Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu SemasaIsu Tular

Kes skandal lembu yang semakin dilupakan, rupanya keluarga Shahrizat disaman lagi

By Farahani
August 18, 2021 5 Min Read
Comments Off on Kes skandal lembu yang semakin dilupakan, rupanya keluarga Shahrizat disaman lagi

Hampir 11 tahun lalu, kita dikejutkan dengan skandal kewangan melibatkan sorang bekas menteri wanita dan keluarganya. Skandal kewangan ni sekarang dah jadi antara kes berprofil tinggi jugak, dan masih lagi belum siap kes perbicaraannya. Bayangkan, dah sedekad pun masih lagi takde kesudahan dalam kes ni. Skandal ni turut didedahkan oleh Rafizi Ramli, tu pun selepas kajian awal oleh KEADILAN pada 2011 yang simpulkan bahawa projek tu dah gagal.

728 X 90

Bukan tu je, skandal kewangan tak hanya terhad sekadar projek ternakan lembu. Pada tahun yang sama, diorang dikatakan ada beli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura. Salah satunya di bawah nama bekas menteri tu. Bila skandal ni hangat dapat perhatian ramai, dana tu kemudiannya takde dah disalurkan lagi. Akhirnya bank negara luar pulak saman keluarga bekas menteri tersebut.

nfc skandal kewangan shahrizat
Via Malaysiakini

Kontroversi Pusat Fidlot Nasional dibangkitkan lepas Laporan Audit, dana digunakan untuk beli kondominium di Bangsar

Pada 14 November 2011, Pengarah Strategi PKR ketika tu iaitu Rafizi Ramli kecam tindakan pembelian kondominium One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta. Sebelum tu, ‘skandal lembu’ ni dahpun hangat disebut ramai pada 24 Oktober 2011 lepas Laporan Ketua Audit Negara 2010. Ketika tu, Shahrizat Abdul Jalil jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) di bawah RMK-9 dulu dipertanggungjawab untuk kendalikan Pusat Feedlot Kebangsaan. Ia diberi status Projek Berimpak Tinggi dengan sasaran memenuhi 40% permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Tujuan program ni memang suatu yang baik, apatah lagi apabila kita dah lama bergantung pada daging import.

daging
Via Malaysiakini

Tender projek ternakan lembu ni dimenangi oleh keluarga Shahrizat, yang mana kerusi-kerusi utama pentadbiran NFC jugak diberikan kepada suaminya, Datuk Dr. Mohammad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. Syarikat diorang bernama Agro Science Industries Sdn Bhd, dan diletakkan sebagai salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk jayakan Pusat Fidlot Nasional dengan pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Dengan dana tu pulak, Rafizi dakwa sebahagian daripada dana tu digunakan untuk beli kondominium One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta. Rafizi berpendapat, sewajarnya dana tu diletakkan sebagai ‘pelaburan cair’ seperti melabur di pasaran wang ataupun ekuiti berbanding beli hartanah. Lagipun, Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah ketika tu mendapati bahawa pada tahun 2010, hampir 20% kondomium bernilai RM1 juta atau lebih yang terbina pada 2011 tak terjual, iaitu bernilai hampir RM549.

one menerung 2 large
Via PropSocial

Susulan dakwaan tersebut, kerajaan Malaysia failkan saman tuntut wang sebanyak RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC) pada 2019. Dalam pernyataan tuntutan ni walau bagaimanapun, tak diheret sekali Shahrizat dalam senarai defendan. Yang dinamakan adalah suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah, sebagai defendan kedua hingga kelima. Kes perbicaraan bersambung pada 2022.

Sebuah lagi kondominium di Singapura dipercayai milik Shahrizat, Maybank saman akibat gagal bayar

Menurut akhbar Harakah keluaran 23-25 pada Disember 2011, Saifuddin Nasution yang merangkap Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dakwa sebuah kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota Singapura tu milik keluarga Shahrizat. Harga kondominium mewah tu dianggarkan kira-kira RM9.9 juta, dan merupakan salah satu unit terbesar di bangunan tersebut.

orchard scotts
Via Far East Organization

Dakwaan ni dikatakan melengkapkan dakwaan pihak Keadilan bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk bina industri daging negara ni disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti Meatworks (Singapura) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd.

Seterusnya pada 2 Ogos 2021 pulak, Maybank Singapore Limited failkan saman terhadap bekas Pengerusi NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya yang didakwa gagal bayar dua pinjaman perumahan berjumlah $2,534,203.41 bagi pembelian hartanah di Singapura. Dalam pernyataan tuntutan Maybank, diorang dakwa dah bagi pinjaman perumahan untuk hartanah di Orchard Scotts, Singapura sebanyak $3.94 juta. Ia merupakan jumlah terhutang setakat 22 Jun 2018 bersama dengan faedah terakru ke atasnya.

Maybank jugak dakwa laksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Januari 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah serta menjualnya melalui satu lelongan pada 28 Jun 2019 dengan harga S$3.2 juta. Bagaimanapun, harga jualan itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan jumlah hutang di bawah pinjaman tersebut yang masih tertunggak sebanyak S$1.3 juta.

Di samping tu, Maybank dakwa diorang dah gagal lunaskan tunggakan dalam pembayaran pinjaman dan tuntut S$5.05 juta yang merupakan jumlah tertunggak dan terhutang setakat 4 Jun 2018 bersama dengan semua faedah yang terakru ke atasnya. Jumlah terhutang sebanyak S$1.36 juta daripada ketiga-tiga defendan dan S$1.16 juta daripada Mohamad Salleh dan Wan Shaninur serta perintah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

shahrizat salleh nfc
Pengerusi NFC, Mohamad Salleh bersama isterinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.. -Via Yahoo News

Sementara kita tunggu kedua-dua kes ni dibicarakan, tahun ni Price Water Malaysia (PwC) dilaporkan gagal buktikan sumber dana syarikat ternakan lembu yang terlibat dalam NFC untuk beli hartanah adalah dari sumber wang pinjaman. Peguam, Datuk K. Kirubakaran yang wakili kes NFC kata, keterangan saksi turut sahkan PwC dalam laporan penilaian audit tu gagal tunjukkan kaitan langsung antara wang pinjaman dari kerajaan dengan wang pembelian hartanah yang digunakan oleh NFC untuk kepentingan peribadi dan keluarga bekas Pengerusi NFC.

“PwC dalam penyediaan laporan penilaian audit tersebut telah gagal meneliti pelan produksi yang dinyatakan dalam Jadual 9 Perjanjian Pelaksanaan adalah sebenarnya bergantung kepada Program EDP yang hanya akan dilaksanakan apabila EQA disiap sedia oleh pihak kerajaan,”- Datuk K. Kirubakaran, seperti yang dilaporkan Utusan

muhyiddin nfc audit
Via Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sama ada dakwaan ni terbukti atau tak di mahkamah, skandal kewangan ni menjadi salah satu bukti bahawa kerajaan perlu bertegas membuka dan mengehadkan pemberian tender khususnya kepada syarikat-syarikat besar yang ada kaitan dengan ahli politik. Dalam kes skandal kewangan Tajuddin jugak, lebih kurang hal yang sama berlaku melibatkan wang kerajaan dan syarikat pembinaannya yang sebenarnya tak memiliki rekod cemerlang untuk layak dapat kontrak kerajaan.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
gur
Previous

Rupa-rupanya ada lebih 200 kebakaran di Turki, ini cerita yang korang perlu tahu

f1
Next

Kes anggota TUDM serang rakan sehingga maut, ini perkembangan terkini

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme