi di situ.

Kerajaan menambah lagi, tak bermakna Malaysia setuju dengan Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) dan Convention on the Rights of the Child (CRC) tu bermakna diorang kena bagi kerakyatan kepada anak yang lahir daripada ibu berwarganegara Malaysia. Mahkamah membidas, hal ni takde kena mengena dengan peruntukan CRC sebab CRC sendiri pun tak desak jadikan ia sebagai alasan untuk beri kerakyatan kepada anak yang lahir luar negara dari rahim ibu berwarganegara Malaysia.

Atas sebab-sebab ni, mahkamah mempunyai alasan kukuh untuk menolak usaha pembatalan saman yang dikemukakan oleh kerajaan dan memutuskan agar anak-anak para ibu ni diberi kerakyatan. Kes ni memberi cahaya kepada anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu berwarganegara Malaysia, dan ruang peluang permohonan yang sama dengan anak-anak berbapakan warganegara Malaysia untuk dapat kerakyatan negara.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top