Anda rasa polis lakukan kesalahan ketika menjalankan tugas? Ini yang perlu dilakukan

F1
Anda rasa polis lakukan kesalahan ketika menjalankan tugas? Ini yang perlu dilakukan

Sudah terang lagi bersuluh, pihak polis jugak boleh disebutkan sebagai petugas barisan hadapan. Bukan setakat menguatkuasakan undang-undang, mereka turut diharapkan membantu rakyat dalam kesusahan dan diamanahkan untuk bekerja atas kepentingan awam. Tanggungjawab yang dipikul sentiasa disimbolikkan dengan pakaian seragam mereka yang segak, tinggi dan berkemahiran mempertahankan rakyat daripada musuh negara.

728 X 90Namun kita jugak turut mendengar kes salah laku polis, daripada sekadar ‘pau’ orang lain yang ditahan tanpa ada salah di jalanan hinggalah isu rogol tahanan gadis dan ada yang didera oleh pihak polis sendiri. Hanya kerana kita cuma dengar benda ni daripada orang lain, tak bermakna perkara tu tak benar atau hanya dibuat-buat je untuk mintak perhatian mahupun memalukan polis.

Bukit Aman Polis
Via Berita Harian

Isu salah laku semakin mendapat perhatian awam, gadis ditegur tak pakai bra sehinggalah gadis dalam tahanan polis dirogol

Niat ‘mencari jodoh’ di sekatan jalan raya mungkin boleh jadi plot utama drama siri televisyen atau filem romantik, tapi secara realitinya, ia bukanlah situasi yang ideal. Apatah lagi apabila anggota polis yang bertugas tu dikatakan menegur dan mengugut sorang wanita yang mendakwa dirinya tak pakai bra. Kisahnya dilaporkan dalam beberapa platform media, jadi untuk memberikan korang tentang sisi wanita tu pulak.

Dikenali sebagai Anita, 24 tahun memaklumkan ketika tu dia baru pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam sebelum ditahan sorang anggota polis berkenaan. Menurutnya, Anita diminta untuk tunjuk surat kebenaran rentas negeri serta lesen memandu. Walaupun begitu, dia tak dapat tunjuk lesen memandunya sebab lupa bawa. Kemudiannya, anggota polis tersebut dikatakan minta dia berhentikan kereta di bahu jalan untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika pemeriksaan itu, dia menegur saya yang memakai baju tidur tanpa coli. Tindakan dia menegur perkara itu menyebabkan saya menjadi malu dan terus menutup dada kerana tidak selesa. Dia minta saya buka baju untuk tunjuk sama ada saya pakai coli atau tidak. Malah dia seolah-olah mengugut dengan memberitahu akan menyaman saya sekiranya tidak berbuat demikian.

Saya yang marah dengan tindakannya itu kemudian memintanya supaya memberikan saya saman sekiranya ada melakukan kesalahan. Namun, anggota berkenaan terus pergi ke khemah dan mengambil telefon bimbitnya. Dia kemudian meminta saya memberikan nombor telefon sebelum saya dibenarkan meneruskan perjalanan pulang. Sebaik tiba di rumah, saya menerima panggilan telefon daripada dia yang mengajak saya keluar bersama,”- Seperti yang dipetik oleh The Reporter.my

Roadblock Askar Pdrm
Via Harian Metro

Ni suatu yang memalukan, sekiranya ni terbukti benar. Ketika mata seluruh negara tertancap kepada butiran mengejutkan ni, di Sarawak pulak kisahnya lebih ngeri. Di Kuching pada pertengahan bulan Januari, sorang gadis dirogol oleh tahanan lain. Mengikut laporan Astro Awani, gadis tersebut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti judi dalam talian. Sehari sebelum tu, dia ditahan ketika dalam perjalanan nak ke tempat kerja dan berada dalam jagaan polis di tahanan berasingan.

Bagaimanapun sekitar jam 4 pagi, lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, sebelum bertindak merogolnya di tandas lokap. Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis, dan suspek kemudian ditahan lanjut serta didakwa atas perbuatannya. Pada 12 Januari lalu, suspek pun dah didakwa di Mahkamah Sesyen Miri dan mengaku bersalah.

Senator Sarawak Gadis Rogol Polis
Via Keli Merah

Mangsa dan bapa mangsa, diiringi Senator Alan Ling sekali lagi buat laporan polis kerana kecuaian polis yang membenarkan kejadian sebegitu berlaku di premis mereka sendiri. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail kata kedua-dua anggota polis tersebut digantung tugas kerana cuai dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika bertugas sementara kes tu masih dalam siasatan.

Tak usah takut pada polis, laporkan je anggota yang tak jalankan tugas atau disyaki salahguna kuasa

Walaupun kita maklum bahawa polis ada kuasa nak menyiasat, mendakwa dan menahan seseorang; bidang kuasa polis pun ada hadnya. Malah, pihak polis sendiri ada suruhanjaya khas yang ditugaskan menyiasat pihak polis yang lain. Kita sebagai orang awam masih berhak untuk membuat laporan polis ke atas seorang anggota polis sekiranya korang tak puas hati.

Ada beberapa cara korang boleh laporkan salahlaku polis. Selain dari apa yang kami sebut tadi iaitu korang buat laporan polis je kat balai lain, korang turut boleh laporkan ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM sama ada menerusi mesej di laman rasmi Facebook mereka, emel atau hubungi nombor telefon yang tertera kat bawah ni:

Jips Info Polis
Via Facebook

Salah satu perkara yang mungkin membuatkan anggota polis (atau yang cuba menyamar) ni takut adalah bila korang minta nombor badan mereka. Secara umumnya, nombor badan ni adalah nombor pengenalan seseorang anggota polis. Biasanya ia akan tertera di sebelah dada mereka tu, dan korang boleh tengok sendiri nombor mereka. Kalau nakkan bukti yang lebih jelas, korang boleh mintak kad kuasa mereka walaupun mereka ada mintak dulu kad pengenalan kita.

Misalnya pada 2018, sebuah kes berlaku membabitkan sorang lelaki bernama Preevan ni membantu pihak polis nak tangkap suspek berkaitan satu aduan jenayah. Dua orang anggota polis berjawatan konstable dan lans koperal tiba di tempat kejadian dan mintak Preevan ni tunjuk kad pengenalan. Namun sebelum dia nak tunjuk kad pengenalan, dia mintak dulu polis tunjuk kad kuasa. Bila polis enggan, maka berlakulah pergaduhan kecil dan Preevan ni didakwa menghalang tugas penjawat awam.

Sudahnya, Preevan menang jugak kes sebab tak salah nak minta polis tunjuk dulu kad kuasa tu. Lagi-lagi apabila anggota polis tu dalam pakaian biasa. Ni memudahkan orang awam untuk bekerjasama selepas yakin bahawa mereka berurusan dengan anggota sebenar, bukannya penyamar. Sekarang ni ramai dah yang kaki penyamar sama ada untuk menipu wang orang lain atau sekadar nak rasa bagaimana jadi polis.

Cara lain adalah dengan membuat aduan rasmi kepada Biro Pengaduan Awam. Terdapat beberapa laman web kerajaan yang lain disenaraikan dalam laman rasmi Biro Pengaduan Awam ni, tapi kalau tak silap, UTC pun ada jugak Pejabat Biro Pengaduan Awam. Tak puas hati sangat, mungkin boleh jumpa terus pegawai lain di sana berbanding nak buat panggilan telefon atau perhubungan menerusi emel.

Kalau korang rasa keseorangan atau memerlukan bantuan selanjutnya, korang boleh je mesej SUARAM kat media sosial. Mereka mempunyai banyak sumber rujukan dan mampu memberikan korang sedikit panduan mengenai apa yang nak dibuat. Kat bebenang ni jugak, korang boleh tengok sendiri beberapa tips berhadapan dengan pihak polis. Tips ni sesuai sangat untuk mereka yang resah nampak polis walaupun takde buat salah apapun.

Banyak penambahbaikan yang harus dilaksanakan, tapi bila kita benar-benar serius nak perbaiki kualiti perkhidmatan polis?

Bila kita ajukan soalan sebegini, ramai salah tafsir bahawa kami tak suka polis atau tak menghargai polis. Hakikatnya adalah di sebaliknya, iaitu kami jugak melihat polis sebagai benteng pertama negara. Apa-apa yang terjadi, rakyat akan harapkan polis berada di sisi mereka. Sebab tu jugaklah bila polis buat hal, ia menjadi suatu isu yang heboh diperkatakan. Lebih heboh dari artis beranak atau baru kahwin ke cerai.

Sejak tahun lalu, wujud beberapa cadangan menarik untuk menaiktaraf kualiti perkhidmatan agensi polis. Antaranya adalah idea pelaksanaan kamera badan dan penubuhan suruhanjaya bebas untuk menyiasat salahlaku polis. Tahun lalu, cadangan sebuah suruhanjaya bebas RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 dah dikemukakan dengan menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Ipcmc
Via Malaysiakini

Perbezaan utama kedua-dua RUU tu adalah IPCC ni takde kuasa mendakwa, manakala IPCMC ni ada kuasa mendakwa. IPCMC ni memang pernah pun dibantah oleh kalangan polis kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan pengadu, penyiasat dan individu tertuduh. IPCC tu pulak akan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala IPCMC ni pulak, kononnya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

Kami harapkan lebih banyak penambahbaikan terus dijalankan dan lebih serius diwujudkan tanpa perlu melebihkan kepentingan mana-mana pihak. Kebajikan polis jugak harus diambil peduli, begitu jugak dengan sesi mesyuarat atau briefing khususnya mengenai saman dan SOP pandemik sekarang ni. Warganet bising jugak pasal ada sesetengah anggota polis tu macam tak faham je dengan SOP sehingga perkara yang tak digariskan sebagai kesalahan pun keluar saman jugak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top