Pelitup muka kini perlu tanda SIRIM atau didenda, ini sebabnya

facemask1

Baru-baru ni, kerajaan keluarkan kenyataan bahawa pelitup muka kini pun perlu ada tanda SIRIM mulai 4 Julai nanti. Kalau takde, peniaga dan pengeluar sekali akan didenda ratus ribuan ringgit. Ramai jugak yang hairan… kenapa sekarang baru kerajaan nak kuatkuasakan peraturan macam ni kepada rakyat? Kenapa pulak perlu letak cop SIRIM tu kat pelitup muka?

Haaa… kami cuba rungkaikan persoalan ni. Ada benarnya jugak, kenapa tiba-tiba isu pelitup muka ni muncul dan apa masalah dengan pelitup muka sekarang? Selain dari isu alam sekitar yang kini berkait dengan pelupusan pelitup muka tu sendiri, pelitup muka yang murah dan mudah didapati tu kebanyakannya ‘tak selamat’.

facemask
Via Harian Post

Hanya dua jenis je yang tepati ciri WHO, FOMCA pernah cadangkan kerajaan buat piawaian khusus untuk kualiti pelitup muka

Untuk melihat semula isu pelitup muka ni, kita wajib faham bahawa tak semua pelitup muka tu sebenarnya cukup selamat. Ikut garis piawaian WHO, hanya dua jenis pelitup muka je yang boleh diiktiraf selamat – pelitup muka 3 lapis (3-ply mask) dan pelitup muka perubatan. Biasanya pelitup muka perubatan ni memang dah 3 lapis.

Ikut satu keratan akhbar yang kami temukan disiarkan pada 2 Ogos 2020, Datuk Dr. Noor Hisham pernah jelaskan bahawa penggunaan pelitup muka fabrik dan pelitup muka bukan perubatan ni memang boleh dipakai oleh orang awam, cuma keberkesanannya bergantung pada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Sebab tu, pelitup muka bukan perubatan ni masih lagi dibenarkan guna, namun khusus untuk orang awam yang sihat dan bukan dalam tempat jangkitan Covid-19.

pemakaianpelitupmuka keratan
Via sumber arkib KKM

Susulan isu ni, Mohd Yusof Abdul Rahman merangkap Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) kemudian cadangkan pada kerajaan supaya kena ada ketetapan piawaian khusus bagi menjamin pelitup muka yang dijual sekarang.

“Ketika ini, tidak ada satu mekanisme khusus yang boleh memantau kualiti pelitup muka yang dijual. FOMCA menerima banyak aduan dan rungutan berhubung kualiti pelitup muka dijual, khususnya membabitkan tali dan material digunakan. Paling sering kami terima ialah tali yang mudah putus dan material cepat terkoyak. Ada juga yang terlalu nipis dan seakan tidak berfungsi untuk melindungi pemakai.”- seperti yang dipetik dari keratan akhbar dalam sumber arkib KKM.

pelitupmuka
Via Amanz

Masalah lambakan pelitup muka dalam pasaran ni turut menyukarkan pengguna buat pilihan pelitup muka yang terbaik untuk kesihatan diorang. Kualiti pun kita tak tau sangat, sehingga selepas kita dan beli pelitup muka tu.

“Kita sebenarnya boleh lihat berdasarkan harga diberi penjual. Jika harga ditawarkan itu jauh lebih murah daripada yang biasa dijual, berkemungkinan besar kualitinya juga rendah.”- seperti yang dipetik dari keratan akhbar

facemask borong
Orang dah biasa beli borong.. tengok nasiblah dapat pelitup muka yang ‘okey’.. -Via Carousell

Sementara tu, kerajaan pun sedia maklum jugak dengan kewujudan pelitup muka buatan sendiri yang dijual secara dalam talian. Memandangkan diorang buat sendiri, kita pun tak tau sejauh mana keberkesanannya berbanding jenis tiga lapis yang dahpun diwartakan sebagai barangan kawalan. Ditambah lagi, takde larangan pun untuk penjual pelitup muka buatan sendiri.

SIRIM dah lama sediakan perkhidmatan pengujian dan pensijilan produk pelitup muka, siap bagi rebat untuk pengeluar

Pada tahun 2020, isu kualiti pelitup muka ni disambut dengan solusi dari pihak kerajaan. Pada Oktober 2020, SIRIM umumkan diorang dah sediakan perkhidmatan pengujian dan pensijilan produk bagi pelitup muka ni. Pengujian dan pemeriksaan pelitup muka ni dilakukan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik penuh SIRIM. Diorang buat dalam makmal yang diakreditasi dengan kemudahan pengujian terkini di Kompleks SIRIM.

2 surgicalmaskstesting
Via SIRIM Berhad

Pengujian dan pensijilan produk SIRIM QAS International ni ikut standard antarabangsa BS EN 14683 untuk pelitup muka perubatan. Pengujian jugak boleh digunakan untuk tiga jenis pelitup muka perubatan:

  • Jenis I: Digunakan untuk kurangkan risiko penyebaran jangkitan, terutamanya dalam situasi epidemik dan pandemik
  • Jenis II: Digunakan oleh pakar penjagaan kesihatan di dalam bilik bedah atau persekitaran perubatan yang ada persamaan aplikasi jenis I dan jenis IIR;
  • Jenis IIR: Aplikasi sama digunakan seperti Jenis II, dengan sifat tambahan Splash Resistance (R).

Bagi pelitup muka bukan perubatan, SIRIM boleh uji dan perakui pelitup muka guna semula (kain) atau pelitup muka pakai buang (sekali pakai – 3 lapis). Beberapa ujian yang akan dilakukan termasuklah Bacterial Filtration Efficiency (BFE), Differential Pressure, Splash Resistance Pressure (Synthetic Blood), dan Microbial Cleanliness (Bioburden)

mask production s 5
Via General Motors

Tak cukup dengan tu, pada Jun 2021 pulak SIRIM umum berikan rebat 20% kepada pengeluar pelitup muka di bawah pakej perkhidmatan pengujian dan pensijilannya. Ni sesuailah dengan kata-kata CEO Sirim, Mohd Azanuddin Salleh. Memandangkan kebimbangan ramai, produk yang menepati keperluan standard dilihat dapat beri jaminan kepada masyarakat bahawa kualiti standard dipelihara secara konsisten.

‚ÄúProduk yang menepati keperluan standard membolehkan pengilang dan pembekal membezakan produk mereka di pasaran dan sekali gus mendapat penerimaan daripada pengguna,”- seperti yang dilaporkan SIRIM.my

fengmasks
Via NPR

Ni bermakna, sebenarnya dah lama pun kerajaan cakna pasal isu pelitup muka ni. Jadi bila kita dah faham galuran isu ni, bukanlah suatu keanehan bila tiba-tiba pada 2022… ada keluar pulak warta nak denda para pengeluar dan peniaga ni.

KPDNHEP akhirnya umumkan tanda MS SIRIM perlu ada pada kotak atau bungkusan, denda kepada peniaga dan pengeluar jika gagal

Ini membawa kepada hal sekarang ni, iaitu penetapan tanda MS SIRIM terhadap produk pelitup muka. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Perkara ni selaras dengan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 pada 5 April lalu. Mengikut KPDNHEP lagi, penandaan MS SIRIM perlu diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

Kalau gagal, mana-mana syarikat akan didenda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000. Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Yang menjadi kegusaran orang ramai sebenarnya bukanlah pada niat nak mantapkan kualiti produk tu. Sebaliknya, apa akan berlaku kepada diorang nanti memandangkan pelitup muka kini suatu keperluan asas. Adakah harga pelitup muka akan naik kerana tanda MS SIRIM? Apa mekanisme kerajaan untuk bantu pihak pengeluar dan peniaga khususnya mikro dan IKS dalam mendapatkan pengujian tanda SIRIM? Adakah ni akan mengehadkan akses kepada pelitup muka mampu milik?

facemaskcny
Via Borneo Post Online

Soalan demi soalan ni perlu diperjelas oleh kerajaan, sebab kita pun masih lagi bergerak walau perlahan ke fasa endemik. Buat sementara waktu ni, tiada sebarang tanda nak ikut jejak negara lain yang kini tak wajibkan lagi pemakaian pelitup muka. Tentulah apa-apa polisi yang melibatkan perkara asas ni mencetuskan kegusaran dalam jiwa masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.