Korang suka lengahkan kerja? Korang mungkin orang yang lebih kreatif

f1
Korang suka lengahkan kerja? Korang mungkin orang yang lebih kreatif

Orang kata, berlengah-lengah tu tabiat yang tak baik. Peribahasa Melayu sendiri pun ada jugak menyisipkan pesan supaya cepat-cepat buat kerja dan janganlah bertangguh-tangguh. Nanti kalau bertangguh terlalu lama, dikhuatiri pekerjaan tu takkan berhasil. Dalam banyak hal, tabiat siapkan kerja awal ni amat baik. Korang jimat masa dan mempunyai ruang senggang untuk benda penting yang lain pulak.

728 X 90

Namun begitu, wujud jugak pandangan yang berlawanan dengan idea ni. Sesetengah orang dakwa tabiat berlengah-lengah ni suatu yang baik jugak. Malah, ia mungkin lebih baik daripada tabiat nak siapkan kerja awal khususnya apabila ia melibatkan tenaga mental dan kreativiti untuk hasilkan suatu yang inovatif.

later procastinate
Via Additude

Idea yang bernas datang dengan sendirinya, biasanya semasa otak tengah buat kerja lain

Apa korang akan buat bila korang nak kekontangan idea? Rata-rata tindakan paling biasa orang akan buat adalah duduk je kat meja tu dan berharap akan datanglah inspirasi atau benih idea untuk diterjemahkan dalam kerja yang korang nak buat tu. Kadangkala bukan setakat idea je yang korang cari; tenaga mental nak buat kerja perlu dicari jugak.

Benda macam nilah yang dipanggil tenaga kreativiti, iaitu suatu tenaga yang membolehkan korang berupaya nak hasilkan sesuatu. Sejak awal peradaban manusia, kita dah kenal dengan kepentingan idea. Kalau tak dicatat mahupun di’layan’ idea tu, ia akan terlepas dari genggaman ingatan bila kita dah nak hasilkan sesuatu daripada idea unik yang dah korang terfikirkan tu.

Via Giphy

Sebenarnya, terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa tenaga kreatif ni datang lepas beberapa ketika; yakni dipanggil tempoh pengeraman idea tu. Kerana tu lah, kalau korang betul-betul tandus idea dah… korang kena berhenti dan buat benda lain dulu. Misalnya, Agatha Christie sentiasa dapat idea untuk penulisan novel misterinya dulu semasa mandi atau cuci muka.

Jika korang pernah hadapi situasi kekaburan inspirasi dan hanya terfikir banyak benda bila tengah mandi… tu jugak suatu benda yang turut terjadi dengan ramai orang. Katakan je perkara ni sebagai sebahagian dari proses jana idea, iaitu apabila korang buat benda lain, otak masih akan tolong korang untuk jana idea bagi kerja terdahulu yang korang perlukan sangat.

Tengah syok mandi, barulah terfikir solusi.. -Via Giphy

Sorang ahli psikologis bernama Benjamin Baird pernah cuba buktikan teori tentang kuasa otak. Proses pengeraman idea ni sentiasa berlaku di balik tabir minda, dimana ia perlu berhubung dulu dengan maklumat yang ada kat dalam otak korang. Menariknya, ia lebih berkesan apabila minda korang ‘diganggu’ oleh tugasan-tugasan mudah seperti cuci kain, kemas rumah ataupun sekadar tengok video kucing comel di Youtube. Ni bertentangan dengan pendapat ramai; kononnya semakin kita fokus, semakin kita mudah nak dapat idea. Malangnya, tenaga kreatif ni tak senang untuk dicari dan sentiasa perlu pendekatan yang pelbagai supaya ia sentiasa mengalir di otak kita tu.

Benjamin Baird kemukakan sebuah ujian yang dinamakan sebagai Ujian Kegunaan Pelik (Unusual Uses Task). Matlamat ujian ni adalah calon kena cari kegunaan pelik yang boleh diusahakan bagi objek-objek mudah seperti batu bata atau penyangkut baju. Sementara sebahagian calon ujian tu ditunjukkan barisan-barisan digit pelik antara nombor genap atau ganjil, sebahagian lagi diberi tugasan minda yang lebih mencabar seperti menghafal nombor. Semua ni dilaksanakan semasa tempoh rehat yang diberikan kepada para calon iaitu 12 minit. Maka, 12 minit ni bererti ahli psikologis nak tengok prestasi minda di bawah tempoh pengeraman idea tu.

improvement in unusual uses task uut uniqueness scores postincubation performance
Hasil kajian Baird dulu.. Via ResearchGate

Kumpulan yang diberi cabaran yang lebih mudah seperti sekadar nak tengok siri digit yang pelik-pelik ternyata lebih baik berbanding kumpulan kedua tu. 40% peningkatan prestasi markah ye… Akan tetapi jika nak betul-betul dibandingkan antara tiga kelompok iaitu mereka yang ada rehat semasa 12 minit tu, ataupun 2 lagi yang takde rehat; takde perubahan besar. Ertinya, korang boleh je berehat atau tidur kejap sementara otak korang tengah berjalan nak carikan korang idea yang korang nakkan tu.

Kalau korang taknak tidur, dan buat kerja lain yang mudah pun takpe – yang lebih penting adalah proses pengeraman idea dalam minda korang. Sebab tulah tips utama yang selalu dikongsikan para guru menjelang peperiksaan adalah jawab dulu soalan yang senang – supaya korang tak bazir masa dan berikan masa untuk korang dapatkan idea nak selesaikan soalan tersebut ketika tengah jawab soalan seterusnya.

Via Giphy

Berlengah buat kerja di pejabat boleh jadi suatu amalan produktif, tak salah digunapakai dalam budaya sesebuah syarikat

Memandangkan kami dah kongsikan dengan korang tentang proses pengeraman idea, benda ni sebenarnya boleh diaplikasikan ke dunia korporat. Syarikat-syarikat tentunya ada amalan dan budaya kerja masing-masing. Tetapi tak salah jugak sekiranya budaya kerja tu disesuaikan dengan keperluan dan cara terbaharu untuk kekalkan momentum produktiviti seseorang pekerja. Ia jugak memberikan sedikit ruang untuk pembentukan idea-idea yang inovatif dan segar daripada para pekerja.

Sebuah kajian daripada profesor pengurusan Jihae Shin dan Adam Grant membuktikan bahawa apabila para pekerja diberi ruang untuk ‘berlengah-lengah’ selepas diberikan tugasan; diorang lebih mudah menjana idea. Tetapi bila kami cakap macam ni, korang jangan salah faham pulak ye… ‘berlengah-lengah’ atau nak tangguh-tangguh demi secebis idea tu tak bermakna korang boleh tangguh lama sangat kerja tu.

procastination
Pastikan korang capai puncak, bukan bergolek ke jurang pulak.. -Via Heyden Communication

Hasil eksperimen Jihae Shin dan Adam Grant menunjukkan kelompok pekerja yang ‘rehat’ dari berfikir selama beberapa kali lebih baik berbanding sebahagian yang ‘rehat’ terlalu lama. Bolehlah dikatakan bahawa korang masih tak hilang momentum- cuma nak bagi ruang untuk otak ‘bernafas’ pulak.’Gangguan’ kecil yang menyeronokkan ni korang dah boleh tengok kat beberapa syarikat besar teknologi seperti Google dan Apple.

Diorang sediakan ruang yang amat besar dan luas, selain dilengkapi dengan bermacam-macam benda supaya para pekerjanya boleh rehat sambil mencari idea. Kakitangan Google boleh tidur, makan atau buat apa-apa je yang diorang suka; dengan syarat kerja siap dan mampu membuktikan kemampuan diorang melahirkan cetusan fikiran kreatif serta inovatif. Sesuai jugaklah kerana diorang ni syarikat teknologi yang sepatutnya menerajui dunia digital kita sekarang. Tetapi adakah pembinaan ruang-ruang dan taman-taman fizikal yang indah je mampu memberi motivasi kepada para pekerja lagi-lagi di zaman pandemik?

Kami faham dilema tersebut, terutamanya untuk usahawan syarikat kecil dan sederhana yang banyak terjejas dengan PKP. Jika korang teliti, ada jugak sesetengah syarikat dah sahut seruan nak ubah suasana kerja tu menjadi kerja di dalam talian. Hal ni mengakibatkan hak masa persendirian dan batasan kerja tu terhapus, khasnya apabila ada sesetengah majikan melayani para pekerja tu seolah takde hidup dan benda yang diuruskan selain kerja makan gaji tersebut.

Yang kami dengar, siap ada yang luahkan rasa tertekan apabila syarikat desak para pekerja untuk hidupkan kamera dan pasang perisian yang membolehkan syarikat menjejaki aktiviti pekerja semasa waktu kerja. Alasan paling utama yang diberikan adalah untuk memastikan para pekerja terus produktif dan ‘temankan’ diorang buat kerja. Kononnya, nak bagi diorang tak rindu suasana kerja dalam pejabat bersama rakan sekerja lain semasa dalam sesi kerja dari rumah.

microsoft track
Via Tech Times

Ini bertentangan dengan bukti sains manusia yang jelasnya tak sama macam robot. Kerja tu kerja jugak, tetapi produktiviti sepatutnya tak diukur berdasarkan berapa lama seseorang pekerja tu berhadapan di skrin komputer semata-mata. Sepertimana yang kami terangkan tadi, nak selesaikan kerja ni memerlukan tenaga mental dan kapasiti idea yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah-masalah kerja. Untuk menjamin produktiviti, pihak pengurusan kena biarkan para pekerja ‘lalai’ seketika sebelum meneruskan semula kerja yang tertangguh.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top