Ramai yang cakap pasal ‘NORMAL BARU’ akibat COVID-19, inilah maksud perkataan tu…

F1
Ramai yang cakap pasal ‘NORMAL BARU’ akibat COVID-19, inilah maksud perkataan tu…

Pernah tak korang terfikir apa akan jadi lepas habis PKP? Ketika artikel ni ditulis, kita masih belum ada kata pemutus mengenai kemungkinan perlanjutan PKP lagi. Namun begitu, tak salah rasanya jika kita renungi apa yang terjadi kelak bila PKP ditamatkan.

Yang pasti, banyak benda yang akan berubah demi mengelakkan lebih banyak kes berulang dan seterusnya benar-benar memutuskan rantaian wabak tersebut. Ni antara beberapa yang kami boleh fikirkan…

Pkp Berkurung Covid
Via Malaysian Gazette

Kerja dari rumah, perniagaan atas talian jadi model ekonomi masyarakat seluruh dunia

Kebanyakan sektor ekonomi yang boleh beralih ke alam digital kini dah perlahan-lahan ‘membiasakan’ diri dengan amalan baharu seperti tele-conferencing, mesyuarat dalam talian serta amalan berbalas emel untuk urusan rasmi.

Kerja dari rumah jadi budaya kerja yang baharu, di mana ada jugak syarikat-syarikat yang tetap menetapkan para pekerja untuk datang ke pejabat dalam tempoh-tempoh tertentu. Kehadiran jugak diambil dari segi kedatangan dalam mesyuarat, ataupun terpaksa hadap kamera sepanjang hari hanya untuk buktikan bahawa mereka tengah buat kerja.

Via Giphy

Nak cari duit pun terpaksalah guna perkhidmatan atau perniagaan atas talian. Memandangkan banyak dah dipotong gaji ataupun diberhentikan akibat kerugian oleh syarikat atau industri, dah semakin ramai yang bergiat aktif mencari peluang jana duit dalam talian.

Jika dahulu, orang yang buat kerja dari rumah ni di Malaysia sebenarnya adalah kurang dari 30% je; mungkin lepas ni dah semakin ramai yang terpaksa mencari nafkah dengan buat kerja sambilan seperti freelancing sekurangnya sehingga dapat kerja yang lebih ‘stabil’.

Via Giphy

Namun dengan melihat jenis industri yang ada kat Malaysia ni, tak ramai sebenarnya yang ada keistimewaan untuk bekerja dari rumah. Misalnya, para pekerja kat dalam industri perkilangan, pembuatan dan pertanian tak dapatlah nak kerja dari rumah. Kena duduk kerja dalam premis jugak…

Belajar dan cari bahan dalam talian untuk mudahkan para pelajar faham, semai kerjasama antara ibu bapa dan guru

Jika sebelum pandemik ni berlaku, masih ada kalangan ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab mendidik anak mereka pada pihak guru dan sekolah. Mestilah tak salah pun sebab ia merupakan institusi yang terlatih dan khas untuk mengajar anak-anak.

Tapi sekarang ni, ibu bapalah menjadi pihak utama yang ‘mengambil alih’ tugas guru dan sekolah untuk ajar anak mereka. Banyak jugak orang berceloteh dan mulai sedar betapa sukarnya nak mengajar anak sendiri.

Kalau kat universiti, proses pembelajaran dalam talian ni memang dah wujud sebab para pengajar kat universiti digalakkan menggunakan kaedah blended learning. Para pelajar kat kampus masih lagi berpeluang nak masuk kuliah secara dalam talian, di samping tugasan pula kena siap walaupun terpaksa duduk dalam bilik.

Di sinilah kita boleh tengok satu lagi corak new normal, iaitu penggunaan pendekatan dalam talian tu jadi suatu yang semakin penting dalam pendidikan. Jika dahulu kita tak rasa sangat pun kebergunaan internet selain dari tempat cari bahan rujukan. Kini internetlah jadi ‘kelas’ baharu.

Online Learning
Via Berita Harian

Melihatkan perkara ni jugak, kita kena tengok pulak bagaimana akses sesebuah keluarga pada ketersambungan Internet tu sendiri. Ada keluarga yang memiliki modem dan komputer peribadi kat rumah. Ada jugak yang masih takde lagi kemudahan tersebut. Tak kira dah status pelajar tu sama ada budak tadika je atau budak universiti…

Paling kurangpun, kena ada telefon pintar. Tu pun tak semua orang ada telefon pintar dan capaian Internet secukupnya walaupun syarikat telco dah bagi 1GB percuma setiap hari ketika PKP berlangsung. Peranan ibu bapa tersangatlah penting nak selia proses pembelajaran anak, jadi kalaupun takde Internet, ibu bapa tetap boleh bantu semampunya

Ramadan dan Hari Raya dah tak meriah sebab tak boleh berhimpun dan bergerak dengan bebas

Umat Islam di Malaysia kini kena tempuhi satu cabaran bersejarah, sekaligus mengubah gambaran Ramadan dan Aidilfitri yang meriah menjadi ‘hanya duduk di rumah’. Sekiranya PKP tak disambung lagi, ini tak bermakna korang boleh suka hati jalan buka puasa sesuka hati. Apatah lagi nak buat kenduri ke, rumah terbuka ke…

Rumah Terbuka
Tiada lagi suasana keramaian macam ni.. Via Mybaju blog

Baru-baru ni kami cadangkan bahawa semua negeri patut beri peluang ataupun buka platform, kerjasama dengan perkhidmatan penghantaran ke rumah ni dengan e-bazar. Walaupun takde dah ‘kemeriahan’ dan hiruk pikuk bazar sepertimana tahun-tahun lalu, tapi “bazar dalam talian” tu masih ada.

Kalau bazar pun takde, boleh jadi Aidilfitri pun korang tak boleh balik kampung. Boleh jadi buat rumah terbuka pun tak digalakkan jugak, sama seperti majlis pengebumian dan acara sosial lain. Ziarah-menziarahi dan solat sunat Raya pun tak digalakkan dilakukan kat surau atau masjid.

Rumah Terbuka Pm
Via Mynewshub

Namun begitu, kami berharap jugak kerajaan dapat pertimbangkan bab balik kampung tu. Sama keadaannya dengan hal cuti Aidilfitri. Masa artikel ni ditulis, kerajaan masih tak putuskan apa-apa berkaitan dengan tarikh cuti raya. Sorang mutfi ni pulak sarankan agar cuti Aidilfitri ni ditangguh dulu. Katanya:

“Anjakan cuti untuk berlebaran dengan alasan yang munasabah, terutama untuk mengelak orang ramai berkerumun atau berkumpul di satu-satu tempat adalah diharuskan di dalam Islam. Lebih-lebih lagi jika ini dilakukan untuk menghindari penularan wabak yang boleh mengancam nyawa manusia.” – Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang seperti yang dilaporkan oleh FMT pada 14 April

Wan Salim Mohd Noor
Via FMT

Sebenarnya pendapat ni lahir dari kebimbangan bahawa ramai yang tak pedulikan penjarakkan sosial. PKP pun orang masih ingkar, apatah lagi prinsip penjarakkan sosial bila dah berhimpun dengan orang ramai meskipun dalam kalangan keluarga je. Dahlah kebanyakan kluster ni pun bermula dari kontak rapat jugak, biasanya dari kawan dan keluarga.

Prinsip penjarakkan sosial dan pemakaian topeng muka jadi satu kebiasaan baharu, tak perlu tunggu jerebu dah

Tahun-tahun sebelum ni, kita hanya pakai topeng muka bila ada jerebu je dari negara jiran. Tahun ni, kita dah dibiasakan untuk pakai topeng muka dan disuruh cuci tangan dengan sabun. Lebih baik, korang terus mandi je tiap kali baru balik ke rumah.

Prinsip penjarakkan sosial pun jadi salah satu benda yang kerapkali diulang oleh KKM dan DG Hisham. Benda macam ni kena diingatkan sebab ada je orang yang tak percaya penjarakkan sosial boleh halang virus tu dari menjangkiti mereka. Contoh macam ni kena petik dari negara “maju” seperti Amerika Syarikat.

Protes Amerika Covid 1
Via Malaysia Today

Kata mereka, penjarakkan sosial dan arahan duduk rumah ni melanggar hak mereka. Sedangkan kita sendiri sedar dalam PKP fasa 1 dan 2 dulu bahawa penjarakkan sosial ni lah yang ‘selamatkan’ kita dari bahaya ketika proses pengesanan kluster giat dijalankan.

Akan tetapi, daripada semua yang kami dah sebut; prinsip penjarakkan sosial dan duduk rumah ni mungkin menjadi prinsip asas dah untuk semua orang di seluruh dunia untuk tahun-tahun akan datang. Sekumpulan pengkaji dari Harvard ramalkan kita mungkin kena amalkan penjarakkan sosial ni sehingga 2022.

Doc79rmjlfxhevzw6jofn5
Via The Star

Kalau korang balik dari cuti khususnya dari luar negara lepas ni, korang mungkin dinasihatkan untuk dikuarantin dan disaring dahulu. Baru korang dapat masuk kerja atau pulang rumah.

Kerajaan kena ambil langkah proaktif untuk manfaat rakyat dalam persediaan jangka panjang

Apa yang kami sebutkan kat sini tak menggambarkan keseluruhan situasi dalam segenap aspek. Kami hanya tumpukan pada kesan jangka panjang terhadap rakyat dan macam mana ia bakal mengubah aspek sosial. Kita kat Malaysia ni dah biasa dengan aktiviti kemasyarakatan, jadi impak pandemik ni turut menganggu cara hidup kita jugak.

Penjarakkan Sosial
Via NST

Untuk itulah, kerajaan kena ambil langkah yang lebih sesuai sekurangnya untuk beberapa tahun ni sehinggalah ancaman pandemik tu tak lagi dapat mengugat kelangsungan hidup rakyat. Beberapa dasar kerajaan sebelum ni jugak harus dikaji semula agar lebih relevan dan bermanfaat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top