Putera Philip mangkat, ini situasi terkini keluarga diraja United Kingdom

f1
Putera Philip mangkat, ini situasi terkini keluarga diraja United Kingdom

Pada 9 April lalu, seluruh dunia bersimpati dengan berita kemangkatan Putera Philip. Putera Philip ni merupakan pasangan diraja kepada Queen Elizabeth, ratu United Kingdom dan wilayah lain yang dikatakan masih dipegang secara perundangannya oleh Ratu Elizabeth. Putera Philip memang takkan dapat jadi raja United Kingdom, tetapi dia adalah sosok besar jugak dalam sejarah negara-negara yang pernah dijajah oleh British dulu.

728 X 90

Walaupun begitu, situasi keluarga diraja United Kingdom ni takdelah bebas dari kontroversial. Daripada kemangkatan Puteri Diana, hinggalah cucunya Putera Harry taknak jadi putera lagi; macam-macam jugak yang jadi. Sekarang ni lepas kemangkatan Prince Philip… apa perkembangan keluarga diraja ni? Kami ringkaskan apa yang berlaku.

duke edinburgh
Via Insider.com

Muhyiddin ucap takziah, manakala Harry datang ke upacara kebumikan bapanya tanpa isteri

Untuk pengetahuan korang , Putera Philip rajin jenguk negara-negara Komanwel termasuklah negara kita. Pada 1959, dia ditemani Ratu Elizabeth II melawat Sabah dan Sarawak. Kemudian pada 1988, diorang datang sekali lagi ke Malaysia (sebab kita dah gabung membentuk Malaysia pada 1963) pada 1988. Ada jugak beberapa kali diorang kembali lawat kita, jadi tak hairanlah sekiranya ada yang terkesan dengan kemangkatan Putera Philip ni. Selaku ketua negara, Muhyiddin ucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain atas kehilangan Putera Phillip.

Sementara tu di tanah Britain sendiri, ramai jugak yang merasakan kehilangannya. Tetapi dalam upacara kali ni, tak ramai yang dibenarkan hadir kerana situasi pandemik termasuklah Perdana Menterinya sendiri Boris Johnson. Yang dibenarkan hadir adalah ahli-ahli keluarga diraja terdekat, antaranya termasuklah Putera Harry. Sebelum ni, Putera Harry agak kontroversial jugak lagi-lagi lepas keputusannya untuk ‘turun takhta’ dan membongkarkan kesengsaraan pasangan Harry dan Meghan berada dalam institusi diraja dalam sebuah rancangan temu bual eksklusif bersama Oprah Winfrey.

Namun dalam tempoh ni jugak, Putera Philip dah lama sakit. Pada 6 Mac lalu, prosedur pembedahan jantungnya berjaya. Namun ye lah, ajal dah menjemput… 99 tahun yang gemilang berakhir. Upacara pengebumiannya menemukan semula keluarga diraja Britain dengan Putera Harry yang turun takhta. Harry tak ditemani oleh isterinya Meghan kerana tengah sarat mengandung.

Perkara ni sedikit sebanyak menarik perhatian ramai kerana tayangan eksklusif temu bual Harry-Meghan dan Oprah Winfrey tu mengundang kritikan dari Istana Buckingham sendiri. Antaranya, Istana Buckingham menafikan diorang sebarkan penipuan tentang Meghan semasa dia di Britain dan membalas kenyataan bahawa diorang tengah siasat kes Meghan ada buli kakitangan istana dulu. Hubungan antara bekas ahli diraja dan Istana menjadi suram.

Harry tak bergandingan dengan William, ramai berspekulasi Harry dan William bergaduh sesama sendiri

Dalam upacara pengebumian Putera Philip, Harry dan Putera William dijangkakan takkan digandingkan bersama. Kalau dulu semasa ibu diorang mangkat, Harry dan Putera William bergandingan mengiringi jenazah Puteri Diana. Sekarang ni dalam upacara pengebumian Putera Philip pulak, kedudukan diorang dipisahkan oleh sepupu diorang, Peter Philips. Ditambah lagi dengan pendedahan Harry terhadap institusi diraja Britain tu, ramai beranggapan Harry ni gaduh dengan William.

william harry
Via Pagesix.com

Mengikut Cosmopolitan.com, spekulasi pergaduhan antara kedua-dua beradik ni dah lama iaitu sejak 2018. Kononnya lepas Meghan Markle ‘masuk’ ke dalam keluarga diraja Britain ni, William macam tak seberapa menerima si Meghan dan Harry mintak abangnya lebih mesra dengan Meghan. Dengan campur tangan bapanya Putera Charles; barulah kedua-dua berbaik dan William jemput pasangan Harry dan Meghan untuk sambut Krismas bersama-sama.

Wartawan veteran dalam hal keluarga diraja ni berpendapat, William sebenarnya kurang setuju dengan keputusan Harry yang nak kahwini Meghan ni nampak seolah keputusan yang begitu tergesa-gesa. Harry ambik teguran William ni sebagai suatu kritikan, dan Harry ni sayang dengan Meghan. Jadi sebarang kritikan ke atas ratu hatinya membuatkan Harry marah dan terjadilah perselisihan faham sekali lagi dengan William.

williamharry
Via Channel News Asia

Banyak orang ingatkan Meghan dan Kate Middleton, isteri Putera William ni yang gaduh. Daily Mail, sebuah akhbar tabloid yang sangat popular seringkali ‘menjual’ idea ni, semacam wanita ni tak boleh hidup tanpa gaduh dengan wanita lain. Sebenarnya, yang banyak gaduh ni adalah adik-beradik Harry dan William. Putera Charles dan Ratu Elizabeth II selalu cuba nak amankan diorang, tapi selalunya tak berjaya. Lepas kelahiran Archie, anak sulung Harry dan Meghan, barulah hubungan Harry dan William sedikit rapat.

Biasalah adik-beradik.. gaduh-gaduh manja ni memang adat dalam keluarga. Ni diakui oleh Harry sendiri; dia kata dia tetap sayang jugak dengan abangnya William. Dah namanya abang, dan sahabat pertamanya lagi-lagi lepas kemangkatan Puteri Diana dulu. Kate dan Meghan pun cuba redakan ketegangan antara dua beradik ni, jadi rasanya kita mungkin tak perlu risau sekiranya diorang gaduh. Tetapi ada jugak yang katakan kebanyakan ketidakpuashatian ni datang dari isu wang jugak…

Ikut satu sumber kepada ET, perselisihan ni ada hubungkait dengan duit sebab ‘pangkat’ kelahiran turut mempengaruhi berapa jumlah diorang boleh dapat khususnya dalam perbelanjaan ke arah projek masing-masing. Oleh sebab Putera William lebih tua, maka dia banyak didahulukan dan selalu lulus peruntukkan berbanding Harry. Ni membuatkan Harry tak puas hati, dan selalu kekurangan dana untuk melaksanakan projek-projek sosial di bawah namanya.

Walau apapun sebab utama yang membuatkan diorang terus berselisih faham, yang pasti temu bual baru-baru ni dengan Oprah menyukarkan keadaan Harry dan William. Kita di Malaysia tentunya tak terkesan dengan hal-hal diraja Britain (lagi), tetapi ni tak bermakna keluarga diraja kita sendiri pun takde kisahnya tersendiri. Ramai yang tak berani nak buka cerita secara terbuka sebagaimana yang berlaku antara keluarga diraja Windsor ni. Setakat ni belum ada apa-apa pengumuman berkaitan sebarang perubahan, namun kami menjangkakan tak besar manapun perubahan sekiranya ada.

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top