Pemimpin pembangkan adakan pertemuan untuk blok baru?!

f1 min (23)

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti dalam kalangan parti pembangkang. Ketua parti yang hadir pertemuan itu termasuklah pemangku Presiden Muda, Amira Aisya dan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.

Bagaimanapun, wakil daripada Pas tidak disenaraikan sebagai antara yang menyertai perjumpaan berkenaan walaupun parti itu merupakan antara komponen utama dalam PN. Menurut Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), cadangan penubuhan barisan rentas parti itu bertujuan untuk memperkukuhkan peranan semak dan imbang parti-parti pembangkang di dalam dan di luar Parlimen.

“Semua yang hadir telah memberikan maklum balas yang amat positif terhadap cadangan ini. Insya-ALLAH, saya akan membawa pandangan-pandangan yang diutarakan dalam pertemuan ini dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang,” katanya

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu telah memberi Muhyiddin mandat untuk menerajui usaha membentuk barisan pembangkang dengan parti di luar blok kerajaan. Perjumpaaan tersebut juga hadir selepas Pas baru-baru ini mengingatkan Bersatu untuk berbincang dengan parti dalam gabungan PN sebelum sesuatu dasar mahu diumumkan.

screenshot 2025 08 07 112939
Beberapa pemimpin pembangkang turut hadir

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin pada 14 Julai lalu berkata, antara isu dasar yang penting dan tidak dirundingkan dulu dengan mereka ialah calon perdana menteri daripada PN. Katanya, keputusan sebegitu ada yang diumumkan oleh Muhyiddin tanpa berunding terlebih dulu dengan Pas.

Pemimpin pembangkang lain yang hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Presiden Parti Makkal Indian People (MIPP), Punithan Paramsiven; Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali. Turut hadir, Ketua Belia Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Sathiah Sudakaran; Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Zamani Ibrahim; Presiden Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Dr P Ramasamy dan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP), P Waytha Moorthy.

Pas sebenarnya dijemput tetapi mereka tengah sibuk

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tiada pertikaian timbul berhubung kerjasama Perikatan Nasional (PN) dengan parti politik bukan kerajaan yang berlangsung kelmarin walaupun tanpa kehadiran wakil PAS pada pertemuan itu. Mengakui PAS ada menerima jemputan, yang mana hanya presiden parti yang diundang, beliau turut mengesahkan tiada wakil daripada PAS yang hadir pada pertemuan itu.

“Saya sendiri pun tak dapat (jemputan)…kebetulan presiden ada program yang lebih awal. Presiden cuba untuk hadirkan saya tetapi saya juga ada program selain itu tarikh (jemputan) juga singkat. Pertemuan itu saya kira positif, bagi PAS (tidak hadir) tak ada (masalah) sebab isunya pertemuan itu untuk membincang dan menyelaraskan isu-isu yang dipilih (dihadapi) rakyat. Pendekatan kita supaya kita ada strategi yang sama. Jadi, (Tan Sri) Muhyiddin pun maklum perbincangan itu akan dibawa ke Majlis Presiden (dalam PN) untuk diperhalusi, saya rasa ini permulaan yang baik,” katanya

Tuan Ibrahim00
Tuan Ibrahim

Beliau mengulas mengenai pertemuan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa kehadiran wakil PAS dengan ketua-ketua parti blok bukan kerajaan bagi membincangkan cadangan penubuhan sebuah barisan rentas parti dalam kalangan parti pembangkang.

Tun Ibrahim berkata, pertemuan itu adalah permulaan yang sangat baik untuk menyelaraskan pendekatan atau tindakan kepada isu yang berlaku terutamanya pada rakyat. Katanya, lebih banyak pertemuan akan diadakan selepas ini yang bukan sahaja membabitkan parti politik tetapi pertemuan bersama badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat serta tokoh akademik. Ditanya adakah ada pertemuan membabitkan UMNO, Tuan Ibrahim memaklumkan dalam pengetahuannya ada perbincangan secara ‘senyap-senyap’ .

“(Pertemuan dengan BN) Senyap-senyap adalah, ada kawan-kawan, yalah…masing-masing pun jumpa. Bagi kita, terbuka kalau ada rakan-rakan daripada UMNO yang ingin bersama, saya fikir itu untuk masa depan negara. Mungkin kalau kita rasa duduk di tempat yang tak betul, kita kena betulkan tempat duduk. Kalau duduk di kapal yang tenggelam baik pindah ke kapal baharu,” katanya.

Parti Sosialis Malaysia belum ambil keputusan untuk sertai Perikatan Nasional

Parti Sosialis Malaysia (PSM) belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan politik termasuk Perikatan Nasional (PN). Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan berkata, sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan hanya boleh dicapai setelah dipersetujui dalam Kongres PSM selaras tradisi Demokratik Sentralisma yang diamalkan parti itu.

parti sosialis malaysia ge15 screen grab pic s arulchelvan
Siapa tak kenal Arul kan?

Menurutnya, walaupun PSM telah dijemput oleh Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk satu perjumpaan blok pembangkang, namun sebarang keputusan lanjut akan dibuat setelah persetujuan dicapai dalam parti terlebih dahulu.

“PSM hadir perjumpaan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan pendirian PSM untuk menerima jemputan jika dipanggil mesyuarat oleh mana-mana parti politik,” katanya

Beliau menjelaskan, dalam pertemuan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melontarkan beberapa cadangan termasuk satu persefahaman merentasi parti-parti politik pembangkang yang mana ia disambut baik oleh PSM.

“PSM menyambut baik perbincangan yang diadakan dan telah memberikan pandangan dan posisi kami, namun demikian tidak ada sebarang keputusan oleh PSM untuk menyertai PN mahupun sebarang gabungan baharu,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, selaras dengan pendirian PSM sebelum ini, parti itu hanya mempunyai perikatan persefahaman politik dengan Muda dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

“Sebelum ini pun PSM pernah mempunyai persefahaman politik dengan Gagasan Demokrasi Rakyat (GDR) dan Pakatan Rakyat (PR). Sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan politik hanya boleh dibuat setelah dipersetujui oleh Kongres PSM,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *