Media massa ada peranan baru kata TPM

f1 min (6)

Media mainkan peranan yang penting dalam politik Malaysia dengan menyampaikan maklumat kepada orang ramai, mempengaruhi pandangan awam, dan menyediakan platform untuk perbincangan dan analisis politik. Kali ini kami akan cuba bincangkan peranan media dalam politik Malaysia dan impaknya terhadap proses politik dan masyarakat.

Media di Malaysia terdiri daripada pelbagai platform termasuk surat khabar, televisyen, radio, dan media dalam talian. Medium yang ada ini menjadi saluran utama untuk menyampaikan berita dan maklumat mengenai perkembangan politik negara.

Media selalunya beri tumpuan kepada isu-isu politik seperti pilihan raya, dasar-dasar kerajaan, perdebatan politik, dan aksi pemimpin politik. Melalui liputan yang luas, media membantu memastikan penglibatan awam dalam proses politik dan memberi suara kepada rakyat.

kj 4

Peranan media dalam politik Malaysia cukup luas. Media mainkan peranan penting dalam menentukan topik yang diberi keutamaan dan dibincangkan dalam perbincangan awam. Melalui pilihan dan penekanan yang dibuat dalam liputan mereka, media mempengaruhi fokus perhatian orang ramai terhadap isu-isu tertentu. Ini boleh memberi kesan kepada persepsi dan sikap orang awam terhadap sesuatu isu atau individu dalam politik.

Disebabkan hal ini, media ada tanggungjawab yang besar untuk berikan liputan yang seimbang dan objektif agar tak memanipulasi persepsi dan pandangan orang ramai.

Media juga ada peranan sebagai semak imbang kuasa dalam politik Malaysia. Ia sepatutnya mengawasi tindakan dan keputusan pemimpin politik, menjalankan siasatan, dan memberikan liputan kritikal terhadap isu-isu kontroversi atau penyelewengan.

Dalam peranan ini, media mainkan peranan penting dalam pastikan akauntabiliti dan transparansi dalam urusan politik. Ia juga mainkan peranan penting sebagai pembentuk pandangan awam melalui liputan dan analisis mereka. Pendapat dan penilaian media terhadap tindakan dan dasar politik boleh mempengaruhi sikap dan pandangan orang ramai.

Walaupun media ada peranan penting dalam politik Malaysia, ia juga hadapi cabaran dan kritikan. Salah satu cabaran utamanya adalah isu kebebasan media. Kebebasan media adalah aspek penting dalam memastikan media berfungsi sebagai semak imbang kuasa yang berkesan.

Walaupun terdapat kebebasan media yang kelihatan baik dalam negara ini, ada juga limitasi seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan lain-lain yang boleh mengehadkan kebebasan media. Kebebasan media yang terbatas boleh menghalang media daripada melaporkan dengan bebas dan mengawasi tindakan pihak berkuasa dengan berkesan.

screenshot 2023 05 23 090452

Isu kredibiliti juga menjadi perhatian dalam peranan media dalam politik Malaysia. Wujudnya media yang berat sebelah atau terlibat dalam amalan jurnalisme yang tak profesional boleh menggugat kredibiliti media.

Wujudnya berita palsu atau ‘fake news’ juga merupakan ancaman yang serius. Walaupun ada usaha untuk memerangi penyebaran berita palsu, kesedaran dan literasi media dalam kalangan rakyat Malaysia masih perlu ditingkatkan untuk mengenal pasti dan menapis maklumat yang sahih.

Kerajaan minta media massa untuk kutip impak pelaksanaan dasar kerajaan

Selain daripada semak imbang kerajaan, dan menyampaikan maklumat, media massa juga penting sebagai medium mendapatkan maklum balas keberkesanan pelaksanaan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tugasnya yang turut memegang portfolio Kemajuan Desa dan Wilayah menuntut pendekatan baharu dalam menjayakan agenda kumpulan sasar.

“Dalam konteks pejabat saya dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, terlalu banyak agenda yang telah, sedang dan akan dilaksanakan melalui pendekatan baharu untuk kumpulan sasaran sedia ada bagi dilaksanakan secara efektif. Kita harus melihat dari segi keberkesanan kepada kos atau belanjawan yang diberikan oleh kerajaan kepada kementerian ini untuk dilaksanakan.

“Pelaksanaannya bukan hanya berdasarkan kepada ‘output’, berapa program yang dilaksanakan tetapi sejauh mana keberkesanan program yang dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas program Santai Pagi Timbalan Perdana Menteri dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali.

Ahmad Zahid berkata media berperanan menghidangkan maklumat daripada kerajaan kepada khalayak sama ada penonton, pembaca atau mereka yang mengikuti media digital. Katanya dalam konteks KKDW, maklumat berkenaan agensi di bawahnya, yang ada hubungan rapat dengan rakyat, seperti sektor pendidikan daripada prasekolah hingga ke universiti dan beberapa bidang keutamaan lain, harus dikongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *