Ketua Polis Besut ditetak sehingga putus jari oleh jiran sendiri

Hj

Bekerja sebagai pegawai polis ada cabaran yang tersendiri, selain daripada kena selesaikan kes jenayah, diorang juga kena sentiasa berhati-hati. Macam biasalah, sebagai pegawai polis – sudah tentu ramai orang yang dengki, lebih-lebih lagi penjenayah, kalau operasi jenayah yang selalunya bawak keuntungan yang besar pada diorang dilumpuhkan. Hari ni kami nak bawak cerita yang berbeza sikit, beberapa hari lepas seorang ketua polis daerah ditetak oleh orang yang hadapi masalah mental. Orang yang dikatakan hadapi masalah mental ni pun tak beragak ye, bukan main dia pergi bantai ketua polis daerah…

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi ditetak jiran sendiri

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi cedera akibat ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian kat hadapan rumahnya di Kampung Padang Luas, di Jertih. Suspek dikatakan datang ke rumah mangsa menaiki Perodua Kembara, mentang-mentanglah sekarang ni musim perayaan, suka-suka hati je nak beraya ke rumah orang. Dia punya ‘beraya’ bukan main, siap main tetak-tetak lagi.

Mohd Zamri dikejarkan ke Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan untuk rawatan lanjut. Suspek dikatakan mengalami masalah mental dan usaha mengesan dijalankan selepas insiden itu. Macam yang kami kata awal-awal tadilah, lain betul selera dia nak pergi tetak orang, terus pergi tibai ketua polis pulak tu.

Nasib baiklah ibu jari kanan Mohd Zamri Mohd Rowi yang cedera selepas ditetak semalam berjaya disambung semula melalui pembedahan petang semalam. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan selama 14 jam di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Nasib baiklah dapat disambung semula. Via Giphy

“Alhamdulillah, beliau baru sahaja keluar dari bilik pembedahan pagi ini dan ibu jari kanannya berjaya disambung semula selepas pembedahan petang semalam. Saya dimaklumkan keadaan beliau kini stabil dan masih dalam pemantauan pihak doktor di sini. Tiada unsur boleh dikaitkan dengan perkara yang mengancam keselamatan Ketua Polis Daerah dan ia hanya masalah pesakit mental, bukan unsur jenayah lain. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua doktor dan petugas hospital yang merawat anggota kami,” – Datuk Mazlan Mansor, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian

Pengarah HUSM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim kata; pembedahan untuk menyambung semula ibu jari kanan mangsa dijalankan bermula jam 5 petang semalam sehingga jam 7 pagi tadi. Dalam kejadian tu, mangsa berusia 55 tahun ditetak oleh jirannya pada jam 12.50 tengah hari kat depan rumahnya. Mangsa cedera parah terkoyak kulit kepala dan putus ibu jari kanan ketika cuba menyelamatkan diri daripada suspek.

Suspek dah ditangkap, akan direman selama tujuh hari…

Lelaki yang menetak Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Khamis depan. Perintah tahanan reman terhadap penganggur berusia 33 tahun tu dikeluarkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat kat Mahkamah Majistret Besut.

Suspek ditahan. Via Awani

Reman tersebut dikeluarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. Sebenarnya agak bahaya apabila mereka yang mengalami masalah mental yang teruk tak diberikan rawatan yang sepatutnya. Kita taku benda-benda macam ini akan terjadi, kalau korang ada kenalan yang menghadapi masalah mental, korang kena cari jalan untuk pujuk diorang berjumpa dengan pakar.

Kami pun tak pastilah suspek ni betul-betul gila atau ada masalah mental akibat tekanan. Korang kena ingat, sakit mental tak semestinya gila. Kami pun ada tulis artikel pasal ni. Apa-apa pun kami doakan Mohd Zamri supaya segera sembuh dan boleh berbakti seperti sediakala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *